BOSAN DENGAN HANDPHONE LAMA??

Pasti sahaja ada cara untuk menukarkan sesuatu yang bosan kepada yang lebih menarik. Jika anda belum mempunyai bajet untuk mendapatkan telefon baru yang semakin canggih di pasaran, apa kata "Pimp Telefon anda" atau dalam bahasa mudahnya serlahkan ia!

Kadangkala ia hanya memerlukan beberapa ringgit sahaja untuk menjadikan telefon anda semakin menarik. Jangan terperanjat sekiranya ada yang menegur ia seakan baru meskipun sudah bertahun anda memilikinya.

Ini adalah antara tips menyerlahkan telefon lama anda.

1) BLING BLING!!



Selalu nampak pelekat seperti ini?? Sama ada di kedai aksesori telefon atau kadangkala di kedai 2 ringgit pun ada. Anda boleh pastikan 'casing' telefon bimbit lama bertukar baru atau potong kemas untuk lekatkan ia terus pada telefon lama anda. mesti bling! bling! 

2) GANTUNG



Tidak ramai lelaki yang gemarkannya tetapi ada juga ya! Aksesori pengantungan kunci seperti ini jika sesuai boleh menyerlahkanlagi telefon lama anda. Dapatkan juga penggantung yang boleh mengesan isyarat WiFi. Jika tidak cantik sekalipun, ia berguna.


3. PELEKAT




Pelekat jenis bercorak tidak pernah mengewakan. Ia berkesan pada Notebook dan juga kini disesuaikan dengan telefon lama anda. Dapatkan terus pelekat bersaiz telefon anda atau beli pelekat bercorak dan gunting mengikut saiz telefon kamu.


4. Pelindung/ Cover Luar/ Casing




Ini cara yang paling mudah untuk menyerlahkan telefon lama anda. Kena gaya, orang akan lihat anda memiliki telefon bimbit mahal. anda pakaikan pelindung di luar atau tukar warna casing telefon anda kpd warna lebih menarik.


5. DIY (DO IT YOURSELF)



Banyak idea lain yang boleh anda lakukan sendiri. Jika tidak mahu beli "casing", jadikan stokin lama sebagai casing pun nampak comel. Cubalah!


Bubbai~





No comments: