Mohd Noor Shawal 1st GiveAway Contest

Ini entry pertama aku lepas bercuti hari raya selama seminggu..huhu! harap2 menang la. Banyak kategori hadiah yang akan diberi kepada pemenang. Cer tengok ni :-

1- Top Referral (1 referrer) 
2- Peserta jawapan yang betul (10 peserta) guna random.org kalau lebih dari 10 orang yang betul 
3- Peserta jawapan yang salah (10 peserta) guna random.org 
4- Entry peserta yang best (5 peserta) guna shawal.org -_- 
5- Saguhati (5 peserta) guna random.org

Jawapan Aku : C 
(nak tahu kenapa kena bagi jawapan ni??? Klik sini untuk join ye
-->DUIT RAYA

Senang je..Jawab satu soalan. Salah ke betul tetap dapat hadiah! ohsem kan!
Sambil makan kuih raya, sambil join GA ni..Ibarat sambil menyelam, minum air blackcurrant..hihi..kelas kau :)

p/s : Kalau kurang 50 penyertaan, terbatal la GA ni..Sedih kan :( Korang mesti xnak perkara ni berlaku kan kan (angguk kepala)...Ha! jadi cepatla join.

Kepada Shawal, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin!!

Tarikh Tamat GA : 04/10/2012

keputusan : MENANG!!!! TEmpat ke 4..disertakan print screen hadiah yang dimenangi... then lihat komen shawal kat bawah :)



AKU DAH JADI PEMBUNUH!! MAAF!!

Ini adalah merupakan suatu Pengakuan dan ucapan Terima Kasih Aku terhadap satu kes yang tidak disengajakan dimana aku telah bertindak di luar batas para normal. 
~Terima Kasih kepada Anai-anai sebab telah mengecilkan kotak yang besar kat rumah aku dan terima kasih jugak sebab dalam kotak besar tu ada Door Gift Wedding aku~ Terima Kasih sekali lagi kerana telah memakan sebahagian door gift tersebut~ 
Owh! sungguh tak ku sangka terlalu banyak pengorbananmu~ Di saat aku tidur, kau makan~ Aku makan, kau makan lagi~ Aku telah menjadi pembunuh profesional selama 2 jam semalam dan yang paling teruknya di Bulan Ramadan!!,.Ya Allah! maafkan kesalahan aku ini.Amin!!! Jika didakwa di Mahkamah, aku akan menggunakan ayat pertahanan (defence) Kemarahan Besar. 
**Sekian Laporan Dari Aku (Farisha) : Biar Putih Tulang, Jangan Kuning Gigi**

KAD RAYA G.A DARI BLOG FARISHA

Assalammualaikum semua :)

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Farisha telah pun mengepos Kad Raya G.A kepada Blogger yang bertuah iaitu Miss Kino, Mr. Lokman dan juga Miss Captal N. Tahniah taw! Mereka dapat Kad Raya dengan baca Entry Farisha yang INI sahaja. Farisha tak buat cabutan pun. Siapa baca, dia dapat! Senangkan...

Farisha tak dapat nak snap gambar Kad Raya tu sebab Kamera kehabisan bateri dan charger pulak hilang entah kemana. Handphone pulak tak canggih. Cap Ayam je..uhukk! Jadi, gambar diatas adalah sekadar hiasan di laman rindu.

Baru semalam Farisha berkesempatan singgah shopping Mall beli kad Raya ni. Tengah belek2 Kad yang Cantik-cantik, terdengar seorang budak lelaki berumur sekitar 13-15 tahun berkata sesuatu pada Ayah dia, "tak perlu dah beli kad raya sebab dah tak relevan. Orang sekarang ni canggih pakai emel, mesej dll". Gulppp!! Tersentak mak (Tangan letak kat bahu, mata pandang atas).Tetiba Farisha rasa ketinggalan Zaman sebab nak hantar kad raya. huhu!

Biarlah kan..Budak-budak sekrang mana tahu nilai kad raya tu. Farisha berpendapat ,Kad raya lebih ikhlas berbanding dengan emel, mesej dll sebab perlukan usaha keluar membeli, spend some money, tulis, beli setem (kalau nak pos), dan hantar sendiri face to face dengan penerima kad tu. Dan kita boleh nampak reaksi gembira penerima. Kan ke best tu!

OK la..Farisha nak buat keje sket.Busy la pulak. Maklumlah nak ambil cuti panjang sempena raya nanti. huhu!

p/s : Harap blogger bertuah dapat Kad Raya sebelum Hari Raya.

Terima Kasih


SERBA SERBI DALAM DEJAVU DI KINABALU


Assalammualaikum!

Siapa tengok ending Dejavu di Kinabalu semalam??? dan juga pengikut setia cerita TV3 Dejavu di Kinabalu??

