HAH?!! FARISHA DAPAT RM 225,000??? GILER KENTANG!



Semalam balik2 rumah aje dapat satu surat bersaiz besar sikit dari A4  berlabel "Domestic Times Delivery" - dalam kepala pikir wah2 surat dari luar negara ke??? Then Farisha buka la nak tengok kot2 dapat duit. Memang betul!! 

Perghhhhh!!!! Terperanjat rasa nak pengsan dapat sekeping cek saiz A5 tertera nilai RM225,000 beserta cek lain bernilai RM10,000, RM20,000 dan RM60,000. Hadiah tajaan "Reader's Digest" tuh!!! Perghhhh! Sumpah tak caya! Malam tuh terus snap picture. Tengok semua ni ini :-




Kelebet @ selongkar surat tu, ada lagi poskad kereta dan surat yang lain yang di sahkan oleh Pengurus nya : MAYVIN SEENEEVASSEN. Siap ada statement yang terangkan jangan terkejut dan panik sebab menang hadiah tu! Siap ada gambar pemenang. Termengah2 nak baca ayat ENglish yang panjang berjela *.*







Amacam??????????????

Nak tahu apa tindakan Farisha????

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Koyak semua dokumen tu dan buang! Sebab?????
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
------------------------------------------------------------------------ 

Kamu jangan la percaya dengan benda merepek ni!! Tak da makna orang senang nak bagi beribu raban kat kita termasuk kereta mewah melainkan mereka ada motif tersendiri. (Nih mesti kerja orang kulit hitam!-Tak habis2!) Ada syarat2 yang mesti dipatuhi oleh "pemenang bertuah" ni. Kena Beli Buku bernilai RM100 dan reply dalam masa 7 hari dari tarikh surat. Lepas tu, Farisha malas nak baca dah.Kamu boleh google "Kena TIPU dengan Reader's Digest". Banyak testimoni mangsa.

Tambah pula, Farisha tak pernah melanggan, membeli majalah Reader's Digest ni. Baca aje ada le tu pun kat Library saja boring2..hihi ^.^ Farisha bukan terperanjat dapat duit banyak tuh tapi terperanjat sebab dari mana sindiket tuh dapat dapat nama dan alamat Farisha???? Macam2 cara orang nak menipu duit ni kan?? 

Tadi Farisha sempat post gambar ni kat FB, mmg banyak respon dan orang percaya. Aduh!!!! Tak ape Cik Akak En Abang semua. Jadikan pengajaran okey..!

Apa kata kamu??pernah dapat tak benda ni??

12 comments:

amercorner.blogspot.com said...

wow .. time baca yang mula2 tadi.. ish2 untung nye farisha ni :D haha . dah baca kat bawah2 . hampeh

DAIRI FARISHA said...

haha! taw xpe..pandai betul sindiket ni menipu gunakan surat2 yang nampak agak mewah..siapa yang tak berfikir betul2, memang kena tipu

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

tu lah zaman sekarang ni mcm2 cara org cari duit..kalau tak fikir panjang habislah kena tipu..

Arra Ahmad said...

tak pernah dapat..:)

Mohd Lokman Bin Ramli said...

Wah!! tahniah..^_^

Norliza Nordin said...

xpenah dpt. tap mmber penah dapat. dan byk respon yg negatof. ni mmg slh satu sendikit penipuan.

~capital N~ said...

sama mcm ayah capital n punya..
die suruh kita beli ini, beli itu..
pastu kalo ade rezeki bru dapat..

memang xcaye pon...
sindikit penipuan la tuu..

Cik Eiyra said...

member ira pun dapat semalam , siap dgn kunci kereta g , tapi bukan dapt lagi , kena isi borang dan beli barang dia . setahun pun blum tntu dapat . nak dpt tu blh tapi beribu riban jgk duit yg kita kuarkan

DAIRI FARISHA said...

betul tu..mereka adakan syarat2 tersembunyi dan memang kita xkan dpt pun barangan mewah macam ni. duit kita yang leboh ada la.Hati2 la semua blogger k. Farisha rasa lah kan, mungkin mereka tahu alamat rumah Farisha sebab Farisha rajin berinternet, blogwalking dan kadang2 ada ter "isi" borang servey online yang palsu.

Yumida said...

mmg hot super meletop la! strategi marketing yg hebat! nasib baik farisha x mudah gabra....eeee...bahaya tol diorg ni kan...

Nur Syafiqa said...

Saya ada dpat,tp xtaula bole caye ke tak..malas nak layan,sebelum dapat surt kuning 2 ad dpat surat dlam sampul wane pteh kan?

Arham Md Ali said...

Nice farisha. Dulu dapat gak benda ni, dia punya surat memang nampak legitimate, tapi tak layan pun la sebab kalau benda tu too good to be true, memang too good to be true. Takdenyela benda camni nak berlaku.