B2B : LIST BUTTON BADGES


Assalammualaikum....

Hari ni, Farisha nak kongsi dengan kome list kedai online yang menjual button badges. Farisha dah servey benda ni dekat setahun. Lame tak?hihi..Ade yang gelar ia Pin Button Badge, Pin Baju, dll.. Bagi kome yang nak bertunang, kahwin, naik buai anak, buat cenderahati, dll bolehlah guna benda ni. comel aje bila pin dekat baju.

Disenaraikan juga harga. Tapi Farisha tak jamin harga kekal. Ini adalah setakat Tahun 2012 sahaja. Apepun, Kome bolehlah tanya pada seller tu berapa harga ye + bincang harga kalau order banyak.

FACEBOOK
 (make sure log in facebook kome siap2..Senang terus add aje)

Paling Murah adalah NJ Button Badge sebab minimum order 1 pun boleh..!!

NJ BUTTON BADGE- KLIK SINI
Harga Button Badge 58mm untuk 1 - 19 pcs:
Pin - RM2 sekeping
Keychain - RM3 sekeping
Photostand - RM4 sekeping
Fridge Magnet - RM5 sekeping
Order Lagi banyak, lagi murah 
Kos Design = RM 5 je
-----------------------------------------------------------------------
HAPPY 2 PRINT BY RUHIL HAYATI - KLIK SINI

BUTTON BADGES :
58mm (2.25 inch) badges
Flat rate 30 pcs and above= RM1.90 !!

* Harga postage = Ikut Jumlah Berat Button.

* MIN ORDER = 30 pcs design yang sama (BUTTON BADGE)
---------------------------------------------------------------------------------------------

JBSB CREATIVE - KLIK SINI
 INI PUN MURAH TAPI TAK BANYAK DESIGN. BAGI KOME YANG MEMANG PANDAI DESIGN, UNTUNGLA..HIHI

---------------------------------------------------------------------------------------------
HIMIRA- BUTTON BADGE - KLIK SINI
Harga untuk 44mm

1-49 pcs : RM2.50
50-99pcs : RM2.20
100-199 : RM1.80
200-299 : RM1.60
300-399 : RM1.50
400 ke atas boleh bincang nanti..

Harga untuk 32mm
 
1-49 pcs : RM2.30
50-99pcs : RM2.00
100-199 : RM1.70
200-299 : RM1.50
300-399 : RM1.40

400 ke atas boleh bincang nanti..

 Harga untuk 58mm

1-49 pcs : RM2.80
50-99pcs : RM2.50
100-199 : RM2.00
200-299 : RM1.90
300-399 : RM1.80
400 ke atas boleh bincang nanti..
---------------------------------------------------------------------------------------------

SPS SUFI PRINTING - KLIK SINI
 
---------------------------------------------------------------------------------------------

BUTTON BADGES 2U- KLIK SINI
---------------------------------------------------------------------------------------------

BUTTON BADGE MURAH - KLIK SINI
HARGA YANG NI XPASTI SEBAB XDE KAT WALL. SO, INBOX OWNER NI LA YE.

---------------------------------------------------------------------------------------------
GIFT COMEL - KLIK SINI
PIN BUTTON BADGE

Customade design. different text, same design

Size: 58 mm / 2 1/4 "

* tin plate, mylar plastic cover, base, pin

10-20 pcs = RM 4.00/pc
21-50 pcs = RM 3.60/pc
51-100 pcs = RM 3.20/pcs
>100 pcs = RM 3.00/pc

Customade design, same text, same design (repeated)

Size: 58 mm / 2 1/4 "

* tin plate, mylar plastic cover, base, pin

10-20 pcs = RM 3.50/pc
21-50 pcs = RM 3.30/pc
51-100 pcs = RM 3.00/pcs
>100 pcs = RM 2.50/pc

---------------------------------------------------------------------------------------------
CERIA KAD KAHWIN - KLIK SINI
---------------------------------------------------------------------------------------------


TEMPAH BUTTON - KLIK SINI
 
---------------------------------------------------------------------------------------------

 
STIKERKU.COM - KLIK SINI


LAMAN WEB

KLIK SINI

---------------------------------------------------------------------------------------------

KLIK SINI


---------------------------------------------------------------------------------------------

KLIK SINI
Fuh penat update ni..sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih pada komen kat bawah ni :)

 





SIAPA STUDENT UUM????



