HASILKAN AKHBAR ANDA SENDIRI

Memang seronok sekali sekala dapat mengenakan kawan-kawan dengan menghantar keratan akhbar yang mempunyai nama mereka atau cerita-cerita melucukan. Tambahan pula, rupa bentuk keratan akhbar ini seakan sebenar, membuatkan anda tidak percaya sekalipun hampir percaya dengan cerita yang diutarakan.

Ia boleh dilakukan di SINI

ANDA BOLEH MELETAKKAN NAMA AKHBAR SENDIRI
Laman Web yang membolehkan anda menghasilkan keratan akhbar secara talian dalam tiga langkah mudah.

1)      Taip nama akhbar
2)      Tarikh
3)      Tulis cerita mengikut panjang atau pendek yang diingini

Bagi mereka yang ingin menulis secara serius, mungkin fodey.com boleh dijadikan tempat untuk praktis dan melihat bagaimana sekiranya cerita anda diterbitkan di akhbar. Anda boleh rakan “feel” atau perasaan sebagai penulis dan menerbitkan akhbar anda sendiri.

Bagi mereka yang sekadar inigin berseronok, aplikasi ini memang mudah dan sesuai dijadikan sesuatu yang istimewa misalnya untuk menyampaikan ucapan hari lahir, terima kasih, pengumuman perkahwinan, berita tergemar atau banyak lagi dalam cara unik. Tidak perlu kemahiran reka letak atau tidak perlu bahasa bombastic. Hanya taip dan terbitkan sahaja.

Untuk menerbitkan keratin akhbar ini, anda hanya perlu klik pada butng “generate” yang disediakan. Ia secara automatik akan menerbitkan akhbar anda dalam masa beberapa saat. Anda juga boleh muat turun fail keratin akhbar ini ke computer dalam bentuk JPEG dan menghantarnya kepada rakan atau membuat hebahan laman web social seperti faceook, blog dan lain-lain.

Selain keratan akhbar, FODEY.COM turut menyediakan aplikasi Pembina lain seperti Ninja Text, Talking Squarrel, Talking Tomatoes dan banyak lagi aplikasi yang melibatkan binaan teks yang boleh anda cuba.