TAK SUKA BILA PHOTOGRAPHER MACAM NI (PART 1)


Assalammualaikum...

Farisha geram betui dengan official photographer untuk wedding Farisha ni. Sebab dengar sangat cakap kawan2, Farisha dah servey photographer ni setahun lebih awal dari majlis. Means, dah bayar booking last bln 12/2011 lagi. Biasa la promosi akhir tahun 2011. Dapat la rege RM2000 (untuk tangkap gambo 5x majlis). Sebenarnya RM1800 je tapi sebab die dari KL, tambah la RM200 untuk transport.

Mula2 memang tak ade apa2 masalah. Bila inbox FB je mmg dia akan reply dengan cepat + memberi pelbagai idea untuk photo shoot nanti. Then, bila bulan 5 dia dah mula bertanya tarikh wedding bila. ok la tu kan. Ada ambil berat (yela tu padahal dia nak confirm tarikh dengan customer lain). 
Farisha pun confirmkan majlis bulan 1, 2013, tapi tarikh masih belum decide. Dia minta tambahkan lagi deposit. Sebab wedding dah menjangkau 2013. Total sekarang RM750 untuk deposit. 

Lepas dari bulan 5, bila inbox je macam nak tak nak layan. Nak le jugak booking date bila nak shoot untuk pre wed. Farisha taw le dia BZ meeting memanjang tapi inbox je FB ape yang susah. Bukan nya kena jumpa2 bagai.


 Alasan Tengah Meeting. Dalam petang tu dia bagi jawapan minggu ke 3 dan 4 bulan 10 ni jadual dia penuh. Yang kosong maybe 1st week of November. 
Jadi Farisha booking cepat2 04/11/2012.

Bila dah confirm tarikh tu, mesti la fikir nak bawak props ape kan utk shoot. Jadi inbox dia lagi..Sampai terpaksa cakap cam ni......Baru la dia nak reply sakan. 
kitaorg kongsi idea nak wt theme apa...



Bila dah habis inbox + confirm theme apa, dia cadangkan tarikh 27/09/2012 atau 28/09/2012 (sempena cuti hari raya haji) untuk shoot sebab dia balik kampung (orang ipoh). Lepas bincang, setuju tarikh 28/09/2012 sebab 27/09 tu En . tunang keje. 

Bila balik rumah, dengan semangat cerita kat mak 28/09 tangkap gambar (sebab mak pun nak ikut ktorg skali..hihi)..Baru teringat kitaorg ade knduri sdara dekat Perlis. Wajib pegi sebab sdara ni memang banyak membantu bila ktorg ade majlis. Tambah, lepas kenduri, terus gi padang besar shopping brg2 wedding (ngeee2). Adui...Dalam hidup ni baru skali nak gi padang besar tu. Tambang bas pulak murah je RM27! Terpaksa cancel date 28/09 tu. 
Farisha mesej handphone dia tapi tak reply. Then inbox FB pagi ni..




Whattt!!! suroh ktorg turun Putrajaya untuk shoot???!!! b
anyak la songeh ko kan. Alasan : tak possible untuk datang ipoh????

Agak2 le derrr..Nak naik sane bukan pakai air liur. Mampus en.tunang marah kalau dia taw. Geram betul la dengan photographer cam ni. Dulu dah pernah terkena shoot video pre wedding sebab dapat like tertinggi dalam facebook. 
Farisha + en. tunang + mak + ayah sanggup turun KL. Farisha sanggup keluarkan duit RM500 untuk kos ke sana!!Tapi apa yang dapat?? Video pun cm nak tak nak buat je! Pendek gile. 1 minit je rasanya video tu..Terbako asenyer~
Ni pulak nak shoot pre wed semata2! gambo bukan photographer tu cuci pun. bagi dalam soft copy je!

Pengajaran : Korang yang nak kawin tu, jangan la ambil photographer di luar negeri masing2..Ambil je photographer yang duduk kat kawasan korang. Senang! Tak payah tambah wit transport untuk deorang datang!


Nota Kaki letak kat lutut : Masih belum sampai ke tahap gaban nak minta balik deposit!  Geram!

Nak baca sambungan kisah ni??? Klik SINI

14 comments:

Maria Menado~ said...

yeke... faarisha.. siannya awak... saba ea... takot saya dengar. hope one day tak jadi la macam tu.

DAIRI FARISHA said...

tu la..geram betul... :(

Mira Adzlia said...

sbr yer....besela klu byk job..tu yg demand tu

~capital N~ said...

Sabar je la farisha..
bese la bila orng dh busy sgt tu...

ni la nama ye dugaan nak berkahwin..

:)

Kiko Chris said...

sbr lh ye....sshlh plak kn klau upah photographer yg jauh dr tmpt kta tgl.

Nurul said...

Apalah photographer tu ! Ishh...banyak pula songeh dia. Entah betul dia meeting ke tak tu...

DAIRI FARISHA said...

tula...dh cuak ni photographer cm tu..kang kite ckp lbh2 die wt suam2 kuku plak keje die kan..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

farisha akak dgr mcm tkt jer FG tu...tp xper think +tive k mana tau dia btol2 bz...sabaer yer dear

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

farisha mmg dh komen entry akak tu..akak baru jer publish lepas balas komen semua hehehe.....

Hanif Idrus said...

Aduss...aku cekik phographer tu..Buat malu ajer..Kalau dah terima job..kena buat ler...
Ini nak arah orang lak!!
Aku marah ni..tak pasal2 aku terambil gambar wed kau nanti..hahahha.
Sabar yek..

izzah said...

Amik yg freelance pn murah n ok...jgn jd mcm adik ipar,dh byr deposit 1k,konon2 leh gi 2-2 belah pihak...last2 mghilang...duit lesap,gmbo pn xde...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

singgah rabu

ayut said...

pulakkkk....leh bikin panas mmg yer..tp tak dinafikan..deal tarikh mmg kena btul2..pihak kita dan dia mmg payah klu nk tukar2x..msing2 ad komitmen la katakan :)

Saya Disini said...

mcam2 hal...sabar2 k..