ABAH MENGAMUK!!

Kesian kat Farisha. Abah mengamuk!!

Nak dijadikan cerita, Abah tak bagi Farisha keluar rumah sebab asal petang aje hilang. Ala. Bukan main jauh2 pun. setakat kat belakang rumah dan padang depan rumah pun tak boleh ke?? (Melawan sket)

Farisha pulak bosan duduk terperap aje kat rumah . Baik pergi main dengan kawan-kawan. Tambah2 kawan pulak datang rumah ajak main. Tergoda ok. Farisha telah melanggar amaran Abah dan dengan jahatnya turut mengajak kakak Farisha, Fariha bermain sama. Umur kami tak beza. Jarak 2 tahun aje tapi yang suka mengajak ke arah bermain adalah Farisha. hehe. 

Kami main belakang rumah aje. Main basikal je pun. Basikal Farisha kecik aje macam basikal budak umar 2,3 tahun tu. Basikal Kakak pun sama gak. Tapi, basikal kawan Farisha besar sikit. Amat sesuai dengan Farisha. Ape lagi! tukar la basikal. Tah macam mane, Farisha terlupa nak bagitaw yang basikal Farisha seat nya boleh berpusing-pusing (skru longgar). 

Gedebukkkkk!! Jatuh la kawan Farisha tu. Adui! takot jugak sebab dia nangis. Berdarah mungkin! Balik aje, Abah dapat tahu, perkara pertama campak basikal Farisha kat luar rumah. Adui!! malu malu!! Lepas tu terus ambil tali pinggang pukul. Sakit beb! Kakak tak kena pukul pun :( sebab dia ikut Farisha aje. Cuma dia kena marah.

Moral of the story : Jangan keluar rumah jika ABah tak bagi. Ada sebab dia tak bagi. Akibat melawan, diri sendiri sakit kena pukul. huhu~

Ok sekian.

Bubbai~

No comments: