GAMBAR DAN ALBUM TUNANG IRMA HASMIE SERTA SEKITAR MAJLIS PERNIKAHANNYA

 
 wAH! wAH! seronok betul Farisha tengok Irma Hasmie. Sangat Happy bila album tunang dia dah siap..Gambar cantik2...Tahniah pada Irma sebab dah bertemu jodoh dengan pilihan hatinya dan yang sah bergelar isteri pada 3.55 petang tadi, 29 JUN 2012. Tahniah Irma!! huhu..Ape pun,jom layan gambar-gambar nih~

BERTUNANG











Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato' Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi.

Irma dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.


Di majlis pernikahan tersebut, pihak lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran , mas kahwin menggunakan mata wang Dinar berjumlah tiga Dinar beserta wang hantaran dan dibalas sebanyak 13 dulang daripada pihak pengantin perempuan.


Majlis yang bertemakan moden ini diadakan di Dewan Persidangan Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri hampir 500 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat handai.


Turut kelihatan beberapa orang rakan artis seperti Misha Omar, Diana Amir, Yatt Hamzah dan ramai lagi.


Di majlis itu juga, Irma anggun dengan busana hasil rekaan Hatta Dolmat sementara pengantin lelaki mengenakan baju Melayu hasil sentuhan Ezuwan Ismail.

Manisnya Irma


 pentas untuk majlis akad nikah Irma & Redza

Pelamin nikah



PS : gAMBAR tunang ihsan :  hazelnart-work-photographic-studio
gambar Akad Nikah : Media Hiburan

STATUS TERKINI UNDIAN "LIKE" SEGMEN 1ST GA FARISHA.BLOGGER ADA FACEBOOK???


Selamat Tengah Hari Kepada Semua Blogger! 

Farisha nak beritahu status terkini undian "LIKE" kisah cinta sahabat Farisha di facebook yang kini sedang kejar mengejar mata "LIKE" untuk memenangi hadiah Kad Kahwin yang ditawarkan oleh penganjur.

Jumlah vote "LIKE" setakat 28/06/2012 = 161
 

Jika nak dibandingkan dengan peserta lain, memang vote "LIKE" untuk kawan Farisha jauh ketinggalan berkilometer di belakang taw. Uhukkk! Jom tengok sket jumlah mata peserta lain :-

LIKE = 1543


LIKE = 1406


LIKE = 543


 LIKE = 387


 LIKE = 314 (2 PESERTA)



LIKE = 242

 

 
kalau kamu semua nak tolong kawan Farisha, jom la join segmen kelolaan Farisha kat SINI dan jangan lupa minta kawan-kawan Facebook kamu pun like ye!

Hadiah Lumayan ----Wang Tunai Dan Top Up Handphone menanti bagi Peserta-Peserta Segmen 1st GA Farisha yang bertuah!!


***pssssttt! Nak dekat Raya tue, boleh la kamu shopping dengan duit tu!


 

Segmen : Mari Berhijab


NAK JOIN KLIK BANNER

NAK WARNA BIRU , NAMA DIARI FARISHA 

keputusan : Yeayyy!!! Dapat doodle dan nama Farisha tersenarai dalam list no.42..fuh..selamat sempat sebab Apit nak 50 org blogger aje..hihi~ Jom tengok Doodle Apit utk Farisha


GAMBAR "SAVE THE DATE" FARISHA [UPDATED!! WITH VIDEO]




Hari ni Farisha sangat teruja sebab baru aje dapat VCD shooting video "save the date" kami dari production Q-Event. Mereka sangat sporting dan menggunakan alatan yang canggih dan besar2 memang sebijik macam orang nak bershooting filem taw..terasa macam artis la pulakkan~

Farisha dapat video ni free aje ok (pssssttt! nak taw rahsia??) ok la nak gtaw nih yang Farisha memenangi tempat kedua dalam segmen Q-Event "Q-Sweet Couple Contest" dimana Farisha berjaya meraih sebanyak 642 likes dari rakan2 Facebook hasil usaha tido lewat dan tak jemu2 inbox kawan2 Facebook. Time tu terbayang kesusahan seorang pemimpin nak meraih undi pilihanraya. Memang susah dowh!! Serius cam nak pengsan kaut "likes" kat facebook tuh. Rezeki kami lah tu menang atas pertolongan kawan2 Farisha!

Ce korang tengok gambar bawah nih la yang Farisha menang "likes" tuh 
(Gambar tak berapa nak sweet..uhukk)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Dan inilah hasil kemenangan kami-  gambar shooting save the date di Kuala Lumpur. 
Kami bergerak dari Ipoh Jam 9 pagi dan sampai di KL pada 11-12 tengah hari.
Disebabkan time ni hujan, kena tangguh dulu perancangan sampai la hujan berhenti
Shooting dimulakan sekitar jam 3-4 petang
Lamanya tunggu ^.^!











