SERBA SERBI DALAM DEJAVU DI KINABALU


Assalammualaikum!

Siapa tengok ending Dejavu di Kinabalu semalam??? dan juga pengikut setia cerita TV3 Dejavu di Kinabalu??

Farisha dah baca banyak komen-komen para blogger tentang cerita ni. Ha! sekarang Farisha pulak nak komen cerita ni. Farisha ikuti cerita ni dari mula lagi so bermacam-macam perasaan @ emo yang di alami. Sedikit kupasan disini :-

Biodata Bazli 


- So Sweet dan handsome!
- Pencinta terbaik dan amat setia
- Sanggup berkorban apa sahaja
- Jahat sedikit sebab ada niat nak bunuh Ammar. Nasib baik cepat bertaubat
- Cepat sangat bagi harapan pada Tira. Tapi ada logik juga sebab Bazli dah terlalu kecewa dengan Nadira sebab Nadira takkan kawin dengan dia.
- Hati amat terluka dengan kecurangan Nadira tetapi sanggup terima Nadira

Biodata Ammar


- Handsome!
- Sama juga Pencinta terbaik dan amat setia walaupun kekasih dah meninggal
- Hidup terseksa bertahun-tahun 
- Asyik nak larikan diri daripada masalah
- Terlalu kusut sehingga tak tahu dia cintakan Nadira @ Jantung yang ada pada Nadira
- Nampak seperti kaya sebab senang je berulang alik ke luar negara padahal jarang bekerja dan syarikat kawan dia yang uruskan
- Sanggup melawan cakap maknya sendiri walaupun maknya tak benarkan dia merampas tunang orang lain 
- Terlalu menyerah pada nasib untuk dapatkan cinta sejati. Tak ada pun solat mohon Jodoh pada Allah swt

Biodata Nadira


- Pentingkan diri
- Hidup bersenang lenang sebab kos perubatan semua ditanggung Bazli, di rumah sewa pula semuanya dia dijaga oleh Yuzra
- Tak rasa bersalah mak dia meninggal. Ending baru rasa menyesal
- Serabut sebab tak dapat bezakan perasaan cinta dan asyik salahkan jantung
- Kawin dengan Bazli semata-mata ingin menebus kesalahan diri walaupun masih cintakan Ammar.
- Boleh pula ada adegan langgar troli masa ending then bertentang mata. Kesian Bazli! Suami kot!
- Kesilapan yang dilakukan amat mudah dimaafkan 
-Susah nak mati

Biodata Tira
- Pada mula dilihat terburu-buru menerima cinta Bazli
- Kasihan sebab dikecewakan dan di dera oleh ex-Bf sehingga mengalami trauma keterlaluan
- Tak percaya lelaki
- Watak terus dimatikan dan tak da ending apa yang terjadi padanya setelah Bazli kawin dengan Nadira.
- Dia berhak dapat kebahagian jugak! huhu

Biodata Yuzra
- Best friend ever!
- Terlalu ambil berat dan terus sokong Nadira walaupun Nadira curang
- Cuma memahami Nadira walaupun Nadira sendiri pun tak paham diri dia macam mana.
- Sepatutnya blah je tinggalkan Nadira sebab degil

Biodata Jantung
-Farisha tak pasti siapa penderma sebenar.
-Yang pasti, kasihan kau Jantung! Kerana setelah engkau memberi kehidupan kepada seseorang ,engkau terus dipersalahkan sehinggakan Jantung tu rosak dan terpaksa buat pemindahan Jantung yang kedua !


 p/s : Jika benar Bazli layak memenangi hati Nadira seperti undian SMS, kenapa dalam hati Nadira dia cintakan Ammar? Ending untuk Bazli dan Nadira patut macam ni :- Happy kan?!

abaikan orang tengah tu...


Siapa sini Team Ammar, boleh tengok ending cerita ni kat TONTON sebagai alternatif jika Ammar memenangi hati Nadira

Masa ending cerita, Iklan Dermalah Jantung Anda! --------->> terkaitkan dengan cerita Dejavu ni. Sebab derma jantunglah semua konflik ni terjadi! 

Adegan yang tak patut -------->> 1) Nadira pegang dada Ammar 
2) Ammar pegang dada Nadira (gambar tak de) 




Cer komen sket??

2 comments:

Linda Zehan said...

huhuhu.... xsempat tgk episod akhir... T_T

Singgah wat jemputan segmen...

http://lindazehan.blogspot.com/2012/08/segmen-blogwalking-sambil-beramal.html

^___^

DAIRI FARISHA said...

:) terima kasih