FLASHBACK : BILA SEGMEN MOTIVASI BERTUKAR MENJADI HISTERIA!


**********p/s : Histeria / Dirasuk???Kamu buat keputusan selepas baca Kisah benar ini*************

Assalammualaikum..

Kisah yang akan diceritakan ini adalah kisah benar dan telah berlaku secara 'live' depan mata Farisha semasa group bekas-bekas Ex-Student Form 6 menganjurkan program ceramah motivasi di Dewan Terbuka Sekolah kami selama 3 hari 2 malam pada akhir tahun 2006. Farisha merupakan salah seorang Mentor dalam program tersebut. Dan semua pelajar Tingkatan 6- rendah dan atas seramai 60-70 orang diwajibkan menyertai program ini (mereka digelar Mentee). Guru-guru tingkatan 6 hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Bermakna kami yang uruskan Program 100%. Nasib baik la kawan Farisha, Rahmat ambil jurusan kaunseling. Jadi, ada la basic sket2.

Kamu pernah tengok orang Histeria depan mata tak??? Selama ni tengok berita je, baca paper. Tapi bila dah jadi depan mata, sumpah seram! ok...Jom mulakan cerita~

Mengikut jadual program kami, selepas Solat Isyak dan bacaan doa, Jam 9.00-10.00 malam, Mentee akan di bahagikan kepada 15 kumpulan kecil dan Mentor akan ditugaskan mengaja kumpulan ini (Sesi 1). Kami duduk dalam bulatan dan masing-masing disuruh menceritakan latar belakang keluarga masing-masing, cita-cita dan impian secara santai. 

Apabila tamat sesi tersebut sekitar Jam 10.10mlm, Sesi 2 pula dijalankan. Mentee di arahkan berkumpul di dewan terbuka sekolah. Means tak ada dinding kiri kanan. Tiang aje yang ada dan dinding Depan Belakang. Lampu dewan ditutup dan pelajar di arahkan berbaring di lantai sebelum Rahmat memulakan sesi bacaan dialognya. Mentee juga diarah membuat pergerakan jika arahkan. Lebih kurang begini bacaan Rahmat 
"Bayangkan, betapa gembiranya ibu bapa dengan kelahiran kamu ke dunia. Kamu umpama kain putih.....(dari bayi - ke kanak2 - ke dewasa....bla...blaaaa)"

Lepas tu, mula la dengar bunyi2 dengkuran. Means ada Mentee yang tidur. Kami memberikan arahan tangan kepada Rahmat supaya menyuruh Mentee semua duduk. Rahmat pun dengan bijak menyusun ayat supaya Mentee semua duduk. Lebih kurang begini 
"Kamu berasa sungguh bebas dan gembira apabila kamu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Universiti .Dan tangan kamu diangkat dan dihayun setinggi-tingginya seperti sayang seekor Burung yang terbang dilangit membiru .......bla blaaa (semua mentee membuat gerakan sayap burung dan mula duduk). Tetapi, apabila Cuti semester tiba, kamu pulang kerumah, kamu nampak ramai orang datang ke rumah kamu. Ada yang menangis. Kamu inginkan kepastian dan kamu menghampiri lagi. Ya Allah!! apa yang kamu lihat adalah dua kujur tubuh kaku berkain kafan putih! Kaki kamu seakan-akan tidak mampu bergerak lagi! Itulah jasad... (bacaan Rahmat terhenti diperkataan jasad sahaja)

Tiba-tiba, terdengar jeritan kuat dan tangisan daripada seorang pelajar perempuan, Farisha namakan "H". H tidak henti-henti mengatakan "Semua ni salah Doktor!! Kakak tak salahhhhhh!!Maafkan Kakakkk.....Ayahhhhhhhhhhh!!!!". H juga bertekad menghentakkan kepalanya di dinding Dewan tersebut. Tenaganya amat kuat! habis tercabut tudung H. Tetapi kami berjaya mengawalnya dan menariknya ke tengah2 Dewan. Dalam keadaan tidak terkawal tu, ada la dalam 6-7 orang pelajar perempuan lain bagaikan di rasuk kerana turut sama menjerit-jerit dan menangis. Kami segera memasang lampu dewan, mengarahkan semua pelajar agar berdiri ditempat masing-masing, dan tidak panik. Pelajar Lelaki tiada yang kena rasuk malam tu. Kalau tak, tak tahu la..Lagi kuat kot! 

