10 TIP KESELAMATAN WIFI HOTSPOT


Semua orang memang suka menggunakan servis internet percuma secara sambungan WiFi HotSpot. Namun, tahukah anda ada beberapa risiko yang boleh dihadapi menerusi sambungan ini?

Berikut merupakan beberapa tip boleh dipraktikkan untuk keselamatan ketika guna WiFi HotSpot

1)      MATIKAN PENYESUAI WIFI ANDA

·   Apabila anda tidak berada di rumah atau ditempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan Wifi. Jika tidak computer anda mungkin menyambung ke HotSpot berniat jahat (malicious web) secara automatic tanpa anda sedari.

2)      PASTIKAN FIREWALL AKTIF


·  FireWall membantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses computer anda menerusi rangkaian WiFi.

·    Ia bertindak menghalang Maklumat atau membenarkan ia melaluinya.

3)      GUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN)


·  Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. 

·  Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.

·   EXTRA : PENGGUNA WINDOWS 7, Klik START – CONTROL PANEL – NETWORK AND INTERNET – NETWORK AND SHARE CENTER – SET UP A NEW CONNECTION OR NETWORK . Pilih CONNECT TO A WORKPLACE – NEXT – USE MY INTERNET CONNECTION (VPN). Taip Alamat IP dan nama sambungan pada bahagian DESTINATION. Masukkan nama pengguna serta Kata unik sebelum klik CONNECT.

4)      SULITKAN DATA

·   Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan. 

·    Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. 

·   Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.

5)      GUNAKAN HTTPS DAN SSL


·  Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyediakan sambungan selamat. 

·     Ia protokol perhubungan komunikasi sulit.

·     Akses Laman Web atau e-mel dengan dimulai dengan http://

6)      MELUMPUHKAN PERKONGSIAN FAIL DAN PENCETAK

·   Perkongsian Fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda.

·   Apabila anda menggunakan PC mudah alih, anda di HotSpot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.

·    EXTRA : Pengguna WINDOWS 7, Klik START, CONTROL PANEL – NETWORK AND INTERNET – NETWORK AND SHARING CENTER – HOMEGROUP AND SHARING OPTIONS – CHANGE ADVANCED SHARING SETTINGS – FILE AND PRINTER SHARING – TURN OFF FILE AND PRINTER SHARING – SAVE CHANGES

7)      PEMANTAUAN PINTU AKSES

·   Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan. 

·  Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem berwayar utama untuk Interent. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses sebelum menyambung.

8)      PRIVASI FOLDER ANDA

·   Apabila folder pada PC mudah alih anda di privasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.

·   EXTRA : Pengguna WINDOWS 7, START, CONTROL PANEL – dalam kotak carian taip NETWORK – NETWORK AND SHARING CENTER – CHANGE ADVANCE SHARING SETTINGS- Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah PUBLIC FOLDER SHARING, TURN OFF PUBLIC FOLDER SHARING (PEOPLE LODGED ON TO THIS COMPUTER CAN STILL ACCESS THESE FOLDERS) – SAVE CHANGES.

9)      OS DAN APLIKASI “UP TO DATE”


·  Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows ataupun Program Office sahaja.

·   Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lamparan.

10)   GUNAKAN ANTI VIRUS


·    Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, Cuma mengingatkan. Pastinya peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus.

·   Ini untuk kawalan Malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.

UJI KEMAHIRAN MENAIP ANDA

Seakan permainan komputer dalam talian, laman web ini sebenarnya lebih daripada itu. Impaknya memberi kesan bagi jangka masa panjang. Anda akan lebih pantas menaip seperti professional apabila sentiasa melatih kombinasi jari jemari dan kedudukan jari yang betul di papan kekunci.

Web ini bertindak sebagai “Guru”  kelas menaip anda. Ia mempunyai beberapa tahap dan anda boleh bermula dari bawah. 

Menariknya, laman ini juga akan menyimpan rekod latihan anda mengikut hari dan kekerapan dengan SYARAT anda perlu mendaftar menggunakan akaun FACEBOOK anda. Mudah dan senang.

Ia bukan permainan membuang masa kosong tetapi kelas tambahan untuk anda memperbaiki kemahiran yang kini amat diperlukan.

Tentu anda tak sabar hendak mempelajarinya kan?? Jadi, Cepat-cepat klik kat SINI
  
1) Login dengan akaun Facebook anda (Rajah 1). setelah klik, akan keluar Tetingkap Facebook dan isikan email dan password (Rajah 2) (JIka anda tiada akaun Facebook, anda masih boleh menggunakan permainan ini)

Rajah 1

Rajah 2

 2) Klik "Play Game" (Rajah 3)

Rajah 3

3) Anda akan nampak Tetingkap seperti Rajah 4 dan klik "Pause- Continue to Continue". Selepas itu akan keluar perkataan untuk ditaip (Rajah 5) .Mulakan Permainan Anda!!

Rajah 4

Rajah 5

4) Kepantasan Menaip akan direkodkan di atas Perkataan (Rajah 6) Lihat rekod kesalahan selepas perkataan habis ditaip (Rajah 7)

 
Rajah 7
Selamat Mencuba!