TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BABY GIRL

 
Weee~ sambil mengapdate entry ni senyum2 je taw..Yela, dapat anak buah pertama.
Tahniah pada kakak Farisha yang telah selamat melahirkan bayi sulungnya di Hospital Ipoh pada 23/03/2013 Jam 3.49 petang.

Tarikh cantik kan?? Tapi kalau time lahir 3.23 ke lagi cantik..hehe~ 
Baby ni seberat 2.70 kg je. OK la..Bagi Farisha besar jugak la baby ni sebab kakak Farisha tu pun kecik je orangnye..
Mase preggy, baby memang sendat sungguh sampai kepala, punggung berada tepat2 di tempat yang boleh menyebabkan muntah
Memang dugaan sungguh Kakak Farisha tu. 
Alahan teruk dari bulan 3 sampai lahir.
Keluar masuk wad tak yah cakap la.
Cucuk sana, cucuk sini
Lebam2 tangan
Mase die tengah sakit tu, Farisha tengok die menahan sakit pun tak sanggup
Serius keluar air mata tapi tak tunjuk la depan kakak
Macam tu la dugaan ibu-ibu semua

Tapi bila dah lahir, sakit bersalin tu memang berbaloi
Sejuk mata tengok baby
Ceh! macam pengalaman je..hehe

Jom tengok baby. Gambar diambil ketika berusia sehari ^.^





Little Princess with Mak Ngah a.k.a Farisha..hehe

With Grandma
Nama diberi : ???? 
**updated : NURQASEH ALEESYA**
 
 

SEDIH : KASUTKU YANG UZUR

 
Ni la yang dinamakan, jangan memandang pada jenama tetapi pandang pada ketahanan!
Dah berapa kali beli pun masih terjadi lagi kerosakan dan keuzuran begini.
Sebelum ni, kasut yang Farisha beli banyak yang lekang dimamah air hujan + kepanasan
Yela..Hari-hari pegi keje dok pakai kasut yang same
Bila terjadinya perkara cenggitu, Farisha pun mulalah bertukar-tukar jenama kasut
Dalam hati cakap, kasut mahal lebih berkualiti dan tahan kot
Sebab kalau beli kasut yang murah, keras + sakit kaki

Korang tengok la kasut ni, baru je beli 4 bulan yang lepas






Lihatlah dunia! Kasut belah kiri mengalami kekoyakan dibelakang tapak sementelah kasut kanan mengalami kekoyakan di bahagian kiri dan kanan!
Tu baru letak je kasut tu.Kalau pakai masa berjalan, mak aiiii~ lagi terserlah koyak tu.Memalukan betul!

Nak tahu jenama ape?


 
ALAIN DELON!!

Beli kat Jaya Jusco. Takkan kasut tiruan kot..Aduii
Sayang nyer..Overall kasut ni masih cantik lagi
Nak anta kat tukang kasut pun tak boleh kalau dah gaya tapak nyer cenggitu
Kena beli baru la nampaknya
Lepas ni jenama apa pulak???
Hawkeye? Bata?Sentini? Crocodile?
 Semua dah pernah beli tapi barai jugak

Hush Puppies?? Memang tak la..Tengok nama pun dah ragu2 status halal..hehe

 
 

LUNCH KFC, NASI GORENG CINA

 
Rehat Jap je lagi.. 
Kul 1.00 petang..
Sabar Sabar


Menu hari ni : AYam KFC 2 ketul + Kentang Putar
**Staf belanja


Nasi Goreng Cina
** Beli sendiri

Yummy! 
Selamat Menjamu Selera Kawan2 semua ^.^
Apa Menu korang lunch ni??

 

REVIEW KAWIN : KHEMAH + KATERING

 
Oooo~ dah 2 bulan berlalunya Wedding Farisha tapi baru nak upload gambar?? 
hehe~ Maaf la ye

Jumlah Jemputan : 600 pax
Tema Warna : Biru Ungu

Jom kita layan gambar

Bawah setiap gambar ada beberapa cerita yang korang perlu tahu



Nampak tak kerusi pengantin yang putih balut dengan reben tu?? Biasa je kan?? Padahal sebelum Majlis, orang Catering cakap kerusi Putih Sofa. Bile time Majlis, baginya kerusi tu! Dah la batang hidung pun tak nampak. Last2, mase tengah Make up, Farisha call die tanya kenapa kerusi biase je untuk pengantin? Die jawab sebab jemputan 600 orang je..Kalau 1000 baru dapat Kerusi Sofa. Dalam hati punya la bengang! Sebelum tu ko cakap lain. Tapi sebab malas nak gaduh di hari yang mulia, Farisha iya kan jela.
p/s : Masa ni makanan penuh belum dihidangkan lagi


Kalau korang perhati, atas meja tu, ada Ikan 3 rasa. Korang taw tak,mase Budak2 catering sibuk menyembang2 dengan rancaknya, langsung tak nak tengok meja ni, datang la 1 kucing makan sikit ikan tu! Farisha ternampak terus jerit kat budak2 pasal kucing tu! Last2, deorang ganti lauk tu dengan lauk cateringyang biasa. Tu la, menyembang lagi!