Assalammualaikum....

Nak tanya, ada tak blogger kat sini Student UUM??? nak minta tolong sikit. 

Farisha nak buat research kat Laman Web perpustakaan UUM. Dulu ada password save siap2 dalam komputer ni. Then, bila nak guna tadi, password tu dah xde save. Clean & Clear je. 

Please tolong! Email kan : ID dan password kat diarisedetiklebih@gmail.com ye...TQ so much!


MENANG DI WEB!! HUHU


Assalammualaikum...

Jam 12.40 tengah hari tadi, iaitu 05 minit sebelum entry ini ditulis, adalah seorang Staf pejabat ni masuk bilik Farisha. Dia minta maaf sebab dah terbuka bungkusan yang di alamatkan ke atas nama Farisha. Then, sambung lagi yang takkan orang nak bagi CD cam ni. Farisha kaget jugak la. CD??? lucah ke?? Tengok alamat macam tak kenal. 

Buka aje sampul pos laju, ada CD Lagu Aliff Aziz!!!!! Wooooo~ Happy nyer...dapat CD original tu. Harapkan nak beli yang ori memang susahlah kan..hihi~ Nak kate minat tu xde la..Tapi dah rezeki dapat Free, go on je la kan.

Ni cover album tu 


Farisha baru teringat yang Farisha ada join online contest kat web radio Era FM, Sinar Fm, dll 3,4 bulan yang lepas. Kalau nak album, berikan  slogan mengapa saya nak album ni...dah tak ingat ape slogan yang Farisha letak..

Sekarang ni, tengah mainkan CD ni..Antara lagu :-

"8 buah lagu dan 2 minus one - Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Sudah Nasibku, Cinta Dusta, Hanya Lagu, Nada Cinta dan Dilema Cinta duet bersama Hao Ren."

EXAM SPA : WISH ME LUCK!!


Assalammualaikum wbt..

Semalam, Farisha ade terima email dari suruhanjaya perkhidmatan awm (SPA). Mereka tawarkan Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Gred S27). Perasaan : Terkejut + Teruja 

Tarikh Exam : 07/10/2012 (Ahad)  
Masa : 9 pagi - 11 pagi

****UPDATED : ALHAMDULILLAH DAH JAWAB DENGAN SELAMAT EXAM NI****

Sekarang ni, tengah blurr nak study ape..Matematik pun dah bengong2 jeni. Sesiapa kat sini yang tahu topik yang boleh dibaca, bagitaw ye~

Flashback : 04/02/2012 lepas, Farisha dapat surat tawaran Exam untuk Jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1, tapi xde rezeki nak lulus exam tu..huhu..susah kot soalan pengetahuan am + matematik. Yang paling tak boleh bla, nak kira jumlah ayam,itik,kambing. Berbelit2. Pecahan, peratus, tambah, tolak, bahagi,darab semua ade.. Berpeluh2 & ambik mase nak kira. Baru je soalan no. 13 daripada 30 dah tinggal 15 minit. perghh! memang tembak aje la lepeh tu. Tu pun soalan depan2 banyak yang skip sebab jenuh nak ngira. Exam habis petang jugak la dalam pukul 2 dengan 4 bahagian soalan. 

Exam Penolong ni 2 jam pulak. Mungkin gred jawatan kurang ,jadi Bahagian Exam juga kurang. Hanya 2 Bahagian je.

ok la. Wish me luck ye!!! Berdebar2 nak amik Exam. 

