Alhamdulillah...BRIM 2.0 (^.^)

 
Alhamdulillah~ 
rezeki untuk tahun 2013!

Alkisahnya, sejak pemberian BRIM 2.0 sedia untuk diedarkan, balik keje je jenguk peti surat. kot--kot ada surat dari BRIM 2.0 tapi kecewa tak ada..

Mak Farisha dah selamat dapat Surat dan dah pegi ambil duit tu~

Para Blogger pulak tiap hari update dah terima surat BRIM 2.0~

Hati resah

Buat jugak carian kat google. Ada yang cakap, tunggu surat, telefon atau hantar email.
Option a : tunggu surat : Memang tak ada
Option b : telefon : Dah try tepon banyak kali tapi talian sibuk setiap hari setiap masa
Option c : hantar email

huhuh! semua option telah dibuat dan akhirnya Option c juga yang memberikan jawapan

Hantar email pada 14/02/2013 dan

Akhirnya, pertanyaan mengenai permohonan BRIM 2.0 terjawab pada hari ni, 21/03/2013

==>> permohonan LULUS!!

Patut la surat tak dapat-dapat, 
rupanya Farisha tergolong dalam kelompok kedua~

Agak2 berapa yang Farisha dapat???

RM500 atau RM250??

Jawapan : RM500 ! ^.^

Sebab tahun lepas pun dapat RM500 ni..
Permohonan RM250 individu bujang Farisha tak apply sebab nama dah ada dalam pemberian RM500

NI email yang di beri dan dijawab :



Boleh la guna duit ni nanti untuk repair Skirting kereta yang tercabut tu..kesan melanggar divider disudahi dengan melanggar pasu bunga!

Adui~ lawak pun ada..

Korang pun nak buat pertanyaan tentang Status BRIM 2.0???

Emailkan ke : br1m2@treasury.gov.my

"Assalamualaikum, Salam Sejahtera Salam 1Malaysia
saya XXXX (nama penuh)
ingin bertanyakan status permohonan BR1M 2.0 saya samada lulus atau tidak..
no kp : XXXXXXX

Harap dapat membantu.
Terima Kasih"
Tunggu email dibalas key!
Good Luck ^.^

P/s : Tahniah pada yang dah terima bantuan ni :)

Berita Seterusnya : Semalam merupakan hari jadi Farisha, 20.02.2013 yang ke-27 tahun. Kawan2 belanja makan dan malam ada makan-makan antara keluarga sahaja dimana semuanya disponsor!

Berita terkini : Lunch hari ni, 21.02.2013 akan disponsor oleh kerani di firma ini~ rezeki~ makan free lagi
Pizza~~ Yummiez


PEMBELI NOVEL ONLINE TAK TEGAR?

 
Inilah bahana jika urusan pembayaran Bank dilakukan secara bayaran online. 
Cepat aje jari ni nak keluarkan duit beli barang online..aduyaiiii~

Tapi tak kisahla, demi novel, ku relakan jua~
KOrang mesti kenal bebeno dengan Kaki Novel ni kan???

Novel die sedap dari novel yang lain sehingga boleh dimakan. 

Then, bila order online, harga novel ni lebih murah ie dapat diskaun RM4 bagi setiap novel dan PERCUMA caj penghantaran!

Order le banyak mane pun tapi free aje caj nye~

Meh review Sket Carta Tempahan Farisha ni :-


Ikut carta ateh ni, dah 7 kali Farisha buat belian online Novel di Kaki Novel ni.
Aktiviti gembira ni dimulakan pada , 30/09/2010 dan berhenti setakat 21/10/2011 sebelum Farisha mengembalikan memori belian dengan membuat belian lagi hari ni Jam 4.30 pm, 15/02/2013!!
Dua tahun lepas tu???? Lame tak!
Tak menghilang kemana-mana cuma tak cukup pulus.

Bawah ni senarai Novel yang di beli :-





 


Ini menjadikan jumlah Novel yang dibeli secara online di Kaki Novel sebanyak 17 buah. 

Sikit je kan?? 
Tu sebab namanya peminat tak tegar ^.^

Tapi, belum lagi termasuk novel yang dibeli secara Walk In dikedai2 buku..hihi~

Korang pun nak order?? 

Jom Klik SINI


 

SAPE PERNAH MAIN GAME PUTIH-PUTIH MELATI???

 

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Karna kau tak seputih melati


Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
Karna kau tak seperti melati ohhhh


Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima 


Dengar lagu ST12 - Putih-Putih Melati, teringat zaman kanak-kanak dulu..

Pernah gunakan untuk main permainan Jadi Patung.

sekadar gambar hiasan : Sumber Google

Memula, pemain sekurang-kurangnya 2 orang akan main sep-sep tom-tom menggunakan lagu ni

"Putih putih melati Alibaba 
Merah merah delima Pinokio 
Siapa yang baik hati Cinderella
tentu disayang emak
Mama Papa Daddy Quek Quek -2x
Si kama kaya-kaya Si Kama Kaya-Kaya Jadi Patung! 

Dan, semua pemain mesti mematung ie mendiamkan diri. Siapa yang bergerak dia akan kalah

Indah zaman kanak-kanak dulu. Macam2 permainan

Galah Panjang, Masak-Masak, Getah Zero Point, Baling Selipar, Sep Sep tom tom (Jambatan Sudah Roboh, Malam Yang sepi Pak Mat jual Topi dll), baling guli, penutup tin, dam ular, Jutaria dan banyak lagi yang tak berapa nak ingat  

Sape pernah main permainan jadi patung ni cer komen. Korang pernah main permainan yang macam mana ye ^.^


 

LIRIK OST SETIA HUJUNG NYAWA- MAAFKAN AKU

 
Sape kat sini dilanda Demam Setia Hujung Nyawa??? Jom kite layan video ni reramai ok

p/s : Klik Pause Lagu bahagian Relax Jap belah Kanan Blog ni ye sebelum play video

Nak nyanyi sekali??? Tengok lirik bawah ni :- 

Lirik Lagu: Maafkan Aku - Last Minute  

 (verse 1)
Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku


(verse 2)
Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai


(chorus)

(1)
Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu


(2)
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..


Repeat verse 1 & 2


Chorus


Solo


chorus 1 (slow part)


           2 (normal balik)



 

REZEKI KAWIN! MENANG HADIAH 1ST PRIZE KL SOGO

 
Alhamdulillah~ Farisha menang hadiah 1st Prize dari KL Sogo. 

Bukan kereta dan bukan juga wang Tunai~

Katanya Royal Albert, mati-mati pikirkan kereta, rupanya set pinggan mangkuk..hehe..Jadila

Nak tahu tak macam mane boleh menang????

Ingat tak Farisha pernah tulis enrty mengenai turun KL shopping???? 
Sesiapa yang belum baca, boleh Klik SINI

Nak dijadikan cerita, selepas Shopping tu, Farisha dan En. A masing-masing si borang peraduan "My Favourite Spot! Count and Win" dimana kami perlu mengira bilangan logo Sogo dalam borang tu.

Tak terfikir pun boleh menang sebab Borang ada 1 je. Nak isi lebih2 tak boleh. Mesti ada resit belian minimum RM300 bagi setiap borang peraduan. Resit tu ada 1 je. En. A pun 1 je.

Dan semalam, masa tengah makan Bihun Sup Ayam + Daging (Yummmy!!) Farisha terima panggilan telefon. Siap ada majlis penyampaian hadiah lagi. Mula-mula buat2 dengar tak dengar je. Yela, kot menipu ke kan..Biasa le orang telefon cakap menang cabutan bertuah. Sampai la telefon diletakkan, Farisha masih was-was betul ke tak.

Hari ni, datang je opis, terus google Sogo dan telefon Customer Service. Saja tanya kat tingkat mana customer  service tu. Dan memang BETUL, di tingkat 7.  Google lagi cari peraduan Kira dan Menang SOGO dan memang BETUL hadiah 1st Prize bernilai RM3000.00 seperti yang diperkatakan oleh pemanggil semalam.

Tambahan lagi, pemanggil tu ada emailkan maklumat mengenai penyampaian hadiah + hadiah yang dimenangi.

Jumpa juga flyers peraduan tu

 
Dan semestinya Farisha mengatakan ALhamdulillah~ Rezeki

Tak sabar nak turun KL esok. MOga segala urusan dipermudahkannya

p/s : kalau korang memang suka shopping kat KL Sogo ni, join jela contest yang deorang buat. Banyak lagi hadiah yang deorang bagi terutama setiap kali perayaan~


 

"Topup Giveaway By Syiera"

 

Jemput join GA ni

Tarikh Tamat : 06/03/2013

Klik Banner untuk join 

KEPUTUSAN : MENANG!  INI BUKTI MENANG


 beberapa hari lepas menang, cuba cari balik link ni tapi xde la

tak kisahla, Farisha dah pun inbox facebook penganjur :)

 

WAJIB TENGOK : VIDEO GANGNAM STYLE VERSI LUKISAN!

 
woooooo~ memang kreatif yang teramat la pelukis ni..lukis animasi Gangnam Style dalam Notebook aje~ Dan flipkan laju2

Rugi sape tak tengok..Sebelum tu, klik Stop kat button Muzik belah Kanan Blog ni ok~

p/s : kalau ada iklan dekat video ni, klik pangkah "x" pada iklan untuk tutup

Selamat menonton ^.^




 

GAMBAR KAHWIN FARISHA (PART 1)

 
OMG!! Farisha dah kahwin akhirnya!! alhamdulillah. Bertemu jodoh pada usia 26 tahun 11 Bulan ^.^ 
(ceh! ada 11 bulan yang tak tahan tu..Padahal kalau masuk sekolah confirm umur 27 terus..tak ada nak ikut bulan2..hehe..tua kot)

Tarikh 24/01/2013 yang lalu, Farisha telah selamat di ijab kabulkan dengan En. A dengan hanya sekali lafaz sahaja di Masjid berhampiran rumah. Masa tu, ada 2 pasangan pengantin yang akan di Ijab kabulkan. Berdebar2 jugak la siapa yang akan di Ijab kabulkan dulu. 

Mula-mula, Tok Kadi baca nama pasangan pengantin yang lagi satu, jadi Farisha agak giliran kami yang kedua. 
Tapi masa kedua2 pengantin lelaki bergerak ke arah Tok Kadi, En. A memang duduk betul2 belah kanan Tok Kadi tu Jadi, En. A yang di ijabkabulkan dahulu...huhu~

Farisha kat belakang senyum + posing sakan je..Tambah pulak, pengapit a.k.a Adik-adik Farisha memang jenis menyembang. Tak fokus betul dibuatnya..Cuma time Akad nikah tu kitaorang diam sebab nak dengar lafaz En. A.

Bergema dengan kuat suara En. A lafaz akad..lawak pun ada..jadi, semestinya lafaz tu Sah~ Sape yang tak dengar tu memang ada something wrong la..haha

Majlis Resepsi Farisha berlangsung pada 26/01/2013 dan Majlis Bertandang pada 27/01/2013

Farisha akan menceritakan pengalaman semasa Majlis Berlangsung dalam entry yang lain ok~

Kat sini, Farisha nak share dengan korang sume Gambar-gambar outdoor dulu taw sebab gambar yang lain masih berada dalam simpanan Photographer~ 

Jom skodeng kat bawah 






Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sambungan : nak lihat Gambar Outdoor kami
Klik SINI


 

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"

 
Dah habis cuti 2 minggu sempena wedding Farisha...Rindu dekat semua rakan2 blogger...ni entry GA pertama Farisha! Jom la join,. Syarat senang je

Antara Sponsor :-

 Nak join??? Klik SINI ye..

Tarikh Tamat : 28.02.2013 

KEPUTUSAN : ALHAMDULILAH MENANG!


Ini link menang tu : SINI
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki ini