MOTOSIKAL KENA CURI


 Assalammualaikum...

Siapa kat sini pernah kehilangan motosikal @ apa2 kenderaan lain?? 
"Saya!!Saya!! Yup betul...dulu motosikal Honda Ayah Farisha kena curi dan memang hilang terus! Tak dapat dijumpai pun". 

Wujudnya entry ini adalah kerana kebetulan tadi Farisha ade kes tentang kecurian motosikal. Motosikal yang dicuri adalah Yamaha LC, warna merah, no Plat tak ingat yang baru dibeli 3 bulan!. Bila kenderaan kena curi, langkah pertama adalah buat laporan polis dalam masa terpantas xlebih 24jam untuk claim insurans. Dan moga2 motosikal yang hilang tu akan dijumpai. Tapi trust with me, kehilangan motosikal memang tak akan dapat kembali melainkan orang yang mencuri itu tidak melakukan apa2 pengubahsuaian atau meleraikan komponen motosikal. FYI, motosikal boleh dileraikan tak sampai 15minit pun ye.


Sila ambil perhatian, walaupun kenderaan tidak dileraikan atau diubahsuai, tetapi pencuri pasti akan menukar no. Plat kenderaan dibahagian belakang + turut melekatkan no.plat yang palsu dibahagian kepala motosikal. Sekali imbas memang tak nampak macam motosikal curi. Yang kita ni punyalah beria2 nampak motosikal sebiji macam motosikal kita kat jalan je, cepat2 tengok no. plat tapi no. lain...then kecewa.

Farisha nak kongsi sedikit tips :-
1) sila letakkan apa2 sticker@aksesori tambahan yang biasa2 tapi unik kat motosikal & topi keledar sebab dengan cara itu sahaja kite dpt kenali motosikal tu. ***jarang diamalkan**
2) sila gunakan kunci tambahan yang besar2 + susah orang nak kerat @pecahkan. untuk pengetahuan, kunci mangga besi seperti solex amat mudah dibuka. **selalu diamalkan**
3) pasang on/off starter dalam seat motosikal supaya orang lain x blh start motosikal tu. **jarang diamalkan**
4) jangan pakai rim tayar yang terlalu cantik **jarang diamalkan**
5) tawakal jela bila park kat mana2. **selalu diamalkan**

Pemilik motosikal (mangsa) tersebut amat bertuah sebab jumpa balik motosikal yang telah ditukar no.plat palsu. Warna + keadaan motosikal masih sama. sebab terjumpanya motosikal ini adalah kerana pencuri tersebut menunggang motosikal tersebut dan turut memakai topi keledar mangsa! yang mempunyai logo Apollo! Terima kasih kepada logo tersebut! Bila polis cek, didapati no. plat adalah palsu tetapi no.casis memang sama dengan no. plat asal.

Tapi kan, jangan harap la pencuri tu nak mengaku curi motosikal tu sebaliknya pertuduhan dipinda kepada dengan curang memiliki barang curi yang mana hukuman lebih ringan berbanding curi iaitu penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak melebihi 6 tahun + denda (seksyen 411 Kanun keseksaan) . Tak kisah la...Janji pencuri tu ditangkap!!! Chewah..marah lebih2 plak ni..huhu.
 

ok la..Kalau ada apa2 info tentang tips2 yang lain, farisha kongsi k..

4 comments:

Jue Jaynee said...

hilang hp pun sakit myheart..ni lagi motor...

rasa nak ulang ja balik masa tu agar x jd

khairul said...

Moto gua pon ilang pg ni... Ex5 je... Xsmpai sthun lg bli....

khairul said...

Moto gua pon ilang pg ni... Ex5 je... Xsmpai sthun lg bli....

fir daus k said...

motor kiss stardard ad sticker angry bird hilang..sedih...cis punye pencuri