******UPDATED : SOALAN EXAM****** 
Ada 50 soalan pengetahuan AM
hope dapat membantu. Maaf la Farisha tak ingat exactly

-baca mengenai dasar2 kerajaan terutamanya yang melibatkan kebajikan warga tua, kanak2 dan orang miskin + orang asli
-jabatan yang menyelia program2 contoh : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dibawah kementerian mana?? Program Kampung tanpa wayar di bawah kementerian mana??
-negeri2 yang terdapat di sabah,sarawak + suku kaum yang ada di sana??
-program terkini kerajaan. contoh slogan 1 malaysia adalah??? tema PERMATA apa?? 
-badan yang mewakili pekerja sektor awam adalah??
-pesalah muda adalah pesalah yang berusia antara xx-xx tahun. Akta mana yang memberi definisi ini??
-Parlimen Malaysia terdiri daripada 3 komponen kecuali??
-talian MYSMS kerajaan menggunakan nombor apa??
-maksud GPS (Global Positioning System)??
- Empat hak kanak-kanak dalam Convention on the Rights of the Child (CRC)?
-Berikut merupakan laman sesawang sosial kecuali?? 
a- Facebook b-twitter c- tagged d- flicker 
-Tujuan penubuhan kementerian??

ISI MASA KERJA : MENDOWNLOAD


 

Assalammualaikum wbt...

Selepas sambutan Hari Raya ni, dah tak ade keje nak dibuat kat Opis ni. Hujahan2 Bertulis semua dah settle sebelum raya. Kalo ade keje pun, hanya tandatangan surat2 aje. Sepanjang masa dihabiskan dengan berfacebook, berblogging, ber you tube dan lain2. Adakah ini dinamakan makan gaji buta??? oh!tidak! Bos tak beri kerja, nak wat cam mana kan. Nak mintak keje?? hihi~ paham2 le.

Jadi, bermula minggu ni, Farisha habiskan masa mendownload citer2 kat tenet aje. Ari minggu boleh tengok. Dua laman web yang Farisha selalu download citer melayu, English, dll adalah AKU MUZIK HAMPA dan DDMF.BIZ....JIWANG.COM agak susah sebab sangat limit nak download.

Bagi kome yang minat citer korea, taiwan, jepun, kome boleh tengok entry ni untuk ketahui laman download.

"Tagline minggu ni, Satu Hari, Dua-Empat Citer."

Jom la join download. FOC aje. Kalo kome ade link lain untuk download citer, gtaw le ye..

Antara citer yang didownload arini (Mood Happy tenet laju)

**Bila Kerbau Bunting Berkubang
**Daging Batang Pinang
**Melatah Raya
**Nenek Bongkok 3
**POntianak Masih Beraya di Kampung Batu
**Speghetti Kuah Lodeh
**Syawal, Aidil & Fitri
**Order Saja
**Syurga di Pagi Syawal


(Banyak citer kat TV Astro. Maklumla, umah xde Astro. Sob3..Esok nk download Movie pulak)


Bubbai~


KENAPA SUKA PANDANG RENDAH : MOTOSIKAL


Assalammualaikum wbt...

Sedar tak sedar dah hari Khamis. Tapi terase agak lame pulak nak akhir bulan sebab tengah pokai ni..hiihi..yela, mana taknyer, gaji bulan lepas yg sepatutnya diterima pada akhir bulan telah di awalkan pada minggu kedua sebab nak raya. Masa dapat gaji awal memang heaven gila tapi skrg gila sebab pokai. Terlebih blanje pulak~

Berbalik kepada tajuk entry ni, Farisha sangat tak puas hati pada mereka yang memandang rendah pada mereka yang menaiki motosikal. Apa masalah korang sebenarnya nih??? Suka Hati la nak pegi keje naik ape. Kekadang tu, sampai guard pun tegur "kenapa naik moto??Manyak panas, Ujan lagi. Naik la kereta." Untuk membalas pertanyaan tu, Farisha senyum aje la kan.. Benda dah tanya banyak kali, nak jawab pun naik muak. Kalo jawab panjang lebo pun,macam la ko paham pun cakap melayu. Pelik aku orang cine pun x faham cakap Melayu. Nak speaking kang lagi la ko tak paham kan. (Macam la English aku teror pun .hihi~)

Macam2 ragam dan pertanyaan orang jenis ni. Panjang lebo kalo nak citer kat sini. Bagi orang jenis tu, ade pertanyaan untuk korang. Korang ke yang bayarkan minyak kete, bayo parking, bagi makan minum??? Takkan... Jadi, ikut suka la nak naik ape pun. Mungkin dema tengok cara pakaian, profesion pekerjaan Farisha, dema sesuka je nak cakap macam2. Wat Muka Cun je Udah, Start Moto, Blah. Tu tema Farisha skang. hhihi~ perasan ayat cun tu. Nasib naik moto tak pakai Baju Kot je taw tak. Kalo tak lagi smart. heheh!

