KENAPA SUKA PANDANG RENDAH : MOTOSIKAL


Assalammualaikum wbt...

Sedar tak sedar dah hari Khamis. Tapi terase agak lame pulak nak akhir bulan sebab tengah pokai ni..hiihi..yela, mana taknyer, gaji bulan lepas yg sepatutnya diterima pada akhir bulan telah di awalkan pada minggu kedua sebab nak raya. Masa dapat gaji awal memang heaven gila tapi skrg gila sebab pokai. Terlebih blanje pulak~

Berbalik kepada tajuk entry ni, Farisha sangat tak puas hati pada mereka yang memandang rendah pada mereka yang menaiki motosikal. Apa masalah korang sebenarnya nih??? Suka Hati la nak pegi keje naik ape. Kekadang tu, sampai guard pun tegur "kenapa naik moto??Manyak panas, Ujan lagi. Naik la kereta." Untuk membalas pertanyaan tu, Farisha senyum aje la kan.. Benda dah tanya banyak kali, nak jawab pun naik muak. Kalo jawab panjang lebo pun,macam la ko paham pun cakap melayu. Pelik aku orang cine pun x faham cakap Melayu. Nak speaking kang lagi la ko tak paham kan. (Macam la English aku teror pun .hihi~)

Macam2 ragam dan pertanyaan orang jenis ni. Panjang lebo kalo nak citer kat sini. Bagi orang jenis tu, ade pertanyaan untuk korang. Korang ke yang bayarkan minyak kete, bayo parking, bagi makan minum??? Takkan... Jadi, ikut suka la nak naik ape pun. Mungkin dema tengok cara pakaian, profesion pekerjaan Farisha, dema sesuka je nak cakap macam2. Wat Muka Cun je Udah, Start Moto, Blah. Tu tema Farisha skang. hhihi~ perasan ayat cun tu. Nasib naik moto tak pakai Baju Kot je taw tak. Kalo tak lagi smart. heheh!

Alasan Naik Moto :

1) Jimat Minyak. Hanya Isi RM10 untuk seminggu. Kalau naik kete, Kos isi minyak RM30 seminggu.
2) Tak payah nak pening kepala bayar kupon Parking. FOC je kalo naik moto. Kalo naik kete, kupon parking sehari RM4.00.
3) Jimat Masa. Mengambil masa 10-20 minit untuk sampai ke rumah. Boleh selit2 sket. Kalo naik kete, masa 30-40 minit.
4) Senang parking + dekat. Sekali jalan je terus boleh parking.  Kalo naik kete, pusing sampai 2-3 kali belum tentu ada parking dekat. kesudahannya, berjalan kaki + panas.
5) Tak payah basuh moto slalu. Naik kete, memang nampak beno habuk sebab tengah pekan memang Jem + banyak kenderaan + berhabuk.

Alasan Kena Naik Kete (Bila terpaksa) :
1) Family nak guna moto
2) Musim Hujan Lebat. Kalo ringan2 je sanggup redah je naik Moto
3) Musim panas gila2.
4) Bila banyak fail nak kena bawak
5) Bila terasa ego dan nak tunjuk Farisha pun ade kete. Walaupun Persona je, namun ia cukup besar dan menggetarkan jiwa yang memandang.hiihihi~

Kekadang selalu berkongsi cerita dengan kawan2 yang naik moto. Hanya mereka yang memahami. Walaupun naik moto ada risikonya, tetapi, hanya doa dan tawakal akan mengelakkan kita dari dilanda musibah. Naik apa pun, kalo ianya ditakdirkan terjadi, maka ia akan terjadi juga~

Sekian Luahan Hati~ Terima Kasih sudi baca :)


9 comments:

Mira Adzlia said...

moto 2 kete, xkesah...yg pting ley bwk g jln...huhu

Zatil Hulwani said...

Tau xpe...sy yg kadang2 bawak kancil pun diperkecil2kan...ade je yg nak himpit dari belkg...dh duk tepi skali dah...masih nak himpit...huhuhu..farisha pkai persona juga..? same la kite...hikhik..meh ler join club persona..^_^

DAIRI FARISHA said...

yeke??~ cam ne nak jadi ahli club??hihi

Momo said...

naik mto dapat aircond free..;p

Jue Jaynee said...

kite pun suka naik moto kalu p keja.. tp mama kita xbagi selalu... best naik moto ..naik keta aduhai nak 1 jam smpi ofc..


hati2 tau....

DAIRI FARISHA said...

hehe..biasala mama mesti risau..naik moto bahaya sket..awk pun take care ye :)

Syamil Ramli said...

nek moto la stylo..hebat..
Terjah sini ==>> Duit atau Do It

DAIRI FARISHA said...

btol tu..tapi kalo ujan xstylo dh..hehe

SpyMASTER said...

Wah. susah nak jumpa org perempuan yg minat riding.

sy juga peminat tegar jentera 2 roda. sampaikan nak beli bigbike pun org duk pertikai. tapi lantaklah. bukan guna duit diorg. buat tak tau je dgn ape yg diorg ckp.

btw, tak teringin nak pakai bigbike?