BORANG BRIM 2.0 DOWNLOAD DISINI

 Assalammualaikum..

Seperti yang sudah diketahui, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia telahpun dibuka untuk pendaftaran bermula  hari ini (01 November 2012) tetapi tarikh tutup masih menjadi misteri..hehe..Sebabnye, kerajaan akan umumkan tarikh tutup kemudian hari..

Syarat Kelayakan :  

  Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.


Pengeculian :
  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Bantuan dijangka di agih pada Bulan Januari 2013.
 
Jom review sket borang ni..Same je dgn borang yang lepas cuma ade tambahan perkataan BRIM 2.0  :-

 
 Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Kat mana nak dapatkan borang ni??? Kat sini
1) Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),
2) Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 
3) Jabatan Penerangan,
4) serta agensi-agensi Kerajaan,
5) atau dimuat turun melalui laman web LHDN di pautan kat SINI
6) UPDATED : Isi Online sahaja kat SINI
** Farisha pilih option No.6 sebab tak de mase nak gi ambil borang tu.. **

Untuk No.5, Masa buka akan nampak macam bawah ni Klik aje sane untuk download borang tu.


Anda dinasihatkan print depan belakang kertas A4..sebab kalau print satu satu mungkin borang anda direject. 
Farisha ade try print satu satu, memang kena isi borang baru..huhu~

Print biasa boleh ubah setting, tukar (Pages Per Sheet : 2 pages)


 Lagi satu cara, tick (Print on both sides of paper)



 ok tu aje...Farisha memang jangka kome memang pandai print..Clap Clap your hands!! Saje je buat tuto ni bagi yang tak tahu cara nak print..huhu!

Untuk No. 6 pulak, bagi pemohon baru, tick "PERMOHONAN BR1M 2.0"..Bagi pemohon yang sudah mendapat bantuan sebelum ini tick " KEMASKINI PERMOHONAN BR1M 1.0"

Selamat bermohon ~
 
 


TAK SUKA BILA PHOTOGRAPHER MACAM NI (PART 2)




Assalammualaikum...

Kepada sesiapa yang pernah baca PART 1, mesti tahu kes Farisha ni... Lepas kes ni, memang jadi banyak masalah. Mula2 dah confirm tarikh untuk shoot di Cameron Highland (sepatutnya Ahad ini). Tup Tup! dengar cerita semalam ada kes tanah runtuh + hujan jadi tak berbaloi shoot kat sane. Tak kisah le..Demi kebaikan bersama, kami cancel plan nak ke sana. Bila bincang balik, die still nak kami datang ke KL/Putrajaya untuk shoot. Naik hangin la! tapi ayat kami masih baik2.. Die risaukan kos perjalanan ke Ipoh. Kau je?? yang kami sebagai customer ni tak kisah plak ke???

Die terangkan untuk pre wedding sepatutnya kena bayar tapi sebab kami ambil Full Package (RM2000), die bagi Free aje. Then cakap die xcaj untuk transport. Sekarang cakap pasal kos nak ke Ipoh plak! Geram betul. Bila dah bagi macam2 alasan macam kena tunggu musim cuti sekolah la, tunggu die balik hometown la, Farisha cuba cancel nak ambil die..Die pun ape lagi ugut ambil deposit RM125 setelah ambil kira berapa bulan cancel dengan tarikh majlis tolak itu la ini la..Yang baki die pulangkan. Mak aii! walaupun RM125 tu sikit, tapi duit jugak tu..Beli guestbook pun lepas..ni nak beli pun berkira2..

Memang semalam berdoa banyak2 biar die sendiri yang cancelkan. Alhamdulillah! Allah itu maha mendengar! Tadi die inbox cakap terpaksa cancel sebab masalah cost + masa. huhu!!!! gembira betul. Jadi, duit deposit die pulangkan 100%. Lega! yela..Dah tension2 bincang itu ini, bila nak bekerjasama pun hati jadi tak gembira kan.

Since dah terkena macam ni, mulalah sakit hati, tension2 sebab kena cari photographer lain pulak! Nasib ade lagi masa 2 bulan setengah untuk mencari yang lain. Jadi, Farisha nak kongsi dengan kome tips-tips sebelum mengupah photographer :

Berikut adalah Tips2 :-

1) Kebanyakan photographer mengadakan promosi FREE shoot untuk pre wedding @FREE Save The Date. Sila tanya macam mana dengan masa? Kena tunggu mereka available tak? Kos perjalanan mereka ke tempat kome macam mana? jangan kemudian hari mereka bangkitkan isu kos pulak!

