4 TAHUN, AKHIRNYA AKU CONVO


Alhamdulillah...setelah Farisha berjuang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan Undang-Undang, disebuah IPTA terkenal tempatan, akhirnya masa yang dinanti dah tiba..iaitu convocation time!! YEayyy! ~

Preparation sempena nak convo ni mestilah kena cari baju kurung yang baru..tudung dah ada..jadi jimat2 .pas tu, beli sendiri bunga convo tetapi mak pun ada sumbangkan sebahagian wang utk bunga tuh..Mahal jugak..Farisha tgk simple aje tapi dkt rm70 jugak le..adui..Dah le tak kerja lagi..heheh~ Berdebar2 kot nak naik Pentas nanti.

Farisha hadiri raptai penuh sehari sebelum convo..Supaya tak gugup bila naik pentas nanti dan tahu protokol nya. Lepas tuh sibuk tanya kawan2 cam ne cara nak pakai JUBAH CONVO..besar pun ade Farisha tgk. then cara nak setting topi..huhu~Senget benget 

Hari yang di nanti dah tiba Tarikh 05/08/2010 menjadi detik "the best part of my life"..macam doodle kat atas ni cakap la..Farisha dan keluarga bertolak seawal 6 pagi nak pergi ke Kolompo tu. Jauh tak??xde la..Majlis convo tuh start kul 9 pagi..jadi kena la bertolak awal takut ada apa-apa jadi kan. Breakfast tak jadi masalah sebab Mak Farisha dah masak dan kami tapau aje makanan.

Dalam dewan, hanya dibenarkan 2orang aje masuk. Tetamu VIP ie kaum keluarga dah diberi siap2 2 keping kad sebagai tiket masuk ke dewan. Sedih aje adik beradik tak dapat masuk. Mereka lepak2 aje kat luar dewan sampai habis.

selesai majlis, semua orang keluar meninggalkan dewan. Berpeluh2 cari mak ayah..yela,,beratus2 orang convo hari yang sama..belum lagi campur yang belah petang lagi..Dengan handphone bagi mak ayah pegang sebab Farisha ingatkan tak boleh bawak masuk dewan..Nasihat Farisha pada kamu yang berconvo supaya :-
1) menetapkan satu tempat sebagai check point untuk bertemu keluarga selepas habis upacara
2) bawa aje telefon masuk ke dewan tetapi make sure silent mode dan ada poket untuk menyimpan telefon tu
3) bawak pin / jarum peniti secukupnya - untuk pinkan jubah / topi supaya kemas
4) Masa nak pentas, jangan jalan laju sangat sebab kamera susah nak capture gambar kamu banyak kali. walaupun mereka menetapkan hanya beberapa saat kamu atas pentas, kamu jalan steady aje..Jalan lambat macam kura-kura sudah~
5) Bila penjaga pentas tu lepaskan kamu, jangan berkelip pun mata.buka aje sampai dah lepas belakang pemberi scrol. Walaupun lampu agak terang, tapi jangan peduli. KEjap je pun penderitaan tak pejam mata.

**Akibat berjalan laju sangat, gambar Farisha atas pentas sangat menyakitkan hati! Hampir kesemua gambar Farisha terima scrol dengan mata tertutup!! mereka tak sempat nak snap gambar yang lain. Sebab Farisha jalan laju sangat..Ahh! tidak..sampai sekarang, nak tengok gambar tu memang tak puas hati.huhu


Jadi, kamu semua ikutlah petua dan tips2 convo yang Farisha berikan ok.

tetapi,walaupun gambar tu tak cantik, Farisha tetap gembira sebab dah habis belajar dan lepas segala seksaan pergi tutorial..huhu~

Salam kecantikan atas pentas.

Bubbai~


No comments: