GAMBAR "SAVE THE DATE" FARISHA [UPDATED!! WITH VIDEO]




Hari ni Farisha sangat teruja sebab baru aje dapat VCD shooting video "save the date" kami dari production Q-Event. Mereka sangat sporting dan menggunakan alatan yang canggih dan besar2 memang sebijik macam orang nak bershooting filem taw..terasa macam artis la pulakkan~

Farisha dapat video ni free aje ok (pssssttt! nak taw rahsia??) ok la nak gtaw nih yang Farisha memenangi tempat kedua dalam segmen Q-Event "Q-Sweet Couple Contest" dimana Farisha berjaya meraih sebanyak 642 likes dari rakan2 Facebook hasil usaha tido lewat dan tak jemu2 inbox kawan2 Facebook. Time tu terbayang kesusahan seorang pemimpin nak meraih undi pilihanraya. Memang susah dowh!! Serius cam nak pengsan kaut "likes" kat facebook tuh. Rezeki kami lah tu menang atas pertolongan kawan2 Farisha!

Ce korang tengok gambar bawah nih la yang Farisha menang "likes" tuh 
(Gambar tak berapa nak sweet..uhukk)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Dan inilah hasil kemenangan kami-  gambar shooting save the date di Kuala Lumpur. 
Kami bergerak dari Ipoh Jam 9 pagi dan sampai di KL pada 11-12 tengah hari.
Disebabkan time ni hujan, kena tangguh dulu perancangan sampai la hujan berhenti
Shooting dimulakan sekitar jam 3-4 petang
Lamanya tunggu ^.^!











-------------------------------------------------------------------------------------------------------

[UPDATED!!!] WITH VIDEO
Bagi yang tak puas tengok gambar kat atas, Farisha sertakan sekali 
Video ok~
Masa buat video ni, tarikh kahwin masih belum dirancang
Kalau tak silap  shooting masa bulan Januari/Februari 2012
Jadi, pihak Q-Event  hanya letak tarikh Disember 2012 sebagai
tarikh Majlis Perkahwinan kami

Tarikh Perkahwinan Kami yang sebenar 
26/01/2013 & 27/01/2013
Jom lihat Video penuh




p/s : Abaikan Kesalahan Ejaan SPTM..Patutnya STPM :(

8 comments:

Saya Disini said...

menarik

Zul De Alexis said...

cantik semua pic tu...nice

Farie Faraway said...

cantiknye kak Farisha ni , si dia pun handsome , sama padanlah , sweet sangat . =D

DAIRI FARISHA said...

TQ syg..awk pun cantik juga :)

Yumida said...

wah...santeknye sis..ske tgk skirt sis...
terasa uara bahagia itu sampai ke sini..nice moment!

DAIRI FARISHA said...

skirt tu sis order online..hehe.. tq dear :)

WID2 said...

ketinggalan baca... dh nak jadi mummy dh sis ne ^_^

Invisible Me said...

Wooo. Dapat free ja.
Mahal jugak tu kalau kena bayar.