Farisha dah baca banyak komen-komen para blogger tentang cerita ni. Ha! sekarang Farisha pulak nak komen cerita ni. Farisha ikuti cerita ni dari mula lagi so bermacam-macam perasaan @ emo yang di alami. Sedikit kupasan disini :-

Biodata Bazli 


- So Sweet dan handsome!
- Pencinta terbaik dan amat setia
- Sanggup berkorban apa sahaja
- Jahat sedikit sebab ada niat nak bunuh Ammar. Nasib baik cepat bertaubat
- Cepat sangat bagi harapan pada Tira. Tapi ada logik juga sebab Bazli dah terlalu kecewa dengan Nadira sebab Nadira takkan kawin dengan dia.
- Hati amat terluka dengan kecurangan Nadira tetapi sanggup terima Nadira

Biodata Ammar


- Handsome!
- Sama juga Pencinta terbaik dan amat setia walaupun kekasih dah meninggal
- Hidup terseksa bertahun-tahun 
- Asyik nak larikan diri daripada masalah
- Terlalu kusut sehingga tak tahu dia cintakan Nadira @ Jantung yang ada pada Nadira
- Nampak seperti kaya sebab senang je berulang alik ke luar negara padahal jarang bekerja dan syarikat kawan dia yang uruskan
- Sanggup melawan cakap maknya sendiri walaupun maknya tak benarkan dia merampas tunang orang lain 
- Terlalu menyerah pada nasib untuk dapatkan cinta sejati. Tak ada pun solat mohon Jodoh pada Allah swt

Biodata Nadira


- Pentingkan diri
- Hidup bersenang lenang sebab kos perubatan semua ditanggung Bazli, di rumah sewa pula semuanya dia dijaga oleh Yuzra
- Tak rasa bersalah mak dia meninggal. Ending baru rasa menyesal
- Serabut sebab tak dapat bezakan perasaan cinta dan asyik salahkan jantung
- Kawin dengan Bazli semata-mata ingin menebus kesalahan diri walaupun masih cintakan Ammar.
- Boleh pula ada adegan langgar troli masa ending then bertentang mata. Kesian Bazli! Suami kot!
- Kesilapan yang dilakukan amat mudah dimaafkan 
-Susah nak mati

Biodata Tira
- Pada mula dilihat terburu-buru menerima cinta Bazli
- Kasihan sebab dikecewakan dan di dera oleh ex-Bf sehingga mengalami trauma keterlaluan
- Tak percaya lelaki
- Watak terus dimatikan dan tak da ending apa yang terjadi padanya setelah Bazli kawin dengan Nadira.
- Dia berhak dapat kebahagian jugak! huhu

Biodata Yuzra
- Best friend ever!
- Terlalu ambil berat dan terus sokong Nadira walaupun Nadira curang
- Cuma memahami Nadira walaupun Nadira sendiri pun tak paham diri dia macam mana.
- Sepatutnya blah je tinggalkan Nadira sebab degil

Biodata Jantung
-Farisha tak pasti siapa penderma sebenar.
-Yang pasti, kasihan kau Jantung! Kerana setelah engkau memberi kehidupan kepada seseorang ,engkau terus dipersalahkan sehinggakan Jantung tu rosak dan terpaksa buat pemindahan Jantung yang kedua !


 p/s : Jika benar Bazli layak memenangi hati Nadira seperti undian SMS, kenapa dalam hati Nadira dia cintakan Ammar? Ending untuk Bazli dan Nadira patut macam ni :- Happy kan?!

abaikan orang tengah tu...


Siapa sini Team Ammar, boleh tengok ending cerita ni kat TONTON sebagai alternatif jika Ammar memenangi hati Nadira

Masa ending cerita, Iklan Dermalah Jantung Anda! --------->> terkaitkan dengan cerita Dejavu ni. Sebab derma jantunglah semua konflik ni terjadi! 

Adegan yang tak patut -------->> 1) Nadira pegang dada Ammar 
2) Ammar pegang dada Nadira (gambar tak de) 




Cer komen sket??

MELAMPAU! TOLONG REPORT PAGE FACEBOOK NI!

                                      Assalammualaikum semua.~

Hari ni dah hari ke-13 puasa. Semoga puasa kita semua di berkati oleh-Nya.

Sedang menerjah facebook, Farisha dapat mesej dari seorang kawan di FB minta kerjasama report page FB tersebut. Bila tengok2 gambar dalam page tersebut, memang termakruh puasa. huhu! Owner page tersebut telah copy dan upload gambar2 gadis yang diceroboh daripada album FB mereka sendiri.

Bagi Farisha, sesiapa yang sengaja meng"upload" gambar seksi2 tu memang tak tahu malu. Tetapi,... apa yang Farisha concern sekarang ni, gadis2 yang berpakaian seperti biasa dan bertudung telah diupload dalam Page ini dengan capture yang mengarut dan turut diselitkan sekali dalam album gadis2 seksi tadi.

Preview sket Page tu :-




Preview ni sikit je taw! Dan mangsanya adalah PEREMPUAN! Ha! Lepas ni kamu kena hati-hati la ye. Nak tahu lebih lanjut, Klik sini -------->> AKU NAK REPORT!! 

Kejap! Kamu semua memang tak nak hadiah ye???? Seorang je yang sudi baca post Farisha tu :( nak tahu lebih lanjut , klik sini -----> NAK HADIAH

OK bubbai!!