10 TIPS MERAKAM GAMBAR HAIWAN PELIHARAAN


Siapa kat sini ada bela kucing??? Hamster?? Arnab?? Sugar Glider?? Ular?? Sesumpah?? Ha! Cepat angkat tangan!!

Pernah tak kamu terfikir nak tangkap gambar mereka?? Risau mati?? Farisha “no comment”. Hehe..

Bagi yang inginkan kelainan, jom cuba tangkap gambar haiwan peliharaaan kita. Kat bawah ni, Farisha ada senaraikan 10 tips untuk menangkap gambar terbaik!! Haiwan peliharaan anda itu.
 
MULAKAN DENGAN PERSONALITI DAN TABIAT


Setiap haiwan peliharaan mempunyai personaliti dan tabiatnya tersendiri. Ada yang pemalas, suka berguling-guling ataupun berlari ke kiri dan kanan. Gunakan kawasan persekitaran anda. Kalau haiwan peliharaan anda suka tidur, rakam dari sudut persekitaran tempat tidurnya.

 
FIKIRKAN TEMA GAMBAR

Pelbagai faktor perlu difikirkan untuk merakam gambar haiwan peliharaan yang baik. Salah satu daripadanya ialah lokasi dan latar belakang.  



Pilih lokasi yang biasa dan akan membuatkan haiwan anda selesa. (Biasanya persekitaran rumah atau taman yang biasa dikunjungi anda berdua. Tidaklah haiwan anda merasa pelik. Fikirkan juga latar belakang anda. Apa yang kita mahukan ialah haiwan peliharaan kita menonjol, bukan latar yang terlalu sibuk.

PERGI LEBIH DEKAT

Haiwan peliharaan bagi kebanyakan kita, adalah lebih kecil daripada manusia. Oleh kerana itu, jika kita tidak merakam dengan dekat, Si Putih akan hilang atau kelihatan sangat kecil di dalam gambar. Namun, untuk pergi lebih dekat bukanlah mudah terutama jika haiwan peliharaan kita itu lincah dan suka bergerak. Namun jika Berjaya, gambar yang diambil itu pasti lebih detail dan personaliti haiwan peliharaan lebih menyerlah.Anda boleh juga menggunakan ‘lensa zoom’ jika mustahil untuk pergi dekat. 

BERDIRI SAMA TINGGI

Turun, mencangkung ataupun meniarap supaya kita berada pada paras haiwan peliharaan kita. Mata ke mata.  Ini akan mengelakkan kita merakam gambar daripada perspektif manusia yang tidak menjadikan gambar haiwan peliharaan potret yang baik. Dengan berada sama tinggi dengan mereka, gambar anda akan membawa anda melihat ke duna haiwan tersebut, lebih personal dan Nampak dramatic (lebih hidup).

“FRAMING” DARI SUDUT PELBAGAI

 Seperti mana merakam gambar manusia, haiwan peliharaan juga akan kelihatan berbeza dari sudut dan perspektif yang berlainan. Rakamkan satu siri foto dari pelbagai sudut, muka, mata, telinga, kaki dan ekor. Petret tiga suku dan penuh juga jangan dilupakan.

PENCAHAYAAN YANG BAIK

Seperti mana2 fotografi, pancahayaan menjadikan sesuatu foto itu baik atau tidak. Jika boleh, jangan menggunakan “direct flash” kerana ia akan membuat haiwan peliharaan hilang tumpuan dan lari kerana terperanjat.  Lampu denyir juga seringkali menyebabkan mata haiwan menjadi merah “red eye”. Oleh itu, pencahayaan semulajadi adalah lebih baik.

Rakaman diluar rumah adalah yang terbaik ataupun di dalam rumah yang mempunyai sumber cahaya yang baik.  Jika anda perlu menggunakan lampu denyir di dalam lokasi tertutup,  pastikan anda menggunakan off camera dan memantulkannya ke arah dinding atau siling.

SENTUHAN 


Tidur bersama, dukung atau belai haiwan peliharaan anda. Sedikit sentuhan manusia dalam gambar haiwan peliharaan boleh menjadikan gambar itu unik dan menarik. Bukan sahaja ia dapat menenangkan haiwan peliharaan anda, malahan dapat menjadi koleksi foto anda bersama si comel.

FREEZE HAIWAN PELIHARAAN

Kebanyakan haiwan peliharaan memberi cabaran kepada pemilik mereka untuk dirakam gambarnya. Mereka aktif, dan sentiasa bergerak. Untuk merakam subjek yang sentiasa bergerak, apa yang patut dilakukan ialah merakam dengan shutter pseed yang laju.

Gunakan  shutter 1/125 saat ke atas. Lebih tinggi lebih besar kemungkinan untuk mendapatkan gambar yang tajam dan terperinci. Apabila sudah bersedia dengan shutter speed, sentiasa bersedia dan meramal tindakan haiwan peliharaan anda. Anda juga mungkin mahu menggunakan mode continuous pada kamera supaya boleh menekan butang shutter dan merakam dengan banyak sekali tekan. Ia boleh menjadi siri kepingan foto yang cantik juga.

BERSERONOK

 Haiwan peliharaan suka berseronok. Ya, cicak kubing mungkin lebih suka duduk diam tetapi bagi kucing, hamster dan lain2, mereka suka bermain. Jadi daripada mengharapkan gambar yang lebih formal, lebih baik tumpukan kepada tema berseronok. Gunakan permainan mereka, lontarkan benang, ber makanan, atau biarkan mereka bermain bersama kawan2 mereka. 

CANDID DAN TANPA SEDAR

Jadi paparazzi dan rakam secara candid. Hendap kucing anda ketika ia tengah menghendap burung diluar rumah. Rakam gambar kucing anda ketika mereka tidur dan sebagainya. Biarkan haiwan peliharaan anda membuat aktiviti mereka tanpa anda mengganggunya.

 



2 comments:

keli menari said...

nice tips! thanks sharing !

*singgah dari segmen 50 BW !

DAIRI SEDETIK LEBIH said...

welcome dear :) terima kasih sudi membaca :)