EXAM SPA : WISH ME LUCK!!


Assalammualaikum wbt..

Semalam, Farisha ade terima email dari suruhanjaya perkhidmatan awm (SPA). Mereka tawarkan Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Gred S27). Perasaan : Terkejut + Teruja 

Tarikh Exam : 07/10/2012 (Ahad)  
Masa : 9 pagi - 11 pagi

****UPDATED : ALHAMDULILLAH DAH JAWAB DENGAN SELAMAT EXAM NI****

Sekarang ni, tengah blurr nak study ape..Matematik pun dah bengong2 jeni. Sesiapa kat sini yang tahu topik yang boleh dibaca, bagitaw ye~

Flashback : 04/02/2012 lepas, Farisha dapat surat tawaran Exam untuk Jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1, tapi xde rezeki nak lulus exam tu..huhu..susah kot soalan pengetahuan am + matematik. Yang paling tak boleh bla, nak kira jumlah ayam,itik,kambing. Berbelit2. Pecahan, peratus, tambah, tolak, bahagi,darab semua ade.. Berpeluh2 & ambik mase nak kira. Baru je soalan no. 13 daripada 30 dah tinggal 15 minit. perghh! memang tembak aje la lepeh tu. Tu pun soalan depan2 banyak yang skip sebab jenuh nak ngira. Exam habis petang jugak la dalam pukul 2 dengan 4 bahagian soalan. 

Exam Penolong ni 2 jam pulak. Mungkin gred jawatan kurang ,jadi Bahagian Exam juga kurang. Hanya 2 Bahagian je.

ok la. Wish me luck ye!!! Berdebar2 nak amik Exam. 

******UPDATED : SOALAN EXAM****** 
Ada 50 soalan pengetahuan AM
hope dapat membantu. Maaf la Farisha tak ingat exactly

-baca mengenai dasar2 kerajaan terutamanya yang melibatkan kebajikan warga tua, kanak2 dan orang miskin + orang asli
-jabatan yang menyelia program2 contoh : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dibawah kementerian mana?? Program Kampung tanpa wayar di bawah kementerian mana??
-negeri2 yang terdapat di sabah,sarawak + suku kaum yang ada di sana??
-program terkini kerajaan. contoh slogan 1 malaysia adalah??? tema PERMATA apa?? 
-badan yang mewakili pekerja sektor awam adalah??
-pesalah muda adalah pesalah yang berusia antara xx-xx tahun. Akta mana yang memberi definisi ini??
-Parlimen Malaysia terdiri daripada 3 komponen kecuali??
-talian MYSMS kerajaan menggunakan nombor apa??
-maksud GPS (Global Positioning System)??
- Empat hak kanak-kanak dalam Convention on the Rights of the Child (CRC)?
-Berikut merupakan laman sesawang sosial kecuali?? 
a- Facebook b-twitter c- tagged d- flicker 
-Tujuan penubuhan kementerian??