Nampak tak lapik meja Daun-daun tu??? Patutnya warna Ungu bukan Meroon. Sebulan Dua sebleum Majlis, kemain cakap ada je warna Ungu., Tiba time nak dekat Majlis, cakap kain ungu tak ada. Alasan : Tak sempat nak belikan. Ya Alla! sabo jela dengan alasan cam tu



Nak diikutkan hati,memang nak marah lagi ni. Patot Hidangan utama letak dalam tray bulat tu dan hidangan sampingan letak dalam tray panjang. Tapi, korang tengok la ape yang ada atas meja tu??



Untuk pengetahuan korang, sebenarnya, setiap khemah ada 4 meja bulat. Tapi, ada dua khemah yang diletakkan hidangan buffet kat tepi, telah di'tiadakan" meja bulat 2 biji bermakna Farisha kerugian 4 meja buat menjadikan kerugian tetamu yang tak dapat tempat duduk sebanyak 40 orang! Time peak hour, memang tempat tak cukup langsung. Nasib baik ayah Farisha ada bangku Plastik buat spare. Keluarkan dan letak kat tepi2 khemah
P/s : Kadang-kadang kita mengharapkan kesempurnaan pada Majlis yang dirancang. Farisha dah rancang benda ni selama setahun lebih tapi ini yang jadi. Servey gila2 orang katering...Tapi ..... hurmm...Nak marah pun tak guna benda dah jadi. Jadikan pengajaran je ^.^

Tapi yang penting,gabungan tema warna biru ungu memang superbb!

 

MAAFKAN CIKGU......!

 
                                          KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya

... tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya 

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

-FG-

p/s : diceritakan sendiri oleh sahabat blogger Abe

Nota Cincin Dijari : Sedihnya.. :(
  

VIDEO : TEKA TEKI PALING SUSAH

 
Sebelum korang proceed dengan play, korang klik Stop kat muzik sebelah ni ye.

p/s : keuntungan RM48. Tak faham??? jom tengok


 

WAJIB BACA : TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT


JOm belajar teknik kempis perut guna teknik self hipnosis
 
hahahaha~

TERIMA KASIH FOLLOWER KE-600

 
Jumaat lepas, Fairsha ada tulis satu entry tentang "kekurangan 1 follower". Kalau belum baca, meh klik sini.
Dan hari ni, berjaya juga Farisha capai follower yang ke-600.
Jadi, dengan baik hati, Farisha nak review sket blog bertuah ni

 Nama :Affy Martin

Tentang Adik Affy ni Farisha Print Screen aje :-

 Adik Affy ni, baru berusia 14 tahun ye uols. Die amatlah rajin join Giveaway. Kalau korang tengok kat posts, penuh dengan entry GA. Bagus dan teruskan usaha. Selain tu, adik rajin-rajinlah join Segmen Tambahkan Follower. Baru dapat ramai follower ^.^.

Bila korang masuk blog adik ni, ternampaklah header yang sangat simple + sweet dan sesuai sekali dengan tajuknya iaitu : Just Me. 




Bila dah terjah dalam2, rupanya, adik ni blogger baru. dan dia ada permintaan :-
 

oh! nak minta tunjuk ajar macam mana nak cantikkan lagi blog.
Ermm..Farisha ada beberapa kawan blogger yang ada buat tutorial tentang blog ni


Jom lawat Blog Adik Affy ni dengan klik kat SINI

 

TERKURANG 1 FOLLOWER

 
Semalam, Farisha tengok followers ada 599. Lagi satu je nak cukupkan 600 dan memang dah berfikir nak buat review untuk followers ke 600.
Tetiba tengok balik followers hari ni, ada 598 je! maknanya terkurang 1 follower 
Apakah maknanya???

p/s : Follow jika sudi. Yang penting, ikhlas berkawan :) Maaf jika ada yang tak selesa dengan gaya penulisan Farisha. 
Teringat lagu "asalkan aku OK!- Awi Rafael"

 

JANGAN LETAK PATUNG DALAM KERETA!

 
Tak tahulah benda ni betul ke tidak. Biasanya, orang dulu2 cakap, jangan letak patung dalam rumah, nanti Malaikat tak masuk. Kalau nak ada patung pun, make sure korang main-main dengan patung tu, jangan jadikan hiasan je.

Tapi sekarang ni, faktanya adalah Jangan letak patung dalam kereta!
Sebabnya, mungkin akan mengundang kemalangan kecil yang tak disangka-sangka

Ini adalah kisah benar Farisha sendiri

Cerita 1 :
Masa mula-mula Farisha beli kereta Persona pada tahun 2011, terfikir nak buat tema kete ala-ala comel. Jadi, pergi la kedai jual barangan Aksesori dan terberkenan dengan Patung Katak yang amat comel. Jadi, Farisha ambil keputusan untuk beli sepasang! Ada geng. Dan letak dalam kereta, di atas sound, tempat duduk belakang.
Duduk le memasing kiri dan kanan
Tu adalah koleksi pertama Patung dalam kereta Farisha ye ouls!
Tak lama lepas tu, Farisha beli lagi Patung Hyppo Pink mini dan letak atas dashboard.
 Tak lama lepas tu, kereta Farisha bergesel dengan kereta Waja.
Salah Farisha kot! tah la..Jalan tengah jem, tetibe budak sekolah main belok je masuk laluan Farisha
Dalam kelam kabut tu, Farisha terbelok sikit je ke laluan kiri dan tergesel dengan kereta sebelah!
Sangat takot time tu dan terus bayar RM100 kan owner Waja tuh! Padahal kete die calar sket je. Sebab takot punya pasal, Farisha ni pompuan, owner tu laki cina dan tak ada sesiapa nak tolong, malam, bayar jela.
Kete Farisha kemek dibahagian tepi tayar kiri depan.
Kos repair RM280!

Patung Katak. Belakang tu geng dia. Bukan bayang ye. Gambar hyppo Pink lupa nak tangkap..Maafkan saya!
 
Cerita 2:
Masa balik keje nak sampai di rumah, kereta pernah bergesel dengan tong sampah jiran depan! WTF! huhu. Habis hitam2. Panjang pulak tu. Sepanjang pintu kereta belah kanan. Nasib baik boleh padam balik dengan polish!

Kete calar2 hitam sebab tong sampah ni memang kaler hitam. Kalau pink, tentu calar pink..muahaha!

Cerita 3:
Tunang adik bawak kereta Farisha buat pertama kali. Baru nak reverse kereta ke belakang, terlanggar ampaian baju! 
Habis calar. Memang nampak walaupun sikit dan guna polish pun tak boleh hilang!
Nasib calar je tak kemek. Kalau tak, guling-guling nangis

Cerita 4:
  Masa di hospital, terlanggar pula dengan  divider batu hitam putih  tu. Time tu hujan memang lebat gila. Skirting belah kiri nyaris-nyaris2 tercabut. Tetapi masih dapat diselamatkan.

Cerita 5 :
Terlanggar pasu bunga dan akhirnya, tercabutlah skirting kiri tu.muahaha!
Kos beli baru : RM270

Time ni, masih tak dapat tangkap lagi apa sebab kereta tu jadi cam tu. Cuai kot!
Jadi, masa honeymoon lepas kawin bulan 1, Farisha pegi ke Cameron Highland dan beli lagi sepasang Patung Strawberi.
   Duduk la mereka bersama-sama dengan Patung Katak dibelakang
Lepas kejadian beli Patung ni, terjadilah peristiwa kemalangan yang dimulakan oleh orang lain.  

Patung Strawberi Cameron Highland
 
 Cerita 6 :
 Pergi ke Jaya Jusco. Masa nak balik, terdengar kereta dihentam dari belakang.
Terus keluar kereta dan cek. Nasib baik tak ada apa2. Calar secoit je. Lega sangat-sangat!

Cerita 7 :
Parking kereta di rumah Mak Mentua. Jam 8 pagi, dengar suara orang cakap opp + bunyi lori!!
Tak lama lepas tu, rupanya lori jiran sebelah langgar belakang kereta Farisha.
Spoiler patah sikit, bonet dah jem tak boleh bukak, dan ada kesan kemek.
Kos Repair : RM380! 
tapi dibayar oleh orang yang langgar tu. Agak lama nak repair balik, sebab Farisha kena guna duit sendiri dulu

Suami Farisha pun pelik kenapa asyik excident je..Lepas dari kejadian-kejadian yang tak habis-habis menyayat hati dan perasaan Farisha, Farisha renung balik apa sebab semuanya terjadi.
Dan terngiang-ngiang tentang cerita Patung.
Apalagi, terus Farisha keluarkan semua Patung yang ada dalam kereta tu

Dan keputusannya : Alhamdulillah. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga ke hari ni. Kete pula, masih kelihatan baru walaupun lagi 3 bulan nak masuk 2 tahun.

p/s : Lepas baca cerita ni, mungkin korang akan fikir, cuainya Farisha. Tapi pernah tak korang fikir, seteror-teror korang bawak kete pun, kete mesti pernah calar atau mengalami kemalangan kecil. JIka bukan sebab korang buat pun, ia mungkin disebabkan oleh orang lain. Dan mungkin kete korang tak ada Patung

Kesimpulannya, lepas ni, Farisha akan lebih berhati-hati.  
Patung untuk hiasan dalam kereta memang tak berapa baik ye uols!
Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang ni ^.^