Malam tu, memang nak dijadikan cerita, hanya 2 orang guru yang menyelia. Terus panggil guru tu untuk mententeramkan keadaan dan membacakan ayat al-quran pada H. Mata H kelihatan tertutup! Dia langsung tidak membuka mata tetapi terus menangis teresak2 sambil mengulang ayat yang sama. Entah macam mana Farisha dapat kekuatan berlari dan naik ke tingkat 1 yang agak gelap,hanya disurami cahaya lampu Bilik (terletaknya Bilik Kaunseling dan Bilik Tidur sementara Mentor Perempuan), dan terus mengambil Air Bacaan Surah Yasin dan bawa turun ke bawah. Air tersebut di sapu ke muka H dan alhamdulillah, tangisan H semakin berkurangan dan H mula sedar dan membuka mata. Tetapi H masih blurrr~ tentang apa yang jadi padanya.

Bila semua dah stabil, kami batalkan program seterusnya dan mengarahkan pelajar ambil wuduk dan tidur. Mereka semua kelihatan sangat takut. Apa yang agak menyedihkan, H diarahkan tidur bersama kami di Bilik Kaunseling (T.T). Udah le Mata H lain macam je. Macam "hantu" tu tak keluar lagi. Melilau tengok orang. Seram giler! Memang tak boleh tidur la jawabnya malam tu. 

Jam 4.00pagi, Farisha ditugaskan menggerakkan Mentee untuk Qiamullai. H turut terjaga bila Farisha dan seorang kawan bangun. Dia tiba2 tanya dengan suara yang kasar "Akak nak pegi mana???Saya nak ikut!". Gulppp!! Telan air liur jap nak jawab dan pandang dia. Farisha suruh je dia tidur, tak payah pegi Qiamullai sebab dia tak sihat. Nasib dia ikut. Kami memang gelakkan Ain sebab dia period, jadi dia la kena tinggal dengan H tu..hihi~

Program ditamatkan mengikut Jadual...... Apa yang menjadi kemusykilan dan rumusan kami berkenaan kejadian ini :-
1) H mempunyai keluarga yang bahagia dan masih mempunyai kedua ibu bapa. Jadi tidak mungkin dia tetibe je cakap "Semua ni salah Doktor!! Kakak tak salahhhhhh!!Maafkan Kakakkk.....Ayahhhhhhhhhhh!!!!"
2) H merupakan antara pelajar yang tidur pada malam itu. Jadi, tak hairanlah dia dirasuk ketika sedang tidur/separuh sedar. Tu sebab mata dia tertutup masa menangis2 dan dia langsung tidak ingat apa yang berlaku.
3) Bacaan Rahmat terhenti diperkataan jasad sahaja.. Memang dalam draft kertas Rahmat, ayat tu terhenti takat jasad aje sebab dia tak sempat nak karang!
4) Sebelum Program malam dimulakan, sekitar jam 6.30-7.20, Farisha dan beberapa Mentor berkumpul di dewan terbuka tersebut dan bercerita tentang kes2 bunuh diri di asrama, terjun bangunan, dll yang tengah hot masa tu. Adakah Hantu yang merasuk itu dengar cerita kami dan duduk disitu???? Cakap siang Pandang-pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar! Memang betul kot Hantu tu ada sebab kucing yang tinggal kat sekolah tu tak habis2 pusing2 dekat kami,mengiau2 dan melihat sesuatu dengan tepat. Bengang dengan kucing tu sebab bising2, kawan Farisha kurung Kucing tu dalam Bilik Darjah buat sementara.

Ok. Takat ini aje cerita~ Seram tak??? hihihiiii~ Ada komen??

6 comments:

LelakiSemalam said...

ok not bad...

muhammad asyraf said...

wah..seramnya.. :)

rafflesia said...

kalau aktiviti macam tu memang kene ada cikgu atau ustaz yang berjaga. kekadang kawasan aktiviti kita pun tidak tahu asal usul. syieda paling takut kalau buat aktiviti gini. last sertai darjah 6. hehe :)

Mummy Akmar said...

Pernah join aktiviti seumpama ini masa tidur disekolah. Memang takot..Last-last akak yg terjerit lebih tapi akak bukan kena histeria tau! Hahah sebab takot punya kes.

Apa2 pon done follow! nanti singgah blog akak n follow back yea

take care sis

DAIRI FARISHA said...

seram ye tapi ade pulak senyum... :) hihi

DAIRI FARISHA said...

wah..lama tu...at least dpt pgalaman kan..