Alasan Naik Moto :

1) Jimat Minyak. Hanya Isi RM10 untuk seminggu. Kalau naik kete, Kos isi minyak RM30 seminggu.
2) Tak payah nak pening kepala bayar kupon Parking. FOC je kalo naik moto. Kalo naik kete, kupon parking sehari RM4.00.
3) Jimat Masa. Mengambil masa 10-20 minit untuk sampai ke rumah. Boleh selit2 sket. Kalo naik kete, masa 30-40 minit.
4) Senang parking + dekat. Sekali jalan je terus boleh parking.  Kalo naik kete, pusing sampai 2-3 kali belum tentu ada parking dekat. kesudahannya, berjalan kaki + panas.
5) Tak payah basuh moto slalu. Naik kete, memang nampak beno habuk sebab tengah pekan memang Jem + banyak kenderaan + berhabuk.

Alasan Kena Naik Kete (Bila terpaksa) :
1) Family nak guna moto
2) Musim Hujan Lebat. Kalo ringan2 je sanggup redah je naik Moto
3) Musim panas gila2.
4) Bila banyak fail nak kena bawak
5) Bila terasa ego dan nak tunjuk Farisha pun ade kete. Walaupun Persona je, namun ia cukup besar dan menggetarkan jiwa yang memandang.hiihihi~

Kekadang selalu berkongsi cerita dengan kawan2 yang naik moto. Hanya mereka yang memahami. Walaupun naik moto ada risikonya, tetapi, hanya doa dan tawakal akan mengelakkan kita dari dilanda musibah. Naik apa pun, kalo ianya ditakdirkan terjadi, maka ia akan terjadi juga~

Sekian Luahan Hati~ Terima Kasih sudi baca :)


FLASHBACK : BILA SEGMEN MOTIVASI BERTUKAR MENJADI HISTERIA!


**********p/s : Histeria / Dirasuk???Kamu buat keputusan selepas baca Kisah benar ini*************

Assalammualaikum..

Kisah yang akan diceritakan ini adalah kisah benar dan telah berlaku secara 'live' depan mata Farisha semasa group bekas-bekas Ex-Student Form 6 menganjurkan program ceramah motivasi di Dewan Terbuka Sekolah kami selama 3 hari 2 malam pada akhir tahun 2006. Farisha merupakan salah seorang Mentor dalam program tersebut. Dan semua pelajar Tingkatan 6- rendah dan atas seramai 60-70 orang diwajibkan menyertai program ini (mereka digelar Mentee). Guru-guru tingkatan 6 hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Bermakna kami yang uruskan Program 100%. Nasib baik la kawan Farisha, Rahmat ambil jurusan kaunseling. Jadi, ada la basic sket2.

Kamu pernah tengok orang Histeria depan mata tak??? Selama ni tengok berita je, baca paper. Tapi bila dah jadi depan mata, sumpah seram! ok...Jom mulakan cerita~

Mengikut jadual program kami, selepas Solat Isyak dan bacaan doa, Jam 9.00-10.00 malam, Mentee akan di bahagikan kepada 15 kumpulan kecil dan Mentor akan ditugaskan mengaja kumpulan ini (Sesi 1). Kami duduk dalam bulatan dan masing-masing disuruh menceritakan latar belakang keluarga masing-masing, cita-cita dan impian secara santai. 

Apabila tamat sesi tersebut sekitar Jam 10.10mlm, Sesi 2 pula dijalankan. Mentee di arahkan berkumpul di dewan terbuka sekolah. Means tak ada dinding kiri kanan. Tiang aje yang ada dan dinding Depan Belakang. Lampu dewan ditutup dan pelajar di arahkan berbaring di lantai sebelum Rahmat memulakan sesi bacaan dialognya. Mentee juga diarah membuat pergerakan jika arahkan. Lebih kurang begini bacaan Rahmat 
"Bayangkan, betapa gembiranya ibu bapa dengan kelahiran kamu ke dunia. Kamu umpama kain putih.....(dari bayi - ke kanak2 - ke dewasa....bla...blaaaa)"

Lepas tu, mula la dengar bunyi2 dengkuran. Means ada Mentee yang tidur. Kami memberikan arahan tangan kepada Rahmat supaya menyuruh Mentee semua duduk. Rahmat pun dengan bijak menyusun ayat supaya Mentee semua duduk. Lebih kurang begini 
"Kamu berasa sungguh bebas dan gembira apabila kamu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Universiti .Dan tangan kamu diangkat dan dihayun setinggi-tingginya seperti sayang seekor Burung yang terbang dilangit membiru .......bla blaaa (semua mentee membuat gerakan sayap burung dan mula duduk). Tetapi, apabila Cuti semester tiba, kamu pulang kerumah, kamu nampak ramai orang datang ke rumah kamu. Ada yang menangis. Kamu inginkan kepastian dan kamu menghampiri lagi. Ya Allah!! apa yang kamu lihat adalah dua kujur tubuh kaku berkain kafan putih! Kaki kamu seakan-akan tidak mampu bergerak lagi! Itulah jasad... (bacaan Rahmat terhenti diperkataan jasad sahaja)

Tiba-tiba, terdengar jeritan kuat dan tangisan daripada seorang pelajar perempuan, Farisha namakan "H". H tidak henti-henti mengatakan "Semua ni salah Doktor!! Kakak tak salahhhhhh!!Maafkan Kakakkk.....Ayahhhhhhhhhhh!!!!". H juga bertekad menghentakkan kepalanya di dinding Dewan tersebut. Tenaganya amat kuat! habis tercabut tudung H. Tetapi kami berjaya mengawalnya dan menariknya ke tengah2 Dewan. Dalam keadaan tidak terkawal tu, ada la dalam 6-7 orang pelajar perempuan lain bagaikan di rasuk kerana turut sama menjerit-jerit dan menangis. Kami segera memasang lampu dewan, mengarahkan semua pelajar agar berdiri ditempat masing-masing, dan tidak panik. Pelajar Lelaki tiada yang kena rasuk malam tu. Kalau tak, tak tahu la..Lagi kuat kot! 

Malam tu, memang nak dijadikan cerita, hanya 2 orang guru yang menyelia. Terus panggil guru tu untuk mententeramkan keadaan dan membacakan ayat al-quran pada H. Mata H kelihatan tertutup! Dia langsung tidak membuka mata tetapi terus menangis teresak2 sambil mengulang ayat yang sama. Entah macam mana Farisha dapat kekuatan berlari dan naik ke tingkat 1 yang agak gelap,hanya disurami cahaya lampu Bilik (terletaknya Bilik Kaunseling dan Bilik Tidur sementara Mentor Perempuan), dan terus mengambil Air Bacaan Surah Yasin dan bawa turun ke bawah. Air tersebut di sapu ke muka H dan alhamdulillah, tangisan H semakin berkurangan dan H mula sedar dan membuka mata. Tetapi H masih blurrr~ tentang apa yang jadi padanya.

Bila semua dah stabil, kami batalkan program seterusnya dan mengarahkan pelajar ambil wuduk dan tidur. Mereka semua kelihatan sangat takut. Apa yang agak menyedihkan, H diarahkan tidur bersama kami di Bilik Kaunseling (T.T). Udah le Mata H lain macam je. Macam "hantu" tu tak keluar lagi. Melilau tengok orang. Seram giler! Memang tak boleh tidur la jawabnya malam tu. 

