KISAH SEDIH : HANYA KERANA SAKIT KEPALA TERUS .........


Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku kepada sabahat emak aku, Kak Ela. Seminggu sebelum hari raya yang lepas, dia mengadu sangat penat dan mengalami sakit kepala yang teramat kepada suaminya sehingga terpaksa memanggil ambulans.

Sesampainya di Hospital Ipoh, Doktor mengesahkan dia menghidap penyakit Darah Tinggi yang kronik sehingga salur darah di kepala telah pecah. Doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan menebuk lubang di atas kepala dan menebuk belakang leher untuk menyalurkan semula darah yang naik ke kepala ke tangan dan kaki. Rambut di kepala terpaksa di botakkan. Ya, Allah! aku hampir2 tidak mengenali dia. Sebelum ni, dia seorang yang sangat ceria, tidak pernah menampakkan wajah gelisah dan sentiasa bekerja keras demi menyara keluarga. Aku menangis melihat keadaan dia. Tak sangka terus terlantar di sebabkan sakit kepala!

Doktor memberi perkhabaran bahawa peluang dia untuk hidup hanya 50-50 sahaja. Pelbagai rawatan dilakukan demi menyembuhkan dia tetapi dia tetap kaku. Sewaktu pertama kali melawat, dia hanya mengerakkan kaki sahaja dan matanya sekali sekala dibuka bila namanya dipanggil. Tidak ada suara yang kedengaran melainkan bunyi alat bantuan pernafasan dan mesin2 darah.

Pada 29/08/2012 suaminya menelefon mak aku, menyatakan keadaan dia semakin kritikal dan peluang hidup hanya setakat 10%. Aku terus bergegas membawa mak dan juga 2 orang lagi kawan mak yang rapat dengan dia datang melawat. Doktor pun tidak mampu membuat apa-apa lagi. Doktor mengesan terdapatnya darah beku di kepala mungkin akibat kecederaan terjatuh yang lampau. Aku berpendapat mungkin dia tak pernah mendapatkan apa-apa rawatan di hospital semasa terjatuh dahulu. Mungkin tiada apa-apa kesan luaran. Darah beku tersebut telah mengalami jangkitan kuman dan dia kini hidup dengan bergantung kepada ubat antibiotik dengan dos yang tertinggi untuk membunuh kuman tersebut daripada terus merebak ke bahagian lain. Doktor tidak dapat melakukan pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan darah beku kerana dia demam. Demam itu juga mungkin membahayakan nyawa kerana keadaan dirinya masih tidak stabil.

Yang aku nampak di hospital, hanya suami dia setia menemani. Mana anak Perempuan dia??? Tak nak jaga ke mak tengah sakit???  Bila tanya suami, dia pun kecewa anak itu tidak mahu langsung menjaga maknya. Jika benar nak jaga anak sendiri, bagilah mak mentua sekali sekala jaga. Ayah kau pun perlu bekerja. Siapa yang nak bayar bil2 hospital???

ya! siapa tahu dia yang hanya berumur 40 tahun dan tidak pernah mengalami sebarang penyakit akan berkeadaan begitu. Dia ada 3 orang anak. yang pertama, Perempuan berumur sekitar 16 tahun. Anak kedua dan ketiga bersekolah rendah dalam tahun 4-6 barangkali. Bagi aku, punca semuanya berlaku adalah disebabkan anak pertamanya! Aku tahu salah untuk aku menyalahkan takdir tetapi percayalah, setiap yang berlaku itu ada puncanya. Anak tersebut tidak mahu bersekolah sejak dari tingkatan 2 lagi. Sudah jenuh dipukul, diamarah tetapi masih berdegil. Darah muda! Seringkali mengikut lelaki sehingga kadangkala tidak pulang kerumah. Bila dapat tawaran belajar dalam bidang kecantikan, dia buat hal. sudahnya terpaksa diberhentikan. Ketika berumur 15 tahun, mungkin pergaulannya terlalu bebas sehinggakan mengandung. Sudahnya terpaksa dikahwinkan. Lelaki yang bertanggungjawab baru sahaja mencecah 18 tahun. Apa yang lelaki itu paham mengenai tanggungjawab????! Sewaktu bayi dilahirkan, Kak ela lah yang menjaga siang malam. Susu bayi pun dibeli. Anak perempuan itu langsung tidak bekerja. Yang suami??? Jangan tanya sebab aku langsung tidak pernah bertanya lebih lanjut.

