APABILA MISI MENJADI "INCREDIBLE HULK" GAGAL!!

 
Paulo Henrique dos Santos pada mulanya berhasrat berubah menyerupai tokoh komik Incredible Hulk menggunakan cat berwarna hijau dimana dia kemudiannya menyedari cat tersebut tidak boleh di bilas dengan air. haha!!

Awalnya dia sengaja mewarnakan tubuhnya untuk mengambil bahagian dalam episod bertema pahlawan dalam komik. Lelaki yang bekerja sebagai pegawai kolam renang itu keliru menggunakan cat untuk peluru berpandu balistik dan kapal selam nuklear dengan cat biasa. Hasilnya cat ini membuat masalah pada dirinya sendiri.



 Cat tersebut terbukti sukar untuk dihapuskan, tidak seperti cat biasa. Dia sudah mandi sebanyak 20 kali, namun tubuhnya masih tetap disaluti warna hijau. Dia khuatir cat industri itu boleh meninggalkan racun pada tubuhnya.




 Setelah menggunakan sabun, syampu sampai cecair pencuci baju serta alkohol, cat itu akhirnya berjaya disingkirkan dari tubuh Paulo."Saya tidak akan lagi mengulangi perbuatan bodoh ini. Tahun lalu saya juga menggunakan kostum yang sama, tetapi berjaya dibersihkan dengan mudah," ujar Paulo.

****pENGAJAran : Jangan sesekali kamu mencuba sendiri eksperimen seperti ini. Sadis nak tanggalkan. Badan pun sakit!.haha! ****