REZEKI KAWIN! MENANG HADIAH 1ST PRIZE KL SOGO

 
Alhamdulillah~ Farisha menang hadiah 1st Prize dari KL Sogo. 

Bukan kereta dan bukan juga wang Tunai~

Katanya Royal Albert, mati-mati pikirkan kereta, rupanya set pinggan mangkuk..hehe..Jadila

Nak tahu tak macam mane boleh menang????

Ingat tak Farisha pernah tulis enrty mengenai turun KL shopping???? 
Sesiapa yang belum baca, boleh Klik SINI

Nak dijadikan cerita, selepas Shopping tu, Farisha dan En. A masing-masing si borang peraduan "My Favourite Spot! Count and Win" dimana kami perlu mengira bilangan logo Sogo dalam borang tu.

Tak terfikir pun boleh menang sebab Borang ada 1 je. Nak isi lebih2 tak boleh. Mesti ada resit belian minimum RM300 bagi setiap borang peraduan. Resit tu ada 1 je. En. A pun 1 je.

Dan semalam, masa tengah makan Bihun Sup Ayam + Daging (Yummmy!!) Farisha terima panggilan telefon. Siap ada majlis penyampaian hadiah lagi. Mula-mula buat2 dengar tak dengar je. Yela, kot menipu ke kan..Biasa le orang telefon cakap menang cabutan bertuah. Sampai la telefon diletakkan, Farisha masih was-was betul ke tak.

Hari ni, datang je opis, terus google Sogo dan telefon Customer Service. Saja tanya kat tingkat mana customer  service tu. Dan memang BETUL, di tingkat 7.  Google lagi cari peraduan Kira dan Menang SOGO dan memang BETUL hadiah 1st Prize bernilai RM3000.00 seperti yang diperkatakan oleh pemanggil semalam.

Tambahan lagi, pemanggil tu ada emailkan maklumat mengenai penyampaian hadiah + hadiah yang dimenangi.

Jumpa juga flyers peraduan tu

 
Dan semestinya Farisha mengatakan ALhamdulillah~ Rezeki

Tak sabar nak turun KL esok. MOga segala urusan dipermudahkannya

p/s : kalau korang memang suka shopping kat KL Sogo ni, join jela contest yang deorang buat. Banyak lagi hadiah yang deorang bagi terutama setiap kali perayaan~


 

8 comments:

Intan Akma said...

best nyer..tahniah

MAY said...

Wow.rm3000.tp lg best klu die bg voucher or cek kan.haha..

Farisha Lyssa Farish said...

@MAY tu la..kalau voucher shopping,rasanya lagi best! shopping sampai pengsan.. :)

ANa Ahmad said...

hehe..waw... dapat hadiah,, esok ati2 la ye kak turun Kl tu.. jgn laju2.. turun hehe hadiah tu tak ke mana,, kalau ada jodoh dgn hadiah tu la hehe.. :) ermm nanti nak pinjam la pinggan tu hehe ^_____^=Vpeace

ayut said...

ayut dtg stlah mnghilang...huhuhu...link ilang...tahniah dear!best yer... ^^

Nadia Johari said...

mmg reziki kawin..hehe

aynora nur said...

rezeki dan tuah manusia tak siapa yg tahu..tahniah!

Remy hazza said...

alhamdulillah....baru jer tengok set albert king kat sogo 2 minggu lepas...tahniah dari remy.....