REKA LETAK GAMBAR ANDA DI PELBAGAI LOKASI MENARIK

 KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK KE WEB

Bekerja dengan imej digital memang sesuatu yang menyeronokkan. Ditambah pula dengan adanya Laman Web yang direka khusus untuk anda yang suka mencipta gambar kreatif. 

Keseronokan itu seakan tidak berakhir kerana macam-macam yang anda boleh lakukan disini. Sama ada menghasilkan kalender dengan gambar anda sendiri, menampal wajah di kotak bijiran sarapan, mengukir nama di papan tanda jalan raya dan banyak lagi yang pasti membuatkan anda teruja untuk mencuba!

Ia menyediakan templat atau aplikasi yang hanya memerlukan anda memuat naik gambar sekiranya bekerja dengan gambar ATAU menaip tulisan sekiranya imej yang anda inginkan melibatkan tulisan. Klik pada butang yang disediakan dan selebihnya diserahkan kepada “chef” untuk menghasilkan imej dalam masa beberapa saat.


 Antara kategori template yang ditawarkan di laman web ini adalah animasi, bingkai gambar, Friendship , Fun, percutian, papan tanda, muzik serta banyak lagi. Ada juga template berbentuk video yang membolehkan anda menulis pesanan pada template yang disediakan kemudian dihantar pada rakan dalam format klip video menarik.

Bagaimana hendak mengakses template ini??

1)      Pilih butang “create” ATAU taip pada kotak carian yang disediakan
2)   Bagi yang ingin menjadi ahli, bolehlah mendaftar secara PERCUMA!! Di mana anda mempunyai kelebihan untuk menyimpan rekod imej yang anda hasilkan pada ruangan MyStuff, komen imej yang dihasilkan orang lain serta berkongsi foto dengan komuniti ImageChef.

Selain itu, menu “remixes” pula memaparkan imej yang dihasilkan ahli ImageChef. Anda boleh melihat, mengedit kemudian menggunakan atau menetapkan “rating” untuk hasil kreativiti tersebut. Ia disusun mengikut
1)      Kategori popular
2)      Pernah popular
3)      Terbaru
4)      Kategori Negara – Malaysiam Brazil, India, Rusia dan lain-lain

Setelah imej yang dihasilkan telah siap, anda boleh kongsi di Facebook,Twitter, Email dan Lain-lain.


****PERHATIAN :- IMEJ YANG DIHASILKAN OLEH IMAGECHEF TIDAK BEGITU BESAR JADI TIDAK SESUAI DIJADIKAN WALLPAPER DAN SEBAGAINYA. NAMUN UNTUK LAMAN SOSIAL ATAU DIMUAT KE PERANTI MUDAH ALIH UNTUK DIHANTAR MENERUSI MMS DAN SEBAGAINYA, IMEJ INI MEMANG SESUAI DAN MENARIK.

No comments: