REVIEW KAWIN : KHEMAH + KATERING

 
Oooo~ dah 2 bulan berlalunya Wedding Farisha tapi baru nak upload gambar?? 
hehe~ Maaf la ye

Jumlah Jemputan : 600 pax
Tema Warna : Biru Ungu

Jom kita layan gambar

Bawah setiap gambar ada beberapa cerita yang korang perlu tahu



Nampak tak kerusi pengantin yang putih balut dengan reben tu?? Biasa je kan?? Padahal sebelum Majlis, orang Catering cakap kerusi Putih Sofa. Bile time Majlis, baginya kerusi tu! Dah la batang hidung pun tak nampak. Last2, mase tengah Make up, Farisha call die tanya kenapa kerusi biase je untuk pengantin? Die jawab sebab jemputan 600 orang je..Kalau 1000 baru dapat Kerusi Sofa. Dalam hati punya la bengang! Sebelum tu ko cakap lain. Tapi sebab malas nak gaduh di hari yang mulia, Farisha iya kan jela.
p/s : Masa ni makanan penuh belum dihidangkan lagi


Kalau korang perhati, atas meja tu, ada Ikan 3 rasa. Korang taw tak,mase Budak2 catering sibuk menyembang2 dengan rancaknya, langsung tak nak tengok meja ni, datang la 1 kucing makan sikit ikan tu! Farisha ternampak terus jerit kat budak2 pasal kucing tu! Last2, deorang ganti lauk tu dengan lauk cateringyang biasa. Tu la, menyembang lagi!


Nampak tak lapik meja Daun-daun tu??? Patutnya warna Ungu bukan Meroon. Sebulan Dua sebleum Majlis, kemain cakap ada je warna Ungu., Tiba time nak dekat Majlis, cakap kain ungu tak ada. Alasan : Tak sempat nak belikan. Ya Alla! sabo jela dengan alasan cam tu



Nak diikutkan hati,memang nak marah lagi ni. Patot Hidangan utama letak dalam tray bulat tu dan hidangan sampingan letak dalam tray panjang. Tapi, korang tengok la ape yang ada atas meja tu??



Untuk pengetahuan korang, sebenarnya, setiap khemah ada 4 meja bulat. Tapi, ada dua khemah yang diletakkan hidangan buffet kat tepi, telah di'tiadakan" meja bulat 2 biji bermakna Farisha kerugian 4 meja buat menjadikan kerugian tetamu yang tak dapat tempat duduk sebanyak 40 orang! Time peak hour, memang tempat tak cukup langsung. Nasib baik ayah Farisha ada bangku Plastik buat spare. Keluarkan dan letak kat tepi2 khemah
P/s : Kadang-kadang kita mengharapkan kesempurnaan pada Majlis yang dirancang. Farisha dah rancang benda ni selama setahun lebih tapi ini yang jadi. Servey gila2 orang katering...Tapi ..... hurmm...Nak marah pun tak guna benda dah jadi. Jadikan pengajaran je ^.^

Tapi yang penting,gabungan tema warna biru ungu memang superbb!

 

7 comments:

boni kacak said...

mak aih.. macam mana budak2 catering tu buat kerja?? sampai ada kucing atas meja?? adoiyai

Farisha Lyssa Farish said...

@boni kacak tu lah pasei..cm nak gusti je dgn kucing tu

wID2 said...

ish2.... setahun lebih ok... mesti kna complain mcm ne... bduak2 dia tak buat koje... >.< service hancur.. mmmm nie mesti nak untung je lebih kerja lingkup.. =.= haisss

Maimuna said...
This comment has been removed by the author.
Maimuna said...

Boleh emailkn saya nama katerer tu sbb sy tgh survey utk majlis nov ni.
maimuna7682@gmail.com

Maimuna said...

Boleh emailkn saya nama katerer tu sbb sy tgh survey utk majlis nov ni.
maimuna7682@gmail.com

siti zaleha said...

salam. :) boleh x emailkan nama katerer awk ni. sbb sy tgh survey katering skrg. tq :)

zaleha88@hotmail.com