FLASH BACK : MENYESAL ANGKAT TELEFON!!


Apa la nasib! Semangat angkat telefon. Ingatkan siapa yang kol. nombor yang tak dikenali terpampang di skrin telefon bimbit. Kot-kot la ada kawan-kawan lama yang nak datang beraya ke kan..

Aku : Hello! Assalammualaikum (aku pun tak ingat ada bagi salam ke tak..hihi) 

Pemanggil : Hello! Farisha ke??? ini Cikgu F. Apa khabar kamu sekarang? Raya Macam mana?

Aku : Oh! cikgu. Saya baik aje. Raya tak best sebab tak dapat duit raya dah. Mana cikgu dapat nombor saya??

Pemanggil : Cikgu mintak kat anak murid cikgu. Faridah. Dia kawan adik kamu. Dia ada datang beraya kat rumah cikgu. Kebetulan cikgu mintak, dia ada nombor kamu.

Aku : Owh! yeke..Kenapa cikgu??ada apa hal? 

Pemanggil : Cikgu nak mintak tolong kamu sikit. Tolong bagi ceramah kata-kata nasihat, motivasi kat pelajar tingkatan 6 sekolah kita. Tahun ni batch terakhir sekolah kita ambil pelajar tingkatan 6. Biar mereka semangat nak belajar dan ambil exam.

Aku : (Dalam Hati ada banyak jiwa kacau) . Ha??? Bagi ceramah?? Tak nak la cikgu. Saya tak berani la.

Pemanggil : Apa la kamu ni. Dah keje Lxxxxxx Tak kan takut kot. Kamu kena la berani. Macam mana kamu nak lawan2 dalam Mxxxxx kalau takut. Kamu dah kerja lama kan?

Aku : (Adui..kan dah kena ceramah) Ala cikgu. Tu lain la. Ni nak bagi ceramah depan pelajar. Tak tahu nak ayat apa. Lagipun dah lama tinggalkan zaman sekolah ni (ceh! padahal baru 5 tahun..hihi) Saya baru aje kerja setahun. Tak banyak pengalaman.

Pemanggil : Jangan risau. Senang je. Kamu bahagikan topik kepada 3 bahagian. 1- zaman STPM, 2-Zaman Universiti, 3- Zaman Kerja. Kalau kamu nak buat slide show pun, cikgu akan sediakan. Cikgu sanggup arrange masa cikgu. Bagi ceramah dalam Makmal je.

Aku : em...saya tak pasti la cikgu. Lagipun saya banyak keje nak buat. Maklumlah cuti seminggu raya lepas. Tak ada ke kawan-kawan lain cikgu? (cuba lari)

Pemanggil : Yang lain semua kat kerja kat sini. Kamu je kat sini kan?

Aku : Haah (adui! dah terjerat) Saya bukan tak nak cikgu. Saya sendiri pun dah xda motivasi. Macam mana nak bagi ceramah kat pelajar. Masa belajar kat U dulu, keputusan pun cukup-cukup makan je. JPA pun tiap2 sem bagi Surat amaran. Nasib tak kena tarik je biasiswa. Kalau bagi saya duit pun nak sambung belajar, saya sanggup tolak. Kerja sekrang, Bos, Masa Praktikal, Bla Bla Bla................ (aku tak ingat)

Pemanggil : ok la. Tak pe. Cikgu tak nak paksa kamu. Nanti kamu tambah tension pulak. Tapi sekarang kenapa kamu makin gemuk?

Aku : Hah!! (adui! Gemuk ke? Malunya Cikgu laki komen. Yela. Akan berdiet) Mana ade cikgu. Gemuk sikit aje. Bila tension je makan. 

Pemanggil : Jaga badan sikit. Kamu tu belum kawin.

Aku :  Ok cikgu (uhukk! terbatuk jap). Cikgu, nanti kalau saya free dan boleh bagi ceramah tu saya gtaw cikgu ye

Pemanggil : Ok. Jangan pikir2 sangat ye. Kalau boleh, gtaw. Assalammualaikum1

Aku : Waalaikummussalam

Kesudahannya : Aku tak gtaw apa-apa jawapan kat cikgu. Aku hargai pengorbanan cikgu yang inginkan kejayaan anak muridnya. Tapi aku sendiri pun tidak bermotivasi. Macam mana aku boleh berikan ceramah yang ikhlas. Aku tak sanggup nak hipokrit. huhu!! Tipa2 kejayaan aku masa STPM dulu pun aku dah lupa sebab kat U pun aku terkontang kanting study! Serius fobia. Maafkan aku Cikgu! Tak dapat nak penuhi permintaan cikgu. Aku bukanlah corum yang sesuai.