2) Sila pastikan anda ambil FULL TIME photographer sebab mereka sentiasa ada masa. Kebanyakan photographer buat PART TIME je means hari biasa mereka bekerja. Memang susah sebab mereka hanya ada masa lapang sabtu + ahad sahaja. Bayangkan kalau mereka ada job wedding sabtu, ahad, memang masalah betul nak tangkap gambar Pre Wedding.

3) FULL TIME photographer akan memastikan album sampai ke tangan paling awal 2 minggu selepas majlis dan paling lewat 1 bulan. Kalau ambil PART TIME photographer, confirm paling awal 2,3 bulan. Masa tu nak upload kat facebook pun dah x hot! Tapi kalau kome jenis tak kisah sebab terlalu suka dengan hasil kerja mereka, tak ade masalah nak tunggu lama2.

4) Seelok-eloknya ambil photographer yang dekat / senegeri dengan kome. Please jangan ambil yang jauh2 sebab akan jadi macam kes Farisha ni. Kekangan masa + kos! Tapi kalau photographer tu memang ok je, no hal. boleh je ambil mereka.

5) Sila adakan janji temu dengan mereka untuk melihat sendiri album. Sebab baru dapat tahu yang gambar di facebook/blog yang cantik belum tentu menghasilkan imej yang sebenar setelah print. Ini adalah kerana, ade photographer yang gunakan kamera High Definition (HD), atau ape2 je kamera berkapasiti tinggi tetapi bila dihantar untuk print, gambar akan pecah2 + warna memang akan bertukar jadi lain. Ambil perhatian pada photographer yang suka bermain dengan "tone" warna. Belum tentu album mereka akan menggunakan gambar ini.

6) Sila tanya kerja2 edit/touch upo gambar dilakukan sendiri @ pekerja??? Ingatlah bahawa, walaupun photographer itu seorang yang profesional, hasil superb tapi kalau pekerja biasa yang edit, memang akan failed!

7) Jangan tergesa2 mengupah photographer. Buatlah promosi macam mana pun, jangan tergoda sebab lepas tu, memang akan ada lagi promosi superb! Melainkan promosi itu betul2 tersuperb sila buat tempahan ye...Seafdalnya 4,5 bulan sblm majlis. Macam Farisha, setahun sebulan sebelum majlis. Giler extreme tapi tak sangka jadi macam ni..

ok la..tu aje yang ade kat kepala ni. If ada tambahan, akan diupdate kemudian hari. Apa yang terjadi jadikan pengajaran dan pengalaman. Hidup mesti diteruskan! Kepada Ex- MR. Photographer Farisha tu, Farisha xde ape2 dendam since baki pun u dah pulangkan full amount. 

Updated : Farisha dah pun cari Photographer lain.. 
Tapi lain pulak yang jadi :( (Baca SINI)




PENGUMUMAN PEMENANG GIVE AWAY


Assalammualaikum....

Terlebih dahulu Farisha nak minta maaf sebab minggu ni agak BZ then lambat nak umum pemenang GA Farisha. Tarikh Tamat Giveaway ini adalah pada Jumaat Lepas, 26/10/2012. Farisha telah meninjau2 entry Peserta dan mendapati mereka berjaya mengukir senyuman Farisha ketika membaca entry tersebut.

Pemenang Giveaway Farisha jatuh kepada :-

1) Capital N :

2) Aku Mad : 

3) Atien Story : 

Sebenarnya, Farisha telah membeli sesuatu kepada pemenang semasa kat Padang Besar, Perlis. Tetapi ia hanyalah keychain sahaja seperti dalam entry INI dan Farisha merasakan perlu menambahkan lagi hadiah tersebut memandangkan kesungguhan peserta membodek Farisha. 

Farisha masih berfikir hadiah apa untuk ditambah. Biar penyertaan mereka berbaloi! Jadi, diharapkan peserta memberi Farisha masa untuk keluar membeli hadiah tambahan tersebut.

Tetapi, kepada peserta yang inginkan hadiah secepat yang mungkin, tak menjadi masalah. Bila2 masa Farisha boleh poskan hadiah tersebut tetapi hadiah tersebut hanyalah keychain Padang Besar sahaja.

Kepada semua peserta, anda diminta emailkan kepada Farisha maklumat berikut di email : diarisedetiklebih@gmail.com :-

Nama :
Alamat :
No. Telefon : 
**kepada yang nak awal hadiah, minta tuliskan "saya hanya inginkan keychain sahaja".

Apabila hadiah tersebut telah diposkan, Farisha akan maklumkan dalam entry yang lain. Terima Kasih atas penyertaan anda.

UPDATED : KESEMUA HADIAH KAT SINI

                              


REVIEW : SHOPPING PADANG BESAR, PERLIS


Assalammualaikum...

Seperti yang dijanjikan dalam Entry INI,  Farisha + rombongan terus bergerak ke Padang Besar untuk Shopping.. Lebih kurang Jam 3.30 petang kami sampai kat sini dan diberi masa sehingga Jam 6.00 petang untuk bershopping.

Inilah sebahagian rombongan Ipoh Mali sebelum masuk ke dalam Bazar

 

Memang happy sebab i like shopping. Barang2 yang telah ditarget untuk dibeli sudah semestinya Doorgift @ Cenderamata Kawin sebab dengar-dengar cerita barang kat sana murah2 dan banyak doorgift. Dah terbayang keadaan Padang Besar dengan padang yang luas, then banyak barang2 jualan. Rupanya, tidak! Kawasan membeli belah kecil sahaja seperti dalam kompleks membeli belah dan lebih dikenali sebagai Bazar. Ada blogger yang menganggap tempat ini sebagai "heaven". Hurm...



Hampir kesemua peniaga kat Bazar ni rakyat Thailand tetapi mereka fasih berbahasa Melayu. Urusniaga semestinya dalam Ringgit Malaysia (RM) sebab Padang Besar ni terletak dalam negeri Perlis. Anda digalakkan membuat tawar menawar untuk harga lebih rendah tapi bagi pandangan Farisha, ia tidaklah murah mana pun.Dan kawasan agak sempit. Ada Ground Floor + First Floor aje.

Bazar ni banyak jual baju2 stail Korea. Jadi kalau rasa kurus2 tu, boleh la beli ye..Farisha memang failed la xblh pakai. Juga ade jual Baju Bola, Keychain, Patung2, Kasut, Barang2 Kecantikan dari Thailand, Doorgift Kawin, Periuk Belanga, Toto, Beg2 sandang, dll. Pada pendapat Farisha, barangan ini masih boleh didapati di Ipoh, Perak dengan harga yang lebih kurang sama dan ada yang lebih murah.

Baju Bola : Gerbang Malam
Baju + Barangan Thailand : Ipoh Parade Tingkat 2
Anak Patung : Ipoh, Parade dan tempat2 lain
DoorGift Kawin : Jalan Kuala Kangsar
Periuk Belanga :  Pekan lama sekitar Pasar Besar Ipoh (Super Kinta)
Toto : Sekitar Ipoh. Harga memang sama. RM39.
Beg2 Sandang : Ipoh Parade tingkat 4 dan Jaya Jusco, Pengkalan

Barangan yang akan dibeli Farisha mestilah lebih murah sebab kalau harga sama je, tak payah beli. Jimat duit sebab bukan nak pakai sangat pun. Then lagi satu Farisha amat serius tentang harga. 
**Akibat rajin buat Window Shopping**
Agak kecewa sebab barangan Doorgfit tak banyak pilihan dan harga agak mahal berbanding dengan Ipoh. Farisha hanya beli Keychain, Baju Jersi Bola dan Beg Sandang (beli terpaksa sebab beg dah uzur nak tercabut..hihi) dengan kos RM60 total...

Kami bertolak balik Jam 6.10 petang dan memang tak boleh Bla....Dari Changloon Kedah sampai le ke Ipoh jalan memang Jem..Disebabkan itu, kami sampai kat Ipoh Jam 4.00 pagi. huhu! Tido memang tak cukup kot. Udah le keje.

ok. itu je review Farisha yang ikhlas dari hati. Setiap orang mungkin mempunyai pendangan yang berbeza mengenai tempat ini~ 
Saya Farisha menyokong harga berpatutan. Sekian


REVIEW : KENDURI KAWIN, ARAU PERLIS


 Assalammualaikum....

