DIY : KOTAK GOODIES



Assalammualaikum semua....

Farisha nak jadi cikgu jap arini boleh tak ea??? hehe~ 
nak ajar korang cara2 men' DIY' - Do It Yourself @ Buat sendiri 
Kotak untuk letak goodies macam telur, gula-gula, wajik, dan lain2 
untuk kenduri Aqiqah, Kawin, Tunang DLL...


Farisha dapat idea ni masa belajar kat Universiti Malaya dulu. Roomate ada pegi kenduri kawin kawan die + bawak balik kotak Goodies ni. Sangat kreatif + Comel. Tapi kain yang digunakan adalah kain batik. Jadi kos agak mahal bila pikir2 balik. hehe~ 

Jadi, Farisha guna kain Polkadot! Memang femes amos sekarang ni kain polkadot. 
Tapi kalau tema korang berkonsepkan "english style", korang
boleh gantikan kain polkadot ni
dengan kain bermotifkan bunga2

btw, jom kita tengok Tutorial dibawah ni :-



Alatan yang Diperlukan beserta kos algebranya :-

1. Gam Cair (kos RM4.00)
2. Kain Polkadot (kos RM4.00 semeter- boleh dapat lebih kurang 81 pcs kotak)
 Ikut warna tema korang taw. Tapi, kalau warna warni lagi cantik!
3. Stapler + Ubat (FOC)
4. Penebuk Lubang (RM3.50)
5. Gunting (FOC)
6. Pensel (FOC) **tiada dalam gambar**
7. Kad Manila keras (RM0.50 1pcs) **sila beli yang keras ye**
8. Reben (RM1.00 1pcs) **maaf tiada dalam gambar**
9. sample Bintang yang telah dilukis 4 penjuru + digunting atas kertas keras 

**lihat gambar bawah**


-Sila pastikan setiap bahagian bintang boleh dilipat- 
Yang paling penting adalah keluasan tapak segi empat sama 

Cara nak hasilkan sample bintang ni
a)  Pastikan sample dilukis atas kertas keras
b) Pilih berapa cm yang korang nak untuk kebesaran tapak (lagi besar doorgift, lagi besar tapak)
c)  Lukiskan segi empat sama
d) Barulah korang buat bucu bintang tu disetiap penjuru segi empat sama 
d) Lepas tu gunting. 


Langkah2 Pembuatan :
1. Ambil Kad Manila dan letakkan gam di seluruh bahagian atas sahaja + ratakan elok2
2. Kain Polkadot dilekatkan pada bahagian bergam + tunggu sehingga gam betul2 kering
3. Sampel Bintang yang telah disiap di letakkan di bahagian belakang Kad Manila dan ikut ukuran sample menggunakan pensel
4. Gunting Bintang yang telah siap + Lipatkan dibahagian Tengah seperti gambar bawah - anak panah ungu-
5. Hujung 2 Bintang distapler + 2 hujung lagi di tebukkan lubang
6. Gunting Reben + ikatkan mengikut kreativiti
7. Siap!
***option : Baki lebihan kad Manila + kain boleh dilekatkan ditengah2 kotak bagi mengukuhkan kotak**

lipat tengah2

Hujung 2 Bintang distapler + 2 hujung lagi di tebukkan lubang


hasil yang telah siap diletakkan dalam kotak

Hasilnya
.

.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
 .


Kotak Goodies yang telah siap!!! Sedia diletakkan Gula2 @ Telur






Gambar ni same dengan atas sebab nak tunjukkan jari Farisha pegang kotak ni..hehe~

Kalau goodies korang kecil (macam gula2) + korang risau goodies tu jatuh,
boleh letak dulu goodies dalam plastik kecil dan di stapler sebelum 
dimasukkan dalam kotak ni


Suka dengan Tutorial ini??CEr Komen :>

Nak Tengok lagi hasil yang lain??? 
Sumber dari Blog INI



Bubbai~~


Nak lihat hasil DIY Farisha yang lain???

1) DIY BROOCH BUNGA
2) DIY WEDDING GUESTBOOK
3) DIY GUESTBOOK CORNER



10 comments:

iznawzi said...

wah...pandai..pandai...contoh lain ??hihihi

DAIRI FARISHA said...

contoh lain OTW...tunggu ye :)

NIA SI DRUMSTICK said...

wahhh..comel la.. bli kat mana ek kertas polkadot tu..msti gna yg keras kan..

DAIRI FARISHA said...

bukan kertas polkadot dear..tapi kad manila yang telah dilekatkan dgn kain polkadot...kad manila tu mesti guna yang keras :)

Maria Menado~ said...

comell la farisha buat! comel2. hehehe. bolehla try ni.. hihi. tapi letak gula-gula tak bocor ka? hehe. telur@wajik okay ni. thanks. :)

DAIRI FARISHA said...

mesti bocor letak gula2..letak dulu gula2 dalam plastik + stapler..bru letak dalam kotak ni :)

~capital N~ said...

cantik dan comel laa

bagus la idea nie...

pandaiii

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah rajin farisha DIY lagi tu..prepare tuk kawen ker hikhik

DAIRI FARISHA said...

hehe..ehemm..taw xpe..utk kwin ni :) nanti akak datang taw

BitsBest said...

kretipnyerrrr...

i likeeee :D