Ceramah daripada Aku secara Alam Maya melalui blog ini 

Kepada Pelajar yang bakal menduduki apa-apa peperiksaan, especially STPM, tiada apa-apa formula yang spesifik @ kata2 motivasi untuk anda berjaya. Segalanya adalah terpulang pada diri sendiri. Jika memang malas belajar dan berusaha, dengarlah ceramah 100x pun belum tentu anda boleh berjaya. Belajar dengan formula ini, insyallah anda akan berjaya :-

D . U . I  . T
D = Doa
U = Usaha Sepenuhnya. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar
I  = Ikhtiar (ulangkaji berkumpulan/tuisyen/solat sunat Hajat/Mohon ampun    dari kedua ibu bapa/DLL)
T = Tawakkal kepada Allah Swt atas segala usaha yang telah dilakukan

JIka kamu tidak boleh belajar secara berkumpulan, belajarlah secara bersendirian dahulu. Mana-mana topik yang kamu tak paham, boleh tanya pada cikgu/kawan2. Bila cikgu bagi kerja rumah, latih tubi, siapkan. Macam mana bosan sekalipun, percayalah ia banyak membantu. Bangun lah sepertiga malam sekitar jam 2-3 pagi untuk bersolat tahajjud dan solat Hajat. Doa kita lebih senang termakbul.

Then, sebelum memulakan ulangkaji, baca doa penerang hati dengan bersungguh-sungguh dan tetapkan keazaman "aku datang ke sekolah dengan niat hendak belajar dan berjaya". Apa yang penting adalah keazaman dan tujuan kita hendak berjaya!

Jangan meninggikan diri dengan kawan2 dengan mengatakan aku dah ulangkaji semua. Ingatlah, lagi banyak kita belajar, lagi kita paham dan hafal. Buatlah peta2 minda atau rumusan kata kunci terhadap topik berkenaan. Seperti Farisha, tips untuk menghafal adalah mengumpulkan kata kunci di hadapan ayat.

Contoh Klasik : (Mengingati Nama Pelangi Mengikut Susunan)
Mata Jagung Kak Hos Berwarna Ira & Uru
(hah! susah tak? Formula ni aku sendiri yang cipta. Jadi, aku aje yang tahu macam mana nak hafal)

Mata = Merah
Jagung = Jingga
Kak  = Kuning
Hos = Hijau
Berwarna = Biru
Ira  = Indigo
Uru = Ungu

Aku yang dahulunya bukan pelajar cemerlang dengan percubaan STPM hanya dapat 4B, 1C telah berjaya mendapat 4A,1B semasa STPM dengan mengamalkan tips2 ini. Kejayaan ku ini sedikit sebanyak membuka minda orang sekeliling bahawa walaupun aku bukan pelajar pilihan cikgu, namun jika aku bersungguh2, aku akan dapat mengecapi kejayaan. Apa yang penting, adalah keredhaan Allah SWT terhadap usaha kita.

6 comments:

Che Rosliza Che mat said...

memang cemerlang la farisha...tip yg menarik...

DAIRI FARISHA said...

terima kasih :) biasa2 je..Janji tetapkan matlamat nk dapat keputusan bagus. Lagipun masuk Tingkatan 6, org kate sebelah kaki dah jejak universiti .Lagi sebelah lagi je belum..Jadi kena la berusaha lebih sket..kalau tak sia2 je 2tahun amik STPM

Maria Menado~ said...

owh.. kalau kite termenung jugak disuruh perkara yang sama. ngee~~

DAIRI FARISHA said...

termenung?? macam mane tu?

caliph shuriken said...

agak berjaya jgak awk yer ^^

muhammad asyraf said...

Gudluck..

dah follow blog ni :)

www.kisahsigemok.com