PERASMIAN DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana tarikh 09/05/2012 merupakan tarikh pembukaan rasmi blog Diari Sedetik Lebih Farisha ni 
(atau lebih dikenali sebagai Diari Farisha). 
Farisha membuat keputusan membuat blog diari online bagi Farisha mengenangkan kembali kisah-kisah Farisha semasa zaman kecil sehinggalah Farisha besar gedabak ni.hehe~

 Farisha memang tiada diari khas bagi mencatatkan kisah2 luahan hati sejak dari zaman persekolahan tetapi insyallah segala yang ada dalam memori fikiran Farisha akan di simpan dalam Blog online Diari.Sedetik.Lebih.Farisha sebagai kenangan abadi.



Kepada yang sudi membaca Blog Farisha ini, Farisha ucapkan terima kasih dan teruskan menyokong Farisha ok. Jangan lupa follow ye~

Farisha nak bagi Pantun buat semua blogger :-

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman

Terima Kasih dan Selamat Membaca.
 

No comments: