KAWIN : UJIAN DARAH HIV


Assalammualaikum...

Akhirnya setelah bertangguh sekian lama, pagi tadi Farisha pergi ke Hospital Greentown, Ipoh, Perak untuk buat Ujian darah HIV untuk kawin.  Memang superb + laju. Tunggu giliran xsampai 5 minit. Cucuk je hujung jari sket + darah diletakkan dalam bekas khas (macam bekas uji kehamilan pun ade). Tak sampai 3 minit keputusan dah dapat! Dan ia valid untuk 6 bulan. FYI, ade sesetengah klinik + hospital mempunyai temph sah 3 bulan aje. Memang kena bujet betul2 la tarikh kawin tu. Kang tak sah ujian tu xpasal2 kena ambil balik.

Pesanan Farisha : Tak perlu takut buat Ujian HIV ni. Bukan pakai jarum besar + panjang pun.

antara alatan ujian darah HIV

masukkan darah dalam lubang "sample" tu

Sebelum ni ada baca entry2 blogger yang memberitahu keputusan Ujian HIV akan dapat dalam 1,2 minggu. Memang lame kot. Sekarang lebih pantas dan mungkin ini prosedur baru Hospital.

Masa masuk bilik Doktor untuk ambil darah, Doktor + jururawat siap gurau2 pulak pasal rukun2 nikah kat En. Tunang + Gelak sakan. Sampai Farisha kerut kening ape hal le dema ni. Tapi mungkin dema nak lepas tension kot sebab ramai orang nak ambil ujian darah. Farisha pulak saje le tanya nak tcucuk tangan mane? die jawab kat dahi pn blh.~ adoi..memang le......(ayat tersekat dikerongkong)..Tak kesah le, yang penting dah selamat satu keje. Sekarang ni cuma nak isi Borang kawin yang tertentu.

cucuk sikit je kat hujung jari

 Semoga semuanya berjalan lancar. amin!

ok bubbai~

16 comments:

Jue Jaynee said...

nak kawin..mcm2 kena buat kan

Maria Menado~ said...

amin... hehe. semoga semuanya berjalan lancar.

Happy for you. :)

DAIRI FARISHA said...

betul tu mcm2 kne buat..ni bru bab prosedur..blm lagi majlis..huhu...akak maria menado : tq so mcuh darling :)

Dkna Abza said...

kadang2 kawen pon jadi susah sebab perkara remeh kan..ermm..

~capital N~ said...

hope sumenya berjalan dengan lancar..amin

Hanif Idrus said...

Leceh juga sekarang nak kahwin ini yek....

DAIRI FARISHA said...

betul...mase gi kursus kwin ritu, jbtn agama akan adakan kursus mcm kaunseling wjib utk psangan suami isteri...xtahu bile bkuatkuasa..

Aku Mad said...

erk .. mad tersesat ke ni ?? blog farisha ke ni ??

caliph shuriken said...

oic, valid utk 6 bulan result tu.. smoga semua urusan berjalan lancar ^^

Cik Fie said...

Entri Yang Best :)

Dah Lama Follow Blog Awak . Follow Blog Ni Kalau Sudi :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/

Si Matatajam said...

Dah buat dah masa nak kawin dulu hi hi..Tp Kak M mabuk darah..siap nak pitam wooo..ha ha..ingat2 balik lawak plak sb bukan sakit pun..cuma tak tahan tgk darah ja..

lynn kamarul said...

teringat masa akak dulu.. akak buat hiv test kat klinik kesihatan seri kembangan =) .. pny la neves.. alhamdulillah segalanya baik

DAIRI FARISHA said...

@Aku Mad iye le..blog kite..nape..huhu

DAIRI FARISHA said...

@caliph shuriken terima kasih

DAIRI FARISHA said...

@lynn kamarul hehe..tu la..bile dh buat ok je..

DAIRI FARISHA said...

@Si Matatajam nasib akak tak pitam..hehe