Pada entry yang lepas, Farisha ada cerita mengenai kisah INI, dan entry kali ini akan menceritakan detik2 Farisha mengikuti rombongan kenduri saudara belah Mak pada Hari Ahad, 28/10/2012. Kawin di Arau, Perlis. Farisha dan keluarga bertolak dari rumah seawal jam 6.15 pagi dan kereta parking kat rumah keluarga pengantin. Then, naik Bas Persiaran "Ipoh Permai".. Memang lupa betul nak snap gambar bas tu..Haish! Bas tu tak penuh sebab ramai yang cancel last minit atas sebab yang tak dapat dielakkan. Tambang keseluruhan Bas RM1300 tetapi yang pegi dan bayar hanya 20 orang (RM27 seorang). RM27x20=RM540. Kos baki yang ditanggung oleh Keluarga Pengantin : RM760..huhu...detailnye...Yang banyak pegi adalah kawan2, Jiran Pengantin.

 Dibawah merupakan gambar2 kami dalam Bas...

Mak, Abah, Farisha dan Ikin
Ina duduk sorang2 tapi masih mampu tersenyum..hihi~
Farisha with Ikin

Kami sampai kat Arau, Perlis sekitar Jam 12.30 tengah hari. Dan berarak ke rumah pengantin Jam 1.05 tgh hari. Agak menyedihkan sebab tak ade yang nak tangkap gambar berarak ni..Itulah kepentingan mengupah Photographer ye kawan2...Nasib baik la Farisha ade kamera..Sempat la snap walaupun kelam kabut sket..




Pengantin with Sedara Mara
Agak mengecewakan dengan sesetengah rombongan kami sebab ada yang datang2 je terus duduk kat Meja Makan. Nampak tak sopan disitu. Lapo sangat kot. Berikut merupakan gambo2 kami sebelum makan.






Lepas makan2, kami pergi ke Padang Besar, Perlis untuk bershopping. Nak tahu kisahnya?, Kelik SINI :)


MOTOSIKAL KENA CURI


 Assalammualaikum...

Siapa kat sini pernah kehilangan motosikal @ apa2 kenderaan lain?? 
"Saya!!Saya!! Yup betul...dulu motosikal Honda Ayah Farisha kena curi dan memang hilang terus! Tak dapat dijumpai pun". 

Wujudnya entry ini adalah kerana kebetulan tadi Farisha ade kes tentang kecurian motosikal. Motosikal yang dicuri adalah Yamaha LC, warna merah, no Plat tak ingat yang baru dibeli 3 bulan!. Bila kenderaan kena curi, langkah pertama adalah buat laporan polis dalam masa terpantas xlebih 24jam untuk claim insurans. Dan moga2 motosikal yang hilang tu akan dijumpai. Tapi trust with me, kehilangan motosikal memang tak akan dapat kembali melainkan orang yang mencuri itu tidak melakukan apa2 pengubahsuaian atau meleraikan komponen motosikal. FYI, motosikal boleh dileraikan tak sampai 15minit pun ye.


Sila ambil perhatian, walaupun kenderaan tidak dileraikan atau diubahsuai, tetapi pencuri pasti akan menukar no. Plat kenderaan dibahagian belakang + turut melekatkan no.plat yang palsu dibahagian kepala motosikal. Sekali imbas memang tak nampak macam motosikal curi. Yang kita ni punyalah beria2 nampak motosikal sebiji macam motosikal kita kat jalan je, cepat2 tengok no. plat tapi no. lain...then kecewa.

Farisha nak kongsi sedikit tips :-
1) sila letakkan apa2 sticker@aksesori tambahan yang biasa2 tapi unik kat motosikal & topi keledar sebab dengan cara itu sahaja kite dpt kenali motosikal tu. ***jarang diamalkan**
2) sila gunakan kunci tambahan yang besar2 + susah orang nak kerat @pecahkan. untuk pengetahuan, kunci mangga besi seperti solex amat mudah dibuka. **selalu diamalkan**
3) pasang on/off starter dalam seat motosikal supaya orang lain x blh start motosikal tu. **jarang diamalkan**
4) jangan pakai rim tayar yang terlalu cantik **jarang diamalkan**
5) tawakal jela bila park kat mana2. **selalu diamalkan**

Pemilik motosikal (mangsa) tersebut amat bertuah sebab jumpa balik motosikal yang telah ditukar no.plat palsu. Warna + keadaan motosikal masih sama. sebab terjumpanya motosikal ini adalah kerana pencuri tersebut menunggang motosikal tersebut dan turut memakai topi keledar mangsa! yang mempunyai logo Apollo! Terima kasih kepada logo tersebut! Bila polis cek, didapati no. plat adalah palsu tetapi no.casis memang sama dengan no. plat asal.

