REVIEW : KENDURI KAWIN, ARAU PERLIS


 Assalammualaikum....

Pada entry yang lepas, Farisha ada cerita mengenai kisah INI, dan entry kali ini akan menceritakan detik2 Farisha mengikuti rombongan kenduri saudara belah Mak pada Hari Ahad, 28/10/2012. Kawin di Arau, Perlis. Farisha dan keluarga bertolak dari rumah seawal jam 6.15 pagi dan kereta parking kat rumah keluarga pengantin. Then, naik Bas Persiaran "Ipoh Permai".. Memang lupa betul nak snap gambar bas tu..Haish! Bas tu tak penuh sebab ramai yang cancel last minit atas sebab yang tak dapat dielakkan. Tambang keseluruhan Bas RM1300 tetapi yang pegi dan bayar hanya 20 orang (RM27 seorang). RM27x20=RM540. Kos baki yang ditanggung oleh Keluarga Pengantin : RM760..huhu...detailnye...Yang banyak pegi adalah kawan2, Jiran Pengantin.

 Dibawah merupakan gambar2 kami dalam Bas...

Mak, Abah, Farisha dan Ikin
Ina duduk sorang2 tapi masih mampu tersenyum..hihi~
Farisha with Ikin

Kami sampai kat Arau, Perlis sekitar Jam 12.30 tengah hari. Dan berarak ke rumah pengantin Jam 1.05 tgh hari. Agak menyedihkan sebab tak ade yang nak tangkap gambar berarak ni..Itulah kepentingan mengupah Photographer ye kawan2...Nasib baik la Farisha ade kamera..Sempat la snap walaupun kelam kabut sket..




Pengantin with Sedara Mara
Agak mengecewakan dengan sesetengah rombongan kami sebab ada yang datang2 je terus duduk kat Meja Makan. Nampak tak sopan disitu. Lapo sangat kot. Berikut merupakan gambo2 kami sebelum makan.






Lepas makan2, kami pergi ke Padang Besar, Perlis untuk bershopping. Nak tahu kisahnya?, Kelik SINI :)


No comments: