MENANG DI WEB!! HUHU


Assalammualaikum...

Jam 12.40 tengah hari tadi, iaitu 05 minit sebelum entry ini ditulis, adalah seorang Staf pejabat ni masuk bilik Farisha. Dia minta maaf sebab dah terbuka bungkusan yang di alamatkan ke atas nama Farisha. Then, sambung lagi yang takkan orang nak bagi CD cam ni. Farisha kaget jugak la. CD??? lucah ke?? Tengok alamat macam tak kenal. 

Buka aje sampul pos laju, ada CD Lagu Aliff Aziz!!!!! Wooooo~ Happy nyer...dapat CD original tu. Harapkan nak beli yang ori memang susahlah kan..hihi~ Nak kate minat tu xde la..Tapi dah rezeki dapat Free, go on je la kan.

Ni cover album tu 


Farisha baru teringat yang Farisha ada join online contest kat web radio Era FM, Sinar Fm, dll 3,4 bulan yang lepas. Kalau nak album, berikan  slogan mengapa saya nak album ni...dah tak ingat ape slogan yang Farisha letak..

Sekarang ni, tengah mainkan CD ni..Antara lagu :-

"8 buah lagu dan 2 minus one - Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Sudah Nasibku, Cinta Dusta, Hanya Lagu, Nada Cinta dan Dilema Cinta duet bersama Hao Ren."