KISAH SEDIH DURIAN CREPE

 
 Durian Crepe a.k.a DC? Memang tengah femes kat Blog dan facebook kot. Dah lama teringin nak makan sebab mmg gilekan durian..dan rakan2 blogger pun slalu update pasal DC ni. Terliur tengok! *.*

Jadi, Farisha mula tercari2 pembuat DC sekitar kawasan sini dan tanpa berlengah terus buat order DC utk 9 pcs. Total harga RM18.00 ok...1pcs RM2.00..Mahal kan. Kecik aje..Ukuran dalam 5cmx3cm (perghh! lengkap dengan ukuran lagi).. Tapi sebab nak try punya pasal, beli jugak la sebab dekat sangat2 dengan kawasan rumah. Naik motor je. Senang nak cari rumah die..

 Beli banyak2 DC kononnya nak bagi family merasa supaya tidak di label ketinggalan zaman (boleh ke niat cm ni ea?..hehe)

Bila dah dapat DC dalam genggaman, cepat2 pelawa family makan sambil menerangkan betapa femes DC ni sekarang. Tetapi sayangnya, tidak mendapat sambutan. Tak ade yang nak makan. Tak ape la..simpan dulu dalam peti ais..

Dah agak-agak 3,4 jam kemudian, Farisha pelawa lagi. Mak makan 1 pcs je sebab tak minat. Adik,kakak pn same masing-masing makan 1 pcs. Mereka tak teruja pun dengan DC yang hot tu..Ish2!

So, ade lagi 6 pcs DC. Tanpa berlengah, semuanya Farisha yang clearkan...Memang sedap gile kot. Terserlah rasa durian sebenar! OMG!! Tapi sayang Family tak berminat. Mungkin sebab Durian sebenar tiada bandingnya dengan DC. Lagi pun, kat dapur ade lagi stok 15 pcs durian segar belum dirasmi..Ish2..

 Ok..Lepas ni tak nak order dah...Janji dah pernah rasa.

Korang pernah makan tak?? ape reaksi family korang??? Cer citer Cer citer