JANGAN LETAK PATUNG DALAM KERETA!

 
Tak tahulah benda ni betul ke tidak. Biasanya, orang dulu2 cakap, jangan letak patung dalam rumah, nanti Malaikat tak masuk. Kalau nak ada patung pun, make sure korang main-main dengan patung tu, jangan jadikan hiasan je.

Tapi sekarang ni, faktanya adalah Jangan letak patung dalam kereta!
Sebabnya, mungkin akan mengundang kemalangan kecil yang tak disangka-sangka

Ini adalah kisah benar Farisha sendiri

Cerita 1 :
Masa mula-mula Farisha beli kereta Persona pada tahun 2011, terfikir nak buat tema kete ala-ala comel. Jadi, pergi la kedai jual barangan Aksesori dan terberkenan dengan Patung Katak yang amat comel. Jadi, Farisha ambil keputusan untuk beli sepasang! Ada geng. Dan letak dalam kereta, di atas sound, tempat duduk belakang.
Duduk le memasing kiri dan kanan
Tu adalah koleksi pertama Patung dalam kereta Farisha ye ouls!
Tak lama lepas tu, Farisha beli lagi Patung Hyppo Pink mini dan letak atas dashboard.
 Tak lama lepas tu, kereta Farisha bergesel dengan kereta Waja.
Salah Farisha kot! tah la..Jalan tengah jem, tetibe budak sekolah main belok je masuk laluan Farisha
Dalam kelam kabut tu, Farisha terbelok sikit je ke laluan kiri dan tergesel dengan kereta sebelah!
Sangat takot time tu dan terus bayar RM100 kan owner Waja tuh! Padahal kete die calar sket je. Sebab takot punya pasal, Farisha ni pompuan, owner tu laki cina dan tak ada sesiapa nak tolong, malam, bayar jela.
Kete Farisha kemek dibahagian tepi tayar kiri depan.
Kos repair RM280!

Patung Katak. Belakang tu geng dia. Bukan bayang ye. Gambar hyppo Pink lupa nak tangkap..Maafkan saya!
 
Cerita 2:
Masa balik keje nak sampai di rumah, kereta pernah bergesel dengan tong sampah jiran depan! WTF! huhu. Habis hitam2. Panjang pulak tu. Sepanjang pintu kereta belah kanan. Nasib baik boleh padam balik dengan polish!

Kete calar2 hitam sebab tong sampah ni memang kaler hitam. Kalau pink, tentu calar pink..muahaha!

Cerita 3:
Tunang adik bawak kereta Farisha buat pertama kali. Baru nak reverse kereta ke belakang, terlanggar ampaian baju! 
Habis calar. Memang nampak walaupun sikit dan guna polish pun tak boleh hilang!
Nasib calar je tak kemek. Kalau tak, guling-guling nangis

Cerita 4:
  Masa di hospital, terlanggar pula dengan  divider batu hitam putih  tu. Time tu hujan memang lebat gila. Skirting belah kiri nyaris-nyaris2 tercabut. Tetapi masih dapat diselamatkan.

Cerita 5 :
Terlanggar pasu bunga dan akhirnya, tercabutlah skirting kiri tu.muahaha!
Kos beli baru : RM270

Time ni, masih tak dapat tangkap lagi apa sebab kereta tu jadi cam tu. Cuai kot!
Jadi, masa honeymoon lepas kawin bulan 1, Farisha pegi ke Cameron Highland dan beli lagi sepasang Patung Strawberi.
   Duduk la mereka bersama-sama dengan Patung Katak dibelakang
Lepas kejadian beli Patung ni, terjadilah peristiwa kemalangan yang dimulakan oleh orang lain.  

Patung Strawberi Cameron Highland
 
 Cerita 6 :
 Pergi ke Jaya Jusco. Masa nak balik, terdengar kereta dihentam dari belakang.
Terus keluar kereta dan cek. Nasib baik tak ada apa2. Calar secoit je. Lega sangat-sangat!

