AKU DAH JADI PEMBUNUH!! MAAF!!

Ini adalah merupakan suatu Pengakuan dan ucapan Terima Kasih Aku terhadap satu kes yang tidak disengajakan dimana aku telah bertindak di luar batas para normal. 
~Terima Kasih kepada Anai-anai sebab telah mengecilkan kotak yang besar kat rumah aku dan terima kasih jugak sebab dalam kotak besar tu ada Door Gift Wedding aku~ Terima Kasih sekali lagi kerana telah memakan sebahagian door gift tersebut~ 
Owh! sungguh tak ku sangka terlalu banyak pengorbananmu~ Di saat aku tidur, kau makan~ Aku makan, kau makan lagi~ Aku telah menjadi pembunuh profesional selama 2 jam semalam dan yang paling teruknya di Bulan Ramadan!!,.Ya Allah! maafkan kesalahan aku ini.Amin!!! Jika didakwa di Mahkamah, aku akan menggunakan ayat pertahanan (defence) Kemarahan Besar. 
**Sekian Laporan Dari Aku (Farisha) : Biar Putih Tulang, Jangan Kuning Gigi**

5 comments:

Momo said...

ohhhhhhhhhh my.... sabo je la...

DAIRI FARISHA said...

hihi....

Nurrul said...

jangan sedih taw... makan jew balik anai2 tuh.. hehe..
*Bahay tuh.. kena cepat2 musnahkan dia balik sebelum dia musnahkan yg lain :'/

LelakiSemalam said...

kenapalah dibunuh ....kan elok buat sahur atau berbuka jer...:)

DAIRI FARISHA said...

lelaki semalam : ingat nak makan jugak tapi mesti tak kenyang..hihi