FARISHA MASUK TASKA

Farisha nak ceritakan mengenai zaman kecil2 Farisha semasa berumur 5 tahun. Mak Ayah Farisha masukkan Farisha ke Taska di Perak. Pelik ke nama Taska??? hehe..yela..sekarang kan budak2 pergi Tadika, dan macam2 lagi nama pra sekolah. 

Masa mula-mula masuk, Farisha tak ingat ada menangis ke tak. Farisha baik kot tak menangis. hehe. Time rehat memang menjadi favourite sebab makanan Ustazah yang sediakan. Ada kuih muih, Bihun goreng, Kutiew goreng Dll. Air pula teh panas, milo dll..huhu..best taw sambil tu main2 permainan yang disediakan!! Tapi kalau ada kawan-kawan yang bawa bekal, kami kongsi bersama-sama. Wah! amalan terbaik ye. Tak baik sikap kedekut taw.

Farisha berguru dengan ustazah- ustazah sahaja. Ustaz tak ada ye. Mereka banyak ajar matapelajaran  berunsur keagamaan. Ajar pengertian surah2 al quran. Tapi yang selalu diajar berulang kali sampai sekarang Farisha teringat adalah Pengertian Surah Al-Fil (Gajah) mengenai kehadiran tentera bergajah dari Yaman yang telah di........................"nak tahu cerita, baca kat bawah ok"...

BIsmillah..

Surah dan cerita sejarah tersebut :-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ   
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِيلِ (١) أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِى تَضۡلِيلٍ۬ (٢) وَأَرۡسَلَ عَلَيۡہِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤) فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥

""---->> Sebelum Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal, tahun 570 masihi menyaksikan satu peristiwa bersejarah terpahat dalam lipatan ingatan umat Islam di seluruh dunia. Sejarah yang menyaksikan ketamakan, kebencian dan kekufuran yang menguasai jiwa seorang Gabenor bongkak Dari Yaman. Abrahah Ashram, Gabenor yang dimaksudkan mengumpulkan segala kekuatan ketenteraan yang ada pada kerajaannya, mengorak langkah menghala satu tujuan tekad untuk menyerang Mekah dan menghancurkan Kaabah, rumah Allah yang menjadi Kiblat bagi umat Islam sehingga kiamat.

Dilengkapi dengan kenderaan perang antara yang paling digeruni pada zaman tersebut, gajah; menjadi petanda yang diingati oleh penduduk Mekah zaman tersebut lalu dipahatkan ke dalam lipatan sejarah di mana tahun berlakunya serangan tersebut dikenali juga sebagai Tahun Gajah. Terdorong oleh hasutan Iblis dan kekecewaan diatas "Kaabah' buatannya sendiri yang tidak dapat menarik tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar ke daerahnya, Abrahah dengan angkuh mencabar Allah, mengimpikan kehancuran Baitullah, binaan yang dibuat atas perintah wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.


Tetapi, Dia Yang Maha Mengetahui mengenai segala tindakanNya. Ditangguhkan hukumanNya di dunia keatas Abrahah dan tentera-tenteranya itu merupakan satu rahmat, peringatan dan pengajaran bagi Muslimin supaya diambil akan iktibar. Sebaik Abrahah menghampiri kota Mekah, Allah Yang Maha Kuasa mengirimkan tentera-tenteraNya untuk menghancurkan gerombolan tentera bergajah ini. Tentera-tentera yang dikirimkan Allah merupakan burung-burung yang membawa bersama mereka ketul-ketul batu dari 'tanah liat keras yang dibakar' sebagai senjata untuk dihumbankan ke atas angkatan bergajah tersebut. Langit pun mula diselubungi bayangan azab Allah yang sedang menanti Abrahah dan tentera-tenteranya.

Saat perintah Allah dilaksanakan, ianya tidak diawalkan mahupun dilambatkan walau sedetik, burung-burung Ababil tersebut menghujankan tentera Abrahah dengan batu-batu dari 'tanah liat keras yang dibakar', menimpakan ke atas tentera-tentera Abrahah lalu mereka, termasuk Abrahah dihinggapi satu wabak penyakit akibat dari serangan tersebut yang kemudiannya mengakibatkan tubuh badan mereka seakan-akan kelihatan seperti daun-daun kering yang dimakan ulat. Mereka semua kemudiannya hancur sama sekali tanpa ada satu jiwa pun yang terselamat. Begitulah gambaran bagaimana Abrahah serta tentera-tenteranya dimusnahkan Allah dan gambaran ini disebut jelas oleh Allah dalam Surah Al - Fiil ayat satu hingga 5. Ketenangan pun mula kembali menyelubungi Kota Mekah dan Kaabah kembali menjadi tumpuan. Tidak lama sesudah peristiwa serangan tentera bergajah tersebut, seluruh alam ini diKurniakan Allah dengan satu kelahiran, kelahiran yang membawa berjuta rahmat kepada seluruh Alam ini. Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah ini menyaksikan Nabi Muhammmad s.a.w. diputerakan. --->>" 
*****alhamdulillah. Semoga cerita diatas menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai umat Islam agar tidak melakukan sesuatu yang dimurkai Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun.******

Sekian sahaja cerita Farisha untuk segmen ini. Jumpa Lagi!

Bubbai!~

No comments: