GAMBAR KAHWIN FARISHA (PART 1)

 
OMG!! Farisha dah kahwin akhirnya!! alhamdulillah. Bertemu jodoh pada usia 26 tahun 11 Bulan ^.^ 
(ceh! ada 11 bulan yang tak tahan tu..Padahal kalau masuk sekolah confirm umur 27 terus..tak ada nak ikut bulan2..hehe..tua kot)

Tarikh 24/01/2013 yang lalu, Farisha telah selamat di ijab kabulkan dengan En. A dengan hanya sekali lafaz sahaja di Masjid berhampiran rumah. Masa tu, ada 2 pasangan pengantin yang akan di Ijab kabulkan. Berdebar2 jugak la siapa yang akan di Ijab kabulkan dulu. 

Mula-mula, Tok Kadi baca nama pasangan pengantin yang lagi satu, jadi Farisha agak giliran kami yang kedua. 
Tapi masa kedua2 pengantin lelaki bergerak ke arah Tok Kadi, En. A memang duduk betul2 belah kanan Tok Kadi tu Jadi, En. A yang di ijabkabulkan dahulu...huhu~

Farisha kat belakang senyum + posing sakan je..Tambah pulak, pengapit a.k.a Adik-adik Farisha memang jenis menyembang. Tak fokus betul dibuatnya..Cuma time Akad nikah tu kitaorang diam sebab nak dengar lafaz En. A.

Bergema dengan kuat suara En. A lafaz akad..lawak pun ada..jadi, semestinya lafaz tu Sah~ Sape yang tak dengar tu memang ada something wrong la..haha

Majlis Resepsi Farisha berlangsung pada 26/01/2013 dan Majlis Bertandang pada 27/01/2013

Farisha akan menceritakan pengalaman semasa Majlis Berlangsung dalam entry yang lain ok~

Kat sini, Farisha nak share dengan korang sume Gambar-gambar outdoor dulu taw sebab gambar yang lain masih berada dalam simpanan Photographer~ 

Jom skodeng kat bawah 






Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sambungan : nak lihat Gambar Outdoor kami
Klik SINI


 

10 comments:

AyueJean AJ said...

Congrats...
COmelnya.... =D
Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat... =D

Anis Zainudin said...

wah...sweet nye :) tahniah akak :) semoga kekal hingga hujung nyawa :)

Farisha Lyssa Farish said...

terima kasih AyueJean dan Anis Zainuddin :)

ANa Ahmad said...

waww..!! hehe ini berita yang menggembirakan hehe.. tahniah kak.. semoga bahagia sampai ke syurga ye :)

kakak AA dah kawin pun ni...ALHAMDULILLAH...

AA bila lagi ek? huhu sabar2.. hehe ;)

Remy hazza said...

sweet sangat...nice pic...semoga berbahagia selalu...... selamat pengantin baru dari remy.....

Nadia Johari said...

tahniah..smoga kekl hingga akhir hayat

are_lin@yu said...

cntik pic kawin..semoga terus berkekalan bahagia ya ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cantik sungguh..selamat pengantin baru utk farisha dan suami

ayut said...

suke gmbr 1st..hihihi.Barakallah...moga kebahagian sentiasa milik farisha dan husband...sori tau tak dpt dtg sbb ada hal :)

Dunia Wilma said...

Selamat pengantin baru Farisha ^_^
Comel + sweet la Farisha dan En. A tu...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...