MENCIPTA KOLEKSI CATATAN UNTUK RUJUKAN

 

TUTORIAL -
Semasa sibuk menyiapkan laporan, mungkin ada ilham menarik yang melintasi fikiran anda. Atau ketika anda sibuk melayari internet, mungkin anda terjumpa beberapa maklumat yang perlu dikutip dan maklumat ini mungkin patut disimpan atau direkodkan untuk rujukan semula. Bayangkan jika idea bernas berlalu begitu sahaja atau maklumat penting telah dipadam dari sumber asalnya. 

Bagi mengelakkan kerugian seperti ini, anda memerlukan peralatan atau pembantu yang cekap. Jadi perisian efektif seperti Flashnote 3.3 akan diketengahkan untuk menolong anda.

Perisian PERCUMA ini membolehkan anda mencipta dan mengumpul catatan sambil menyiapkan tugas harian. Catatan berkenaan boleh  disimpan untuk rujukan semula, bila-bila masa. Fungsi utamanya adalah untuk :-
a)      Mencatat nota
b)      Mengumpul maklumat dengan cepat

Contohnya :-
Boleh merekodkan nombor telefon / menyimpan alamat Web (URL) tanpa perlu mencatatkannya dalam buku nota. Senang bukan??
Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsi dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.

CARA PENGGUNAAN

Langkah 1 : Muat Turun (Download) fail perisian percuma ini di SINI  (Rajah 0, 1 dan 2). saiz failnya adalah 1 MB dan menyokong pelbagai versi sistem Operasi (OS) Windows, termasuklah XP dan VISTA. 
Selepas dimuat turun, tempatkan failnya dalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya. (Rajah 3)

 RAJAH 0
Rajah 1

Rajah 2

Langkah 2 : Klik pada fail yang dimaut turun tadi untuk memulakan proses pemasangan. Semasa memasangnya (Install) anda perlu memilih atau menentukan lokasi untuk menempatkan direktori fail yang bakal dihasilkannya (Rajah 2). 

Kemudian ikuti arahan yang seterusnya sehingga proses pemasangannya selesai atau Berjaya. Sebaik sahaja proses memasangnya selesai, anda boleh memeriksa direktori fail yang terhasil. Dalam direktori tersebut, anda akan menemui sebuah fail yang berlabel – FLASHNOTE.EXE – bersama sengan beberapa fail yang lain (Rajah 3).

Langkah 3 :Klik pada fail tersebut (FLASHNOTE.EXE)  untuk mengaktifkan perisian ini sekaligus memaparkan tetingkap atau pemuka utamanya. Perisian ini boleh diaktifkan dengan mengklik pada ikon atau pintasannya (shortcut). Sebaik sahaja perisian ini diaktifkan, anda boleh melihat ikonnya terpampang di bahagian sistem Tray (Rajah 4).

Disebelah atasnya  ada barisan menu dan butang fungsi. Manakala di bawahnya ada ruang untuk menayang direktori nota dan isinya (Rajah 5).

Langkah 4 : Anda boleh mengklik setiap menunya untuk melihat senarai pilihan yang disediakan. Apa kata anda mulakan dengan menu File yang dilengkapi pilihan seperti Load From File,Save To File, dan Options (Rajah 6).
Menu Edit pula menawarkan beberapa pilihan seperti Copy, Find, dan Replace. Pilihan Copy umpanya, boleh menyalin butiran dalam perisian ini untuk ditampal pada aplikasi lain (Rajah 7).

Majoriti pilihan dibawah Menu Notes pula berkaitan teknik mencipta nota. PIlihan New, Contohnya, untuk mencipta Nota baru (Rajah 8).

Langkah 5 : anda boleh berganjak ke Menu Format yang turut menyediakan beberapa pilihan. Disini, anda boleh memilih jenis serta warna Font yang ringan untuk digunakan, selain menukar warna latar untuk ruang catatan (Rajah 9).

Tidak kurang penting Menu Insert, yang sekadar dilengkapi 3 pilihan : New Line, Date Time dan New Lien with Date & Time. Pilihan DateTime contohnya, untuk menyisipkan tarikh dan masa ke dalam catatan anda (Rajah 10). Jika ada masa, anda boleh mengklik Menu Help untuk mengetahui senarai pilihan yang disediakan.

Langkah 6 : Sekarang tiba masanya untuk menguji beberapa fungsi yang tersebut tadi. Jadi anda boleh mulakan dengan mengklik pilihan NEW (dibawah pilihan Notes tadi) atau menekan butang fungsi yang tersedia. Tindakan ini akan membuka tetingkap untuk mencipta/menambah nota baru (Rajah 11).

Anda boleh menggunakan format yang dicadangkan atau memuatkan nama yang lebih relevan pada ruang yang tersedia. Sebaik-baiknya gunakan nama yang member makna. Setelah berpuas hati dengan nama tersebut, klik OK untuk menciptanya (Rajah 12).

Langkah 7 : Hasilnya, sebuah direktori baru muncul dalam ruangan berlabel Notes Tree disebelah kiri tetingkap atau pemuka utamanya. Maknanya sebuah nota baru sudah dicipta. Jadi anda boleh menaip atau menampal teks diruangan sebelah kanannya (Rajah 13).

Anda bebas untuk menyunting atau menokok teks dalam ruangan Nota. Malah anda boleh menyalin (Copy) teks tersebut untuk tampal (Paste) dalam aplikasi lain. Nota tersebut boleh disimpan (Save) dengan mengklik pilihan Save to File (di bawah Menu File) atau butang fungsinya (Rajah 14).

Langkah 8 : jika perlu, anda boleh mencipta dan menyimpan seberapa banyak nota/catatan. Setiap catatan boleh diletakkan dalam direktori khas atau cabang kepada direktori khas atau cabang kepada direktori yang sedia ada. Nota cabang boleh dicipta melalui pilihan New Child Note dibawah Menu Notes atau mengklik pada butang fungsinya atau anda boleh menanda pada pilihan berlabel Add as Subnote dan Klik OK (Rajah 15).

Kesannya, nota/catatan yang dicipta tadi menjadi cabang atau berada di bawah Direktori pilihan anda. Mana-mana nota cabang yang tidak perlu boleh dipadam.

Langkah 9 : Proses rujukan semula menjadi lebih mudah, jika anda menempatkan nota-nota cabang yang relevan ke dalam sebuah direktori (Rajah 16).

Selain itu, anda boleh menukar warna latar ruangan nota/catatan : daripada putih kepada warna lain yang sesuai. Pertukaran warna ini boleh dilakukan menerusi Pilihan Background Color, yang terletak dibawah Menu Format.  Apabila tetingkap berlabel Color dibuka, klik warna yang menjadi pilihan anda. Tekan OK dan Lihat perubahan warna latar ruangan nota (Rajah 17). Jika kurang sesuai cuba warna lain.

Langkah 10 : Akhir sekali, anda boleh memilih beberapa ketetapan melalui pilihan Options, dibawah Menu File. Kategori General menyediakan beberapa pilihan :contohnya untuk menayang ikonnya dibahagian System Tray (Rajah 18).

Melalui kategori Hot Key pula, anda boleh menetapkan kekunci pintasan untuk menayang tetingkap utamanya (Rajah 19).

Manakala kategori Data Base membolehkan anda memindahkan fail pengkalan datanya ke lokasi lain (Rajah 20). Jika ada masa, anda boleh menguji beberapa fungsi lain yang tidak disentuh sekejap tadi.

Selamat Mencuba Dan Jangan Lupa Tinggalkan Komen Anda !

No comments: