TAK SUKA BILA PHOTOGRAPHER MACAM NI (PART 2)




Assalammualaikum...

Kepada sesiapa yang pernah baca PART 1, mesti tahu kes Farisha ni... Lepas kes ni, memang jadi banyak masalah. Mula2 dah confirm tarikh untuk shoot di Cameron Highland (sepatutnya Ahad ini). Tup Tup! dengar cerita semalam ada kes tanah runtuh + hujan jadi tak berbaloi shoot kat sane. Tak kisah le..Demi kebaikan bersama, kami cancel plan nak ke sana. Bila bincang balik, die still nak kami datang ke KL/Putrajaya untuk shoot. Naik hangin la! tapi ayat kami masih baik2.. Die risaukan kos perjalanan ke Ipoh. Kau je?? yang kami sebagai customer ni tak kisah plak ke???

Die terangkan untuk pre wedding sepatutnya kena bayar tapi sebab kami ambil Full Package (RM2000), die bagi Free aje. Then cakap die xcaj untuk transport. Sekarang cakap pasal kos nak ke Ipoh plak! Geram betul. Bila dah bagi macam2 alasan macam kena tunggu musim cuti sekolah la, tunggu die balik hometown la, Farisha cuba cancel nak ambil die..Die pun ape lagi ugut ambil deposit RM125 setelah ambil kira berapa bulan cancel dengan tarikh majlis tolak itu la ini la..Yang baki die pulangkan. Mak aii! walaupun RM125 tu sikit, tapi duit jugak tu..Beli guestbook pun lepas..ni nak beli pun berkira2..

Memang semalam berdoa banyak2 biar die sendiri yang cancelkan. Alhamdulillah! Allah itu maha mendengar! Tadi die inbox cakap terpaksa cancel sebab masalah cost + masa. huhu!!!! gembira betul. Jadi, duit deposit die pulangkan 100%. Lega! yela..Dah tension2 bincang itu ini, bila nak bekerjasama pun hati jadi tak gembira kan.

Since dah terkena macam ni, mulalah sakit hati, tension2 sebab kena cari photographer lain pulak! Nasib ade lagi masa 2 bulan setengah untuk mencari yang lain. Jadi, Farisha nak kongsi dengan kome tips-tips sebelum mengupah photographer :

Berikut adalah Tips2 :-

1) Kebanyakan photographer mengadakan promosi FREE shoot untuk pre wedding @FREE Save The Date. Sila tanya macam mana dengan masa? Kena tunggu mereka available tak? Kos perjalanan mereka ke tempat kome macam mana? jangan kemudian hari mereka bangkitkan isu kos pulak!

2) Sila pastikan anda ambil FULL TIME photographer sebab mereka sentiasa ada masa. Kebanyakan photographer buat PART TIME je means hari biasa mereka bekerja. Memang susah sebab mereka hanya ada masa lapang sabtu + ahad sahaja. Bayangkan kalau mereka ada job wedding sabtu, ahad, memang masalah betul nak tangkap gambar Pre Wedding.

3) FULL TIME photographer akan memastikan album sampai ke tangan paling awal 2 minggu selepas majlis dan paling lewat 1 bulan. Kalau ambil PART TIME photographer, confirm paling awal 2,3 bulan. Masa tu nak upload kat facebook pun dah x hot! Tapi kalau kome jenis tak kisah sebab terlalu suka dengan hasil kerja mereka, tak ade masalah nak tunggu lama2.

4) Seelok-eloknya ambil photographer yang dekat / senegeri dengan kome. Please jangan ambil yang jauh2 sebab akan jadi macam kes Farisha ni. Kekangan masa + kos! Tapi kalau photographer tu memang ok je, no hal. boleh je ambil mereka.

5) Sila adakan janji temu dengan mereka untuk melihat sendiri album. Sebab baru dapat tahu yang gambar di facebook/blog yang cantik belum tentu menghasilkan imej yang sebenar setelah print. Ini adalah kerana, ade photographer yang gunakan kamera High Definition (HD), atau ape2 je kamera berkapasiti tinggi tetapi bila dihantar untuk print, gambar akan pecah2 + warna memang akan bertukar jadi lain. Ambil perhatian pada photographer yang suka bermain dengan "tone" warna. Belum tentu album mereka akan menggunakan gambar ini.

6) Sila tanya kerja2 edit/touch upo gambar dilakukan sendiri @ pekerja??? Ingatlah bahawa, walaupun photographer itu seorang yang profesional, hasil superb tapi kalau pekerja biasa yang edit, memang akan failed!

7) Jangan tergesa2 mengupah photographer. Buatlah promosi macam mana pun, jangan tergoda sebab lepas tu, memang akan ada lagi promosi superb! Melainkan promosi itu betul2 tersuperb sila buat tempahan ye...Seafdalnya 4,5 bulan sblm majlis. Macam Farisha, setahun sebulan sebelum majlis. Giler extreme tapi tak sangka jadi macam ni..

ok la..tu aje yang ade kat kepala ni. If ada tambahan, akan diupdate kemudian hari. Apa yang terjadi jadikan pengajaran dan pengalaman. Hidup mesti diteruskan! Kepada Ex- MR. Photographer Farisha tu, Farisha xde ape2 dendam since baki pun u dah pulangkan full amount. 

Updated : Farisha dah pun cari Photographer lain.. 
Tapi lain pulak yang jadi :( (Baca SINI)




8 comments:

Zatil Hulwani said...

Salam...menjenguk ke sini...kt kawin aritu pun x puas ati...sebabnya byk gambar tak cantik...photographer pulak demam...balik awal...outdoor ntah ape2...sedih..T_T

btw jom jenguk blog sy & tukar link nak? http://zatilhulwaniabdullatif.blogspot.com/2012/10/jom-exchange-link-nak.html

baby comel said...

owh, good info ni. atleast nanti masa akan dtg jd pengajaran kpd mereka yg lain.. TQ

miz ruha said...

kena buat pilihan yang terbaik tu..
kena consider semua perkara..
harus ada hitam putih.. tak gitu?? ^_^

Aku Mad said...

photographer tu cina ke melayu ??

DAIRI FARISHA said...

Aku Mad : Melayu,,

ayut said...

tu dia...mmg kena berhati-hati jawab yer :)

Sue Echan said...

petua yg bagus ni.. lebih prefer ambil kawan yg terdekat.. so, takdela senang2 nak tipu..

Maria Menado~ said...

macam2..