Ibu mentua menyuruh menantunya menjaga gerai di bazar ramadhan. Sudahnya, bayinya ditinggalkan bulat2 kat Kak Ela. Kadang2 tak balik rumah. Jadi, tugas mengendalikan bayi adalah 100% pada Kak Ela. Tidur pun sampai lewat malam. Jam 1 pun belum tentu boleh tidur sebab bayi meragam. Kak Ela nak keluar bekerja pun tak boleh sebab nak jaga cucu. Dalam kerisauan hati mencari duit untuk menampung perbelanjaan anak yang masih bersekolah, keperluan hari raya, dan perbelanjaan cucu, Kak Ela mengambil tempahan membuat kuih raya. Tapi tak kesampaian sebab dah dimasukkan ke hospital! Suami Kak Ela??? Kerja yang tidak seberapa. Hanya mengambil upah membuat kerja kampung dan memotong rumput.

Berbalik kepada kisah Kak Ela di hospital, kali kedua aku melawat, dia betul2 terbaring kaku. langsung tidak dapat menggerakkan apa2 anggota badan. Hanya terpejam kaku. Hanya air mata yang bertakung di kelopak mata dia. Dia dengar apa yang dicakapkan cuma dia tidak mampu membalasnya. Seorang demi seorang kawan mak aku memberikan kata-kata semangat di telinganya. Aku pun tidak ketinggalan. Begini kata-kata semangat aku pada dia :-

"Kak Ela, ni Farisha. Farisha doakan Kak Ela cepat sedar. Kami semua doakan Kak Ela cepat sembuh. Ya, Allah!! kau tolongkan sembuhkan Kak Ela!. Tabahkan hatinya menempuh dugaan-Mu ya Allah! Kak Ela mesti tabah taw. Nanti Farisha nak kawin. Kak Ela wajib datang. Kita tangkap gambar ramai-ramai. Emak, Kak Siti dan lain-lain semua datang. Kak Ela cepat bangun ye"

Lepas aku ucapkan, terlihat air mata dia di kelopak matanya. Ya! dia dengar apa yang aku cakapkan. Aku doakan, agar dia diberikan peluang hidup buat kali kedua. Biarlah semua ini menjadi pengajaran yang berguna buat keluarga dia dan semua yang datang melawatnya.

Kepada kamu semua, ingatlah bahawa kehidupan ini tidak selalunya indah. Jangan terlalu mengejar wang sehingga kesihatan terabai. Pergilah dapatkan rawatan di hospital jika mengalami apa2 simptom seperti sakit di bahu, belakang tengkuk dan sakit kepala atau lain2 lagi. Jika pernah terjatuh dan hentakan kuat, sila dapatkan juga rawatan walaupun tiada lebam atau darah keluar.

Kepada anak-anak, janganlah kamu membebankan ibu bapa dengan masalah. Jangan sampai nyawa mereka jadi taruhan. Berikanlah kegembiraan pada mereka selagi mereka masih bernyawa! Jangan kerana darah muda, kamu lupa segalanya. Ingat bahawa Ibu yang melahirkanmu itu hanya satu dan tiada galang gantinya.

Kepada para suami, janganlah kamu membebankan isteri kamu dengan tanggungjawab memberi nafkah keluarga. Itu adalah tanggungjawab kamu. Jika benar isteri izinkan untuk berkongsi hartanya, itu dibolehkan tetapi janganlah sampai berlebih-lebihan. Hargai isteri selagi hayatnya masih ada. Ucapkanlah sayang, cinta kepadanya selalu agar hatinya berasa bahagia dan bersyukur mempunyai suami sepertimu. Jangan dimarah2 sebaliknya gunakan bahasa yang lembut.

Moga kisah ini menjadi pengajaran bagi diri aku dan kamu semua.

Nota : Semalam, 04/09/2012 Kak Ela telah kembali ke pangkuan Ilahi. Allah swt lebih menyayanginya. Semoga Rohnya di cucuri rahmat. Al-Fatihah!

No comments: