FARISHA KEJAM PADA BINATANG???

Ha!! ni kisah zaman dulu2 ye..Sekarang ni tak kejam dah. Biasa la zaman budak2 nakal sket.

Bagaimana nak katakan Farisha kejam??? 

Hurm..masa Farisha berumur 5-6 tahun, Farisha suka sangat tangkap belalang, rama-rama, burung, cicak,ikan, kucing ..pendek kata tak takut dengan binantang Main pegang aje.KECUALI binatang eksotik seperti ular ye..hehe

Paling favourite tangkap belalang. heheh. Selang sebuah rumah dari rumah Farisha ada rumah kosong. Memang terbaik la..sebab lalang panjang-panjang jadi sudah tentu menjadi pembiakan dan sarang belalang2. huhu. Asal niat kejam aje, Farisha mulakan operasi menangkap belalang. 


Bahan-Bahan utama yang diperlukan adalah : - Plastik, Botol dan Kemahiran asas Menangkap Belalang.

Biasanya operasi dimulakan bersama-sama kawan ataupun bersendirian. Lepas dah tangkap berekor-ekor belalang, Farisha simpan dalam Plastik dan botol. Paling Sadis, Farisha suka sangat cabut tangan, kaki belalang tu. Terus kudung die~ kesian. Lepas tu, mati semua.

Masa Farisha Berumur 7-8 tahun pula, Farisha suka tangkap burung layang-layang. Tak tahu macam mane rupa burung tu, tengok gambar kat bawah ni..lebih kurang la..sebab burng layang-layang yang Farisha tangkap kecil dan berwarna kelabu kehitaman :-


Bahan-bahan Yang digunakan bagi menangkap burung ini adalah : - sangkar burung Abah, makanan burung, benang dan kesabaran.

Letak sangkar kat laman rumah. Buka pintu sangkar dan ikatkan benang. Make sure jangan putuskan dulu benang tu sebab ia mestilah cukup panjang untuk ditarik dari dalam rumah ye..taburkan makanan depan pintu sangkar tu.

Baru aje tunggu 2,3 minit, dah ada mangsa muncul.  cepat2 Farisha tarik benang tu. dalam masa setengah jam, dapat lah kumpul 6,7 ekor..huhu..teror tak??? tengah seronok2 dapat burung banyak2, tetiba seekor burung terlilit leher kat benang tuh! gelabah kkot! nak pegang pun jadi takut sebab burung mengelabah ni bahaya. huhu..akhirnya, kekusutan dapat dilerai dan Farisha buat keputusan melepaskan kesemua burung-burung tuh! wah!! baik hati sungguh!

Kamu semua tahu tak, apabila Farisha meningkat dewasa, Farisha menjadi takut kat binatang. takut nak pegang. Nampak belalang pun lari..kucing ape tah lagi..geli~ takot die cakar. 

Moral of the Story Mory : Jangan kejam terhadap binatang. Mereka hanya makhluk yang lemah. :) Peace!!

bUBBAI!!


No comments: