KAD RAYA G.A DARI BLOG FARISHA

Assalammualaikum semua :)

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Farisha telah pun mengepos Kad Raya G.A kepada Blogger yang bertuah iaitu Miss Kino, Mr. Lokman dan juga Miss Captal N. Tahniah taw! Mereka dapat Kad Raya dengan baca Entry Farisha yang INI sahaja. Farisha tak buat cabutan pun. Siapa baca, dia dapat! Senangkan...

Farisha tak dapat nak snap gambar Kad Raya tu sebab Kamera kehabisan bateri dan charger pulak hilang entah kemana. Handphone pulak tak canggih. Cap Ayam je..uhukk! Jadi, gambar diatas adalah sekadar hiasan di laman rindu.

Baru semalam Farisha berkesempatan singgah shopping Mall beli kad Raya ni. Tengah belek2 Kad yang Cantik-cantik, terdengar seorang budak lelaki berumur sekitar 13-15 tahun berkata sesuatu pada Ayah dia, "tak perlu dah beli kad raya sebab dah tak relevan. Orang sekarang ni canggih pakai emel, mesej dll". Gulppp!! Tersentak mak (Tangan letak kat bahu, mata pandang atas).Tetiba Farisha rasa ketinggalan Zaman sebab nak hantar kad raya. huhu!

Biarlah kan..Budak-budak sekrang mana tahu nilai kad raya tu. Farisha berpendapat ,Kad raya lebih ikhlas berbanding dengan emel, mesej dll sebab perlukan usaha keluar membeli, spend some money, tulis, beli setem (kalau nak pos), dan hantar sendiri face to face dengan penerima kad tu. Dan kita boleh nampak reaksi gembira penerima. Kan ke best tu!

OK la..Farisha nak buat keje sket.Busy la pulak. Maklumlah nak ambil cuti panjang sempena raya nanti. huhu!

p/s : Harap blogger bertuah dapat Kad Raya sebelum Hari Raya.

Terima Kasih


9 comments:

Wanieys said...

bertuah la saper yg dapat kad raya dari farisha :-)

DAIRI FARISHA said...

hihi~ nanti awk join la mana2 GA Farisha..untung2 bertuah jugak :)

miss kino said...

akak..... tq tau.. kite tggu kad dari akak :) hehe

Cikgu Ma said...

tahniah la yug dapat kad raya tu...

pertama kali singgah =)

DAIRI FARISHA said...

ok..nanti dh dpt gtaw ye :)

DAIRI FARISHA said...

salam perkenalan :)

Mohd Lokman Bin Ramli said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terharu saya sebab dapat kad raya.. Ni first time saya dapat raya tau.. hehe.. ^_^.

terima kasih banyak2.. saya snap gambar tu guna hp biasa je.. harap maaf kualiti gambar rendah.. tak ada duit nak beli kemera..

apa pun terima kasih tau..

http://lokmanramli.blogspot.com/2012/08/terharu-dapat-kad-raya.html

DAIRI FARISHA said...

terima kasih MOhd Lokman atas entry tu..Farisha dah tinggalkan komen :)

murkey said...

http://metalliviumx.says.com/recommendations/celcom-syawal