-------------------------------------------------------------------------------------------------------

[UPDATED!!!] WITH VIDEO
Bagi yang tak puas tengok gambar kat atas, Farisha sertakan sekali 
Video ok~
Masa buat video ni, tarikh kahwin masih belum dirancang
Kalau tak silap  shooting masa bulan Januari/Februari 2012
Jadi, pihak Q-Event  hanya letak tarikh Disember 2012 sebagai
tarikh Majlis Perkahwinan kami

Tarikh Perkahwinan Kami yang sebenar 
26/01/2013 & 27/01/2013
Jom lihat Video penuh




p/s : Abaikan Kesalahan Ejaan SPTM..Patutnya STPM :(

PERUBAHAN HADIAH SEGMEN GA FARISHA : BLOGGER ADA FACEBOOK??TOLONG LIKE!!


Ingat lagi tak segmen ni???? http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/06/blogger-ada-facebook-tolong-like.html

Ha! Jangan terkejut pulak tiba2 ada perubahan dalam segmen Hadiah GA Farisha pulak...I'm sorry!!! Sikit aje perubahan tu :

Iaitu jika Kawan Farisha memenangi hadiah yang ditawarkan, peserta yang join GA ni akan mendapat hadiah seperti di bawah kan ?? :

1) Sekiranya mendapat tempat Pertama : 4 Pemenang akan dipilih secara rawak. Hadiah Top Up Handphone bernilai rm50 seorang  *.* 

2)  Sekiranya mendapat tempat Kedua : 4 Pemenang akan dipilih secara rawak. Hadiah Top Up Handphone bernilai rm40 seorang  *.*  

3) Sekiranya mendapat tempat Ketiga : 4 Pemenang akan dipilih secara rawak. Hadiah Top Up Handphone bernilai rm30 seorang  *.*  

4) Sekiranya tidak menang : 2 Pemenang akan dipilih secara rawak. Hadiah ditaja oleh Farisha sendiri bagi menghargai Jasa Blogger semua. Hadiahnya adalah Top UP Handphone bernilai RM10 seorang *.* (Sorry tak banyak.uhukk!)


========Kesemua hadiah Top Up tu, pemenang GA yang bertuah boleh memilih sama ada nak TOP UP HANDPHONE ataupun tukar dengan WANG TUNAI. ohsem tak?? !

========Lagi satu, sesiapa yang mempunyai lebih dari satu Facebook contohnya ada 2 facebook, anda perlu meninggalkan LINK FB ID (Nama) anda dalam entry Farisha dan anda akan dikira mempunyai 2 penyertaan!! Jadi tentunya peluang anda memenangi hadiah GA akan lebih terbuka!! 

======== Tinggalkan link entry kamu di SINI

Terima Kasih! Good Luck!!


MACAM-MACAM BILA BLOGGER DAH FAMOUS!


Selamat Pagi Kepada semua Blogger,

Betul ke ye??? Bila blogger dah famous, ramai follower, letak post je ramai org komen,...blogger tu takkan melayan blogger baru yang baru nak berkecimpung dalam dunia blogger nih??

Yelah, Kadang-kadang ada jugak 2,3 kali invite "blogger famous" nih join segmen, tapi memang xda sebarang balasan/kerjasama dari mereka pun. Dah tinggalkan komen kat chat box, post2 mereka tapi hampa. Agaknya dah ramai sangat yang komen kot, sampai tak terlayan atau mereka hanya post dalam segmen mereka dan menunggu komen datang sahaja.

Bukan nak ganggu blogger yang memang famous sgt2 sampai masuk magazine bagai, sekadar blogger biasa yang dikatakan famous sahaja. Tak nak tolong support ke blogger newbie nih ye??

Ingatlah sebelum blogger tu famous, mereka pun pasti perlukan kerjasama blogger lain untuk follow blog mereka kan? ataupun apa-apa segmen yang menawarkan hadiah beribu2 yang memerlukan sokongan blogger lain setiap hari terhadap blog mereka.

Jika kawan mereka tu dah penuh sampai tak boleh nak follow blog orang lain, cukuplah sekadar tinggalkan komen walaupun satu pun cukuplah ataupun sekali sekala join segmen yang simple-simple sebagai tanda sokongan.

Mood : Penat invite "blogger famous" *.* Kecewa

Maaf jika ada yang Terasa.  Sekadar luahan hati~




Segmen Doodle Part 2



a. Nama : DIARI FARISHA,  Warna baju : BIRU, seluar : HITAM
TAG : 
1) AIN
2) DINI

KEPUTUSAN --->> DAPAT DOODLE DARI APIT. TENGOK NI..OPSSS! FREE HAIR! HEHE