Cerita 7 :
Parking kereta di rumah Mak Mentua. Jam 8 pagi, dengar suara orang cakap opp + bunyi lori!!
Tak lama lepas tu, rupanya lori jiran sebelah langgar belakang kereta Farisha.
Spoiler patah sikit, bonet dah jem tak boleh bukak, dan ada kesan kemek.
Kos Repair : RM380! 
tapi dibayar oleh orang yang langgar tu. Agak lama nak repair balik, sebab Farisha kena guna duit sendiri dulu

Suami Farisha pun pelik kenapa asyik excident je..Lepas dari kejadian-kejadian yang tak habis-habis menyayat hati dan perasaan Farisha, Farisha renung balik apa sebab semuanya terjadi.
Dan terngiang-ngiang tentang cerita Patung.
Apalagi, terus Farisha keluarkan semua Patung yang ada dalam kereta tu

Dan keputusannya : Alhamdulillah. Tiada apa-apa yang berlaku sehingga ke hari ni. Kete pula, masih kelihatan baru walaupun lagi 3 bulan nak masuk 2 tahun.

p/s : Lepas baca cerita ni, mungkin korang akan fikir, cuainya Farisha. Tapi pernah tak korang fikir, seteror-teror korang bawak kete pun, kete mesti pernah calar atau mengalami kemalangan kecil. JIka bukan sebab korang buat pun, ia mungkin disebabkan oleh orang lain. Dan mungkin kete korang tak ada Patung

Kesimpulannya, lepas ni, Farisha akan lebih berhati-hati.  
Patung untuk hiasan dalam kereta memang tak berapa baik ye uols!
Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang ni ^.^
   

9 comments:

Qaseh Farra said...

comey la patung srawberry tuh !! =)

AyueJean AJ said...

Entahlah...
Tak tau nak komen....
Sebab AJ tak penah dengar lagi...
Selain letak bawah kete tu....
Dalam kete AJ selalu naik, letak bantal petak2 tu je... =D

Sally Samsaiman said...

keta ibu sally langsung takde patung or bantal...

tp xcident selalu sbb org yg buat !!!

bengang...sbb yg kena baiki sally !!

Farisha Lyssa Farish said...

@Sally Samsaiman tu la pasal..kdg2 kita tak salah, tapi org lain yg buat salah..kite yg jadi mangsa

Remy hazza said...

kebetulan......mungkin ada kebenaran sebab malaikat tak masuk dlm keta utk melindungi

N.Aima K said...

wah!! tak pernah terfikir letak patung jd hiasan dlm kereta..bantal je lah kot

Izham Mazlan said...

Apa yg saya selalu buat, lepas beli kereta or motor, baca yassin, amek air yassin tu, basahkan kereta or motor tadi, insyallah selamat. Sampai sekarang saya still amalkan.

Ami Go said...

Tengah cari blog diy keta sesat kesini pulak.Tapi dah alang2 baca tu,eloklah sy kongsi sikit pengetahuan sbg peringatan kita sama2.Syirik kalau kita cakap patung ada kuasa beri mudarat,sedangkan nak gerak pun kena kita yang angkat.kita nak angkat pun atas izin Allah jugak.sama macam kisah nabi ibrahim sakit gigiHati-hatilah dengan iktikad kita,sebab dosa syirik tu tak terampun,nauzubillah minzalik.
Yang pesan org tua2 tu,malaikat tak masuk rumah sebab gambar makhluk bernyawa, bukan sebab patung.
Dalilnya ada hadith masa aisya r.a belikan nabi alas tempat duduk ada gambar haiwan dan nabi suruh buang keluar rumah.Dan patung pulak ada khilaf ulama sebab ada hadis aisyah main patung kuda bersayap dan nabi tak larang.Khilafnya tentang hadis yang awal dan kemudian.
Tapi sebaiknya jauhi perkara yang syubhah kan..
Wallahualam,moga manfaat

Bear Beruang said...

Bro ami go.. Ada jumpa tak blog diy tu? Hehe.. Meh share link