B2B DIY - BROOCH BUNGA

 
Holla!!!!
 Hari ni Farisha free dan nak ajar korang cara membuat sendiri a.k.a DIY Brooch Bunga yang boleh di letakkan sebagai hiasan atas guestbook dan ia juga sesuai di pakai di baju semasa majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan lain2. sekarang ni trend pakai bunga cam ni. Nampak simple tapi ekslusif gitu. Memang jimat sesangat bila DIY brooch ni.

Bahan-Bahan yang diperlukan :-
1) Kain Perca Permukaan Licin Mengikut Tema Majlis (kalau tak de boleh beli kat Kamdar/Nagoya/Dll kedai kain- semeter dalam RM7.00 je).
2) Gunting
3) Batu Hiasan
4) Jarum
5) Benang ikut Warna Tema Majlis
6) Pen Mata Bulat
7) Apa-apa permukaan bulat untuk dijadikan contoh bulatan. (Farisha guna penutup bekas air basuh tangan je. Sebab besar dan boleh hasilkan Bunga sebesar 5cm. So, Bila pakai kat baju memang cantik)
8. Pin
9. Gam Pistol 

Cara-Cara
1. Bentangkan kain perca atas permukaan rata ;
2. Lekapkan bekas bulat dan lukis bulatan menggunakan Pen;
3. Gunting bulatan menggunakan gunting ;
4. Ambil jarum dan benang ;
5. Pada hujung bulatan di jahitkan jelujur sehingga habis bulatan;
5. Gunting lebihan benang ;
6. Tarik benang dengan perlahan sehingga kain menjadi berkedut ;
7. Kemaskan bahagian tengah dengan menjahitnya ;
8. Hiaskan dengan manik untuk tampil lagi cantik ;
9. Bahagian belakang brooch lekapkan Pin dengan gam pistol;
  10. Siap!! sedia dipakai di baju (^.^)

Jahitan Jelujur
Cara jahit Jelujur dengan lebih jelas

Bahagian tengah akan jadi macam ni. Jahitkan manik untuk cover lubang tu ye


Ni dia gam pistol
Kalau korang semua malas/kesuntukan masa yang teramat/xpandai nak menDIY, tak pe. Korang boleh aje beli dengan owner Facebook. Klik SINI ok. Memang cantik! Harga kalau tak silap Farisha, yang double layer - RM3.50 satu. Kalau beli banyak dapat lagi murah. Tengok la hasil DIY Wiff Lve ni. 










Lagi satu, korang juga boleh beli Bunga ni kat SINI. Harga tak tahu sebab xpernah lagi tanya. huhu~ Jom tengok Brooch Bunga dia.




Amacam? Terpulang la nak Men"DIY" atau beli je. Tapi pendapat Farisha, baik DIY aje. Senang, Jimat Banyak dan duit boleh beli benda lain! 

Gambar Kredit kat : Tuan Punya gambar. TQ