Tapi kan, jangan harap la pencuri tu nak mengaku curi motosikal tu sebaliknya pertuduhan dipinda kepada dengan curang memiliki barang curi yang mana hukuman lebih ringan berbanding curi iaitu penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak melebihi 6 tahun + denda (seksyen 411 Kanun keseksaan) . Tak kisah la...Janji pencuri tu ditangkap!!! Chewah..marah lebih2 plak ni..huhu.
 

ok la..Kalau ada apa2 info tentang tips2 yang lain, farisha kongsi k..

KAD KAHWIN DIANA DANIELLE + FARID KAMIL


Assalammualaikum..

INi adalah entry yang sepatutnya dipublish Khamis lepas tetapi tak cukup masa sebab internet telahpun dinyah sambung sebab dah habis waktu kerja....hehe

Bagi yang belum tahu, Diana Danielle + Farid Kamil akhirnya akan berkahwin pada 3 November 2012! Berikut merupakan  kad kahwin mereka. Check this out!

Envelope Khas dengan 'seal' dengan initial D|F

Bahagian Depan Kad


Kad & Helaian Peta Dimasukkan ke Dalam Envelope


Set Lengkap dengan Sampul Khas, Helaian Peta & Kad

Sweet2 pinkish gitu.  Diana pun sweet!

Bagi yang nak ngoder same cam dema ni, boleh tengok2 Blog SINI dan pesbook SINI


KAWIN : UJIAN DARAH HIV


Assalammualaikum...

Akhirnya setelah bertangguh sekian lama, pagi tadi Farisha pergi ke Hospital Greentown, Ipoh, Perak untuk buat Ujian darah HIV untuk kawin.  Memang superb + laju. Tunggu giliran xsampai 5 minit. Cucuk je hujung jari sket + darah diletakkan dalam bekas khas (macam bekas uji kehamilan pun ade). Tak sampai 3 minit keputusan dah dapat! Dan ia valid untuk 6 bulan. FYI, ade sesetengah klinik + hospital mempunyai temph sah 3 bulan aje. Memang kena bujet betul2 la tarikh kawin tu. Kang tak sah ujian tu xpasal2 kena ambil balik.

Pesanan Farisha : Tak perlu takut buat Ujian HIV ni. Bukan pakai jarum besar + panjang pun.

antara alatan ujian darah HIV

masukkan darah dalam lubang "sample" tu

Sebelum ni ada baca entry2 blogger yang memberitahu keputusan Ujian HIV akan dapat dalam 1,2 minggu. Memang lame kot. Sekarang lebih pantas dan mungkin ini prosedur baru Hospital.

Masa masuk bilik Doktor untuk ambil darah, Doktor + jururawat siap gurau2 pulak pasal rukun2 nikah kat En. Tunang + Gelak sakan. Sampai Farisha kerut kening ape hal le dema ni. Tapi mungkin dema nak lepas tension kot sebab ramai orang nak ambil ujian darah. Farisha pulak saje le tanya nak tcucuk tangan mane? die jawab kat dahi pn blh.~ adoi..memang le......(ayat tersekat dikerongkong)..Tak kesah le, yang penting dah selamat satu keje. Sekarang ni cuma nak isi Borang kawin yang tertentu.

cucuk sikit je kat hujung jari

 Semoga semuanya berjalan lancar. amin!

ok bubbai~

Hot and Super Giveaway by Fatimah Azzarah '



FUh! Penat...ok..Semua sponsor telah di like, di Add dan di follow. 

Moga2 ada rezeki.
Kome nak join?? jom klikBanner reramai
Nak tag : sume blogger 

Keputusan :

Menang. Alhamdulillah. Dapat hadiah Keychain yang comel


 
http://murnisayangmakcu.blogspot.com/2012/12/pemenang-random-hot-and-super-giveaway.html