FLASHBACK GENG BAS SEKOLAH (BS) FARISHA


_**Ni bukan kisah Geng Bas Sekolah kat Astro Ria tu ye**_

Sesiapa kat sini pergi sekolah pernah naik Bas Sekolah??? Yang warna oren tuh.. Ha! Sape yang pernah, tahniah! Farisha mula naik bas sekolah sewaktu berumur tahun 1 hingga tahun 4. Lame tuh! Farisha panggil pemandu BS dengan panggilan “uncle” – india. Dia ada dua BS. Satu buruk sket, xdek econ…yang lagi satu best, sebab baru dan beraircon. Huhu! Kalo Uncle bawak BS yang buruk tu, malu aje nak naik. Muka sedih2 aje. Yela, BS yang lain cantik2 n besar. Banyak songeh plak :) 

Hiasan : Rupa Bas Sekolah yang Buruk sket.
Hiasan : Rupa Bas Sekolah yang Cantik.
Habis aje waktu sekolah sesi petang (darjah 1 -3), terus aje serbu dulu BS utk cop tempat.  Then baru turun beli makanan ringan. Biasanya tempat duduk belakang yang menjadi sasaran sebab luas dan panjang. Boleh duduk dengan geng2. Kami suka menyanyi ramai2 lagu NORA- DENDAM DALAM DIAM, AMY MASTURA – JAWAPAN KASIH dan lain2 lagu mereka. Ikut mood la. Uncle tu xpyh susah2 nak pasang kaset or radio sebab dah ade lagu free dari kami. Tapi yang menjadi masalah dalam geng kami, geng india selalu berebut nak duduk kat belakang jugak. Menyebok betol! Huh! 

Selain menyanyi2 kat belakang, kami juga gemar main permainan sep-sep tom tom.ala,yang tepuk2 tgn tuh! Yang fevered main sep-sep Jambatan Sudah roboh, Jadi Patung – lebih kurang cam ni “si kama kaya-kaya, si kama kaya-kaya jadi patung! Terus kena diamkan diri. Sape gerak dia kalah!”, game lawan mata, sape kelip mata dia kalah!. Dan game terkahir “malam yang sepi..pi..pi..Pak Man jual Topi..Pi..Pi..Topinya Koyak..yak..yak, Pak Man jual Tempoyak..yak..yak” Cam tu la lebih kurang.


Dah bosan main game yang sama, Farisha cipta sendiri lirik versi pertanyaan tapi menggunakan lagu irama Jadi Patung. Farisha mengimbas lagu tu :-

Pemain 1 : Pak Abu hendak pergi…
Pemain 2 : Dia hendak pergi kemana?
Dia hendak pergi ke kedai?
Kedai itu nama kedai apa?

----------lagu ini dikaitkan dengan persoalan, ditanya2 sehingga kemuncak salah seorang menjawab “jadi patung.” Ha! Memang uji mental dan kecepatan berfikir taw!

Farisha time tu ada la gaduh ngan sorang member nih! Bukan bertumbuk2 ye. Cuma x bertegur. Ada ke patut dia tiru game ciptaan Farisha yang terhebat tu. Geram aje. Tapi malas nak cakap pape. Lantak dia la kan. Asal bahagia.

Pernah satu masa, geng India asyik memonopoli tempat duduk belakang. Hish! Monteng kot kuar awal. Tu dapat tempat cepat. Hehe.. Yang geng kami berpisah le duduk tempat yang dua orang. Dah xdpt nak menyanyi, Farisha ada hobi baru plak. Iaitu bermekap. Habis alat solek mak Farisha bawak pegi sekolah taw. Macam bedak kompak, gincu, minyak wangi, ubat ketiak pun ade gak..haha! lawak aje.. Time tu memang minat gila dengan Amy Mastura. Ikat rambut kat belakang dan mekap2 sket. Tapi xde la sampai nak tenyeh pemerah pipi. Kawan2 cakap muka Farisha macam Amy Mastura. Huhu! Hapy giler..

Macam ni la stail rambut Farisha
Bila tiba hari Jumaat, biasanya Uncle ambil lewat kat rumah sebab persekolahan stat lewat. Dengan semangat, Farisha dan jiran sebelah rumah gagahkan diri menapak ke rumah Uncle yang mengambil masa 20 minit perjalanan dengan kaki. Tabah! Nak cop tempat duduk belakang punya pasal..hehe.. Sanggup panjat pagar rumah taw sebab mak Farisha pegi keje. Jadi, nak tunggu mak lambat sangat. Tu yang jadi tabah! (Hanya hari jumaat je ok). Balik sekolah kena bising dengan mak sebab tinggalkan adik2 yang berumur 5,4 dan 2 tahun kat rumah. Huhu! 

Masa berjalan ke rumah Uncle, sempat plak Farisha mengatal. Yela, tulis Surat Cinta kat sorang mamat nih.Muka Cute aje..heheh..Tulis pakai pensel. Antara ayat yang Farisha guna “Saya selalu perhatian awak, saya suka awak”..haha..Tah Pape aje! Tapi Farisha tulis sekali aje ok. Bila dah letak dalam peti surat, rasa malu pulak. Lantaklah. Bukan tulis nama pun. Kira peminat misteri la ni. Cinta Monyet! 


Bila tiba darjah 4, Farisha kena sekolah sesi pagi. Tiap2 pagi dalam pukul 6.00 pagi mesti kena standby depan rumah. Paham2 la, kalo kena bangun awal, memang banyak alasan la tak nak pegi sekolah. Yang jadi peneman setia hantar ke sekolah ialah Ayah Farisha. Hehe! Thanks ayah!

Sekarang bila dah besar, Nampak BS, teringat kenangan geng BS dulu2. At least, Farisha pernah merasai kenangan naik BS. 

Kamu pula bagaimana??? Ada kenangan tak naik BS??? Komen la sikit.

2 comments:

Wanieys said...

naik bas g sek xpenah psl sek dpn umah jer...jalan kaki dh smpai hehehehe....
cerita GBS kt astro tu tau la jg ekekeke

✿Lady Ainaa ✿ said...

Tak pernah naik bus dan tak pernah jd GBS..hikhik...pegi balik dihantar dan dijemput.... naik bus pun xreti dlu.. kahkahkah.... skunk ni kt U baru nk try2 nek bus ni... XD so xde pengalaman.. T^T