TURUN K.L BERSHOPPING!!!


hihi~ belum apa-apa dah ketawa. Memang best dan terbaik sebab nak turun K.L especially shopping kat SOGO sebab nak beli barang-barang hantaran untuk Wedding Farisha. Walaupun Wedding Lambat lagi, around next year (awal bulan) tapi ni la masanya yang sesuai nak bershopping. Mesti ada SALE!! sempena raya kan. Kalau beli masa SALE akhir tahun, risau pulak tak sempat nak menghias barang-barang tu. 

Mengikut perancangan awal, Farisha nak tumpang tidur di rumah Kawan Farisha je tapi sebab En. Tunang pun ikut, Farisha buat keputusan tak nak susahkan sesiapa sebab Kawan Farisha duduk rumah bujang dan kalau En, Tunang nak tidur, kawan kena minta tolong Makcik dia tumpangkan kami. Hurm..susah kan..baik Balik hari je.


**** STATUS TERKINI SELEPAS FARISHA PULANG DARI KL DI HIGLIGHT MENGGUNAKAN WARNA PINK***

Jadi, ni lah details perjalanan kami nanti :-

Kenderaan Awam : KTM (ETS)

Sebab Naik KTM : Risaukan keselamatan bila naik BAs  

Berlepas dari : IPoh Ke KL Sentral

Tarikh Turun KL dan Masa : 04/08/2012 (Sabtu) Jam 7.00 pagi

Tarikh Welcome Home : 04/08/2012 Jam 9.40 malam

Jumlah Bayaran : RM50 (pergi dan Balik)

Harapan : Dapat tempat duduk yang sesuai dengan perjalanan. Jika bergerak ke hadapan, tempat duduk menghala ke hadapan. 
****HARAPAN TERCAPAI!!!***

Pengalaman : Dapat tempat duduk yang menghala ke belakang sedangkan train bergerak ke hadapan. Teramat lah tension! rasa dunia diputarkan kebelakang. 

*****Kalau jumpa Farisha, tegur2 la k..hi*****
**** TAK KENAL SESIAPA. JADI TAK TEGUR****

Farisha dah senarai pendekkan list barang-barang hantaran untuk di beli :-

1) Handbag & Dompet 
**** HANDBAG VALENTINO CREATIONS. DOMPET TAK BELI***
2) Kasut
*** KASUT VALENTINO RUDY***
3) Perfume 
*** PERFUME ELIZABETH ARDEN***
4) Set Make Up
*** TAK JADI BELI***
5) Set Mandian
*** TAK JADI BELI***
6) Jam Tangan
*** JAM TANGAN POLO CLUB***
7) Al-Quran
*** OK DAH BELI. WARNA GOLD***
8) Baju Kurung
*** DAH BELI***


(***list ni kasar aje. Kalau dah tengok barang lain yang cantik2, habisla!) ****MEMANG PUN, "TER"BELI BAJU BLAUS LABUH, LONG INNER, TUDUNG DAN KAIN PASANG.HIHI****

Perghhh! Banyak jugak..huhu..Tapi yang susah hati ni, shopping time PUASA! Semoga larat la nak bershopping dan menapak ke tempat tertentu mencari barang-barang ni. Kamu doakan urusan Farisha berjalan lancar ye! 
****ALHAMDULILLAH. SEMUANYA BERJALAN LANCAR. CUACA PUN MENDUNG. MEMUDAHKAN URUSAN FARISHA. TETAPI MEMANG RAMAI SANGAT ORANG. BERSESAK-SESAK.****

Jadi, sebagai tanda penghargaan sebab kamu dah baca entry Farisha ni, Farisha nak hadiahkan kepada kamu semua G.A KAD RAYA!! yeay!!! Kamu memang bertuah sebab baca entry ni taw. Kalau orang lain, mesti tengok title post dulu. Ada perkataan give away baru nak baca kan..

Jadi, sesiapa yang nakkan kad raya khas dari Farisha, boleh tinggalkan komen kat bawah. Then, email NAMA, ALAMAT, NO. TEL, NAMA (BLOG) BESERTA LINK BLOG di diarisedetiklebih@gmail.com. Tak perlu tag sesiapa pun. Siapa Baca, dia dapat!!

G.A ni akan bermula dari saat entry ni di publishkan iaitu 30/07/2012 sehingga jumaat ni - 03/08/2012!!!! Kad akan diposkan mulai Isnin, 06/08/2012.
***MAAF. KAD DIPOSKAN PADA HARI RABU. LEWAT ATAS SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN. LIHAT ENTRI INI UNTUK KETAHUI KAD YANG TELAH DIPOSKAN***

Ok Bubbai!

 

 

8 comments:

~capital N~ said...

Nak kad raya...

nti CN emailkan alamat, nama sume..

tq farisha..

DAIRI FARISHA said...

ok..nanti email ye.. :)

Mohd Lokman Bin Ramli said...

yeay. saya pun nak hadiah jugak.. ^_^.. boleh tak??

DAIRI FARISHA said...

boleh :) email details ye!

miss kino said...

saya nak kad raye gak bole? nnt sy email..hehe :) tq kak :)

DAIRI FARISHA said...

ok welcome :)

norhuda ain ahnaf ahnor said...
This comment has been removed by the author.
norhuda ain ahnaf ahnor said...

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di http://kb8282onlinetempah.blogspot.com
atau http://s1000.photobucket.com/user/kb8282enterprise/library/