NASI KREATIF UNTUK TATAPAN-MOOD : PUASA

Assalammualaikum W.B.T!

Macam mana puasa hari ni? Kamu semua puasa tak? Alhamdulillah dah masuk hari yang ketiga Ramadan (',') ! . 

Semalam Farisha ada mendengar Radio yang membicarakan tentang ROH. Tapi tak ingat nama penceramah (maafkan saya). Ceramah tu mengingatkan kita supaya tidak mengeluh dan marah ketika puasa. 

Di bandingkan kita dengan seorang hamba Allah yang sentiasa mengukirkan senyum, sabar, kerja tekun dan melakukan amal ibadat dengan ikhlas juga dia tidak mengharapkan balasan syurga atas semua amalnya. Masya Allah! Roh hamba Allah itu ikhlas melakukan amal ibadat dan Allah akan memberi keberkatan pada setiap amalannya.

Dibandingkan pula dengan Hamba Allah yang satu lagi dan kebanyakannya adalah diri kita sendiri (maafkan saya). Sentiasa mengeluh penat, dahaga, tak larat, lapar dan lain-lain padahal bekerja / belajar dalam aircond, buka puasa dalam aircond, selalu menempah buffet2 Ramadan di hotel2 dan Restoran dengan makanan yang sedap tetapi masih mengeluh itu ini. Ini Bermakna Roh kita tidak ikhlas dan tidak sampai amalan puasa kita kepada Allah.

Semoga kita sama-sama memperbaiki diri dan roh agar lebih ikhlas dan jangan mengeluh. Insyallah!

Sebagai penutup kata, jemputlah menjamu mata dengan makanan harian kita iaitu nasi (maafkan saya). Sedap tuh! Yummy! Sesiapa yang ada bakat, bolehlah buat macam ni masa berbuka nanti. Berselera gitu! 

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang malas makan, inilah masanya menghias makanan mereka agar nampak sedap dan cantik di mata mereka! (Ini adalah pendekatan psikologi bagi anak2)

Selamat Berpuasa ye!!


2 comments:

lynn kamarul said...

byknye gambar nasi. hehe ni mkanan org jepun

DAIRI FARISHA said...

tu la..tapi apa salahnya kita hiaskan mknan harian kita mcm ni kan,..grenti sayang nak makan..hi