Jam 4.00pagi, Farisha ditugaskan menggerakkan Mentee untuk Qiamullai. H turut terjaga bila Farisha dan seorang kawan bangun. Dia tiba2 tanya dengan suara yang kasar "Akak nak pegi mana???Saya nak ikut!". Gulppp!! Telan air liur jap nak jawab dan pandang dia. Farisha suruh je dia tidur, tak payah pegi Qiamullai sebab dia tak sihat. Nasib dia ikut. Kami memang gelakkan Ain sebab dia period, jadi dia la kena tinggal dengan H tu..hihi~

Program ditamatkan mengikut Jadual...... Apa yang menjadi kemusykilan dan rumusan kami berkenaan kejadian ini :-
1) H mempunyai keluarga yang bahagia dan masih mempunyai kedua ibu bapa. Jadi tidak mungkin dia tetibe je cakap "Semua ni salah Doktor!! Kakak tak salahhhhhh!!Maafkan Kakakkk.....Ayahhhhhhhhhhh!!!!"
2) H merupakan antara pelajar yang tidur pada malam itu. Jadi, tak hairanlah dia dirasuk ketika sedang tidur/separuh sedar. Tu sebab mata dia tertutup masa menangis2 dan dia langsung tidak ingat apa yang berlaku.
3) Bacaan Rahmat terhenti diperkataan jasad sahaja.. Memang dalam draft kertas Rahmat, ayat tu terhenti takat jasad aje sebab dia tak sempat nak karang!
4) Sebelum Program malam dimulakan, sekitar jam 6.30-7.20, Farisha dan beberapa Mentor berkumpul di dewan terbuka tersebut dan bercerita tentang kes2 bunuh diri di asrama, terjun bangunan, dll yang tengah hot masa tu. Adakah Hantu yang merasuk itu dengar cerita kami dan duduk disitu???? Cakap siang Pandang-pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar! Memang betul kot Hantu tu ada sebab kucing yang tinggal kat sekolah tu tak habis2 pusing2 dekat kami,mengiau2 dan melihat sesuatu dengan tepat. Bengang dengan kucing tu sebab bising2, kawan Farisha kurung Kucing tu dalam Bilik Darjah buat sementara.

Ok. Takat ini aje cerita~ Seram tak??? hihihiiii~ Ada komen??

CER TRY JAWAB BEGINI : KENAPA SEMBAH KAABAH?


“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah SWT”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”


KENAPA DENGAN KENING NI?? BERDENYUT-DENYUT


Abaikan bulu mata yang lentik tu ye..tengok kening je..hehe
Assalammualaikum.

Dalam minggu ni, bila Farisha nak tidur je mesti kening kiri berdenyut2! Risau pulak berpenyakit ke kan..Tapi hari ni, dah menjadi2 pulak, time jaga pun berdenyut2 jugak. Konpius pun ade..Jadi, sesaje buat Google search pasal Tanda-tanda kening berdenyut2 @ bergerak2. Then, jumpa la result cenggini. Ada 2 pendapat :-

Kening Kiri Berdenyut – akan mendapat wang
Kening kiri Berdenyut – beroleh kelapangan.

Hasilnya amat positif dan mengembirakan hati (heeheheehee Lompat Bintang jap!). Tapi rasanya tak betul kot. Sebab starting berdenyut2 bila terlalu fikir Majlis Wedding ni. Tambah2 banyak benda dah kena siap2 booking. huh! Lagi 3,4 Bulan kot..Funin! Funin!

Disebabkan dah terpost pasal entry ni, Farisha akan senaraikan lagi perkara2 yang ada kaitan dengan berdenyut2 @ bergerak2 ni ok~ Tapi please! Jangan terlalu percaya ye.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berdenyut2 pada;

6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berdenyut2 pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…hehe




"ashadi mencari top fans surfexchangeclicks.com"



Klik Banner untuk JOin! 

Dah Register!! hihi.tengok bukti :)


Nak tag semua rakan blogger yang hot!. 

KEPUTUSAN :
Menang Top 3

http://funnyzoneads.blogspot.com/2012/09/pemenang-segment-dapat-hadiah-biar-betul.html
http://funnyzoneads.blogspot.com/2012/09/segmen-ashadi-mencari-top-fans.html  
 HADIAH YANG DIMENANGI :-


 TERIMA KASIH DAUN KELADI,
BUAT LA CONTEST LAGI~