BORANG BRIM 2.0 DOWNLOAD DISINI

 Assalammualaikum..

Seperti yang sudah diketahui, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia telahpun dibuka untuk pendaftaran bermula  hari ini (01 November 2012) tetapi tarikh tutup masih menjadi misteri..hehe..Sebabnye, kerajaan akan umumkan tarikh tutup kemudian hari..

Syarat Kelayakan :  

  Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.


Pengeculian :
  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Bantuan dijangka di agih pada Bulan Januari 2013.
 
Jom review sket borang ni..Same je dgn borang yang lepas cuma ade tambahan perkataan BRIM 2.0  :-

 
 Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Kat mana nak dapatkan borang ni??? Kat sini
1) Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),
2) Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 
3) Jabatan Penerangan,
4) serta agensi-agensi Kerajaan,
5) atau dimuat turun melalui laman web LHDN di pautan kat SINI
6) UPDATED : Isi Online sahaja kat SINI
** Farisha pilih option No.6 sebab tak de mase nak gi ambil borang tu.. **

Untuk No.5, Masa buka akan nampak macam bawah ni Klik aje sane untuk download borang tu.


Anda dinasihatkan print depan belakang kertas A4..sebab kalau print satu satu mungkin borang anda direject. 
Farisha ade try print satu satu, memang kena isi borang baru..huhu~

Print biasa boleh ubah setting, tukar (Pages Per Sheet : 2 pages)


 Lagi satu cara, tick (Print on both sides of paper)



 ok tu aje...Farisha memang jangka kome memang pandai print..Clap Clap your hands!! Saje je buat tuto ni bagi yang tak tahu cara nak print..huhu!

Untuk No. 6 pulak, bagi pemohon baru, tick "PERMOHONAN BR1M 2.0"..Bagi pemohon yang sudah mendapat bantuan sebelum ini tick " KEMASKINI PERMOHONAN BR1M 1.0"

Selamat bermohon ~
 
 


12 comments:

IntaNBerliaN said...

sape yg xapply lg leh cpt2 print ni :-)

haz said...

brim ni untk sape je? student boleh x apply? hahahahha

DAIRI FARISHA said...

student yg dpt bntuan siswa 1 mlysia xley apply.

haz said...

alaaa.. br nk apply. kikiki

Jue Jaynee said...

hihikk jue mohon online jee

DAIRI FARISHA said...

jue : boleh ke mohon online??xde pn..cume suruh download borang je

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xlayak la farisha hehehe

shahdiana said...

hehe...yang pertama dulu dah dapat...ni tunggu yang kedua pulak tanpa mengisi borang...hehe

Jue Jaynee said...

https://ebr1m.hasil.gov.my/

jue mohon online kat sini

DAIRI FARISHA said...

terima masih Jue..nanti Farisha update kat entry ye :)

Dunia Wilma said...

Wilma nak apply lepas nie :-)

ayut said...

dh apply td...online jer.. :)