PENCARIAN SPONSOR 1st BIG GIVEAWAY DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA


 PENCARIAN SPONSOR TELAH TAMAT
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA SEMUA :)
 
Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. Farisha bercadang mengadakan 1st Big Giveaway di blog Farisha ni. Moga-moga ada yang sudi menaja.

1st Big Giveaway ini dijangka akan diadakan pada 15/05/2013 sehingga 15/06/2013 (Sempena pertengahan tahun 2013)


Antara kelebihan menjadi penaja adalah :-

- Url Blog/Facebook penaja akan di letakkan di sidebar blog Farisha

- Jumlah follower di blog Farisha mencecah hampir 650 orang dan akan bertambah lagi setelah giveaway ini di anjurkan
- Antara syarat GA akan mewajibkan peserta GA untuk like / follow / add friend Blog/Facebook penaja. Jadi, jumlah friends/likers di facebook dan blog sponsor akan bertambah 
- Farisha akan membuat promosi Blog/Facebook/Produk anda sepanjang GA dijalankan dalam Blog Farisha
 - memperkenal dan mempromosikan produk/atau barang jualan anda kepada orang ramai

- Anda akan mendapat pelanggan baru

- mengembangkan perniagaan secara langsung atau tidak langsung

- Bagi mengelakkan penipuan dan menjaga nama baik perniagaan anda, Farisha tidak akan mengambil apa2 barang tajaan daripada pihak tuan/puan sebaliknya, apabila pemenang telah diumumkan, pihak tuan/puan sendiri yang akan mengepos barang berkenaan. Farisha akan memberitahu senarai pemenang setelah Giveaway tamat

- semoga anda dimurahkan rezeki


Jika anda berminat menjadi penaja, sila emailkan nama, link Facebook/Blog, Barang yang ingin ditaja dan syarat-syarat tambahan jika ada ke diarisedetiklebih@gmail.com


Terima kasih

UPDATE TERKINI

Penganjur

2 pcs Book Mark Limited Edition Bear Comel x 11  

Penaja 1 : Jam Dinding Limited Edition (Customized)
  bernilai RM 25 + Baucer RM50 x 5
Penaja 2 : Set kecantikan 3 in 1 Nour Ain bernilai RM 52 x 1
Penaja 3 : Produk SNE (Excel Tea)  bernilai RM 75 & 1 hamper cenderahati iringan bernilai RM 20 (10 pcs elips hair serum) x 1
Penaja 4 :  Kain Pasang Cotton 4 meter bernilai RM 30 x 1
Penaja 5 : Top Up RM 10 x 3
Penaja 6 : Haruman Kasturi Puteh Syifa bernilai RM 35.90 x 1
Penaja 7 : Baucer Anis Felt Craft 10% x 3 
Penaja 8 : Shawl Half Moon Sakura bernilai RM 45 x 1 
Penaja 9 : Shisheido Black Mask 5pcs bernilai RM 18 x 1 & Adjustable Slimming Belt bernilai RM 40 x 1
Penaja 10 : Review Blog x 3
Penaja 11 : Top Up RM 10 x 1 , RM 5 x 2 
Penaja 12 : Review Blog x 2 
Penaja 13 : Serbuk Cheese bernilai RM 75 x 1
Penaja 14 : Review Blog x 3 
Penaja 15 : Header Blog x 5
Penaja 16 : Top Up RM 5 x 1
Penaja 17 : Mini Fondue Porselin bernilai RM45 x 1  
Penaja 18 : 1) Trial Set Vital Energy Whitening Lotion (Toner) bernilai RM 80 x 1
2) Vital Energy Q10 Lotion (Toner) + Compressed Mask bernilai RM 85 x 1

Penaja 19 : Chocolate Love Box bernilai RM 25
 


 

ADA SESIAPA NAK SPONSOR REVIEW BLOG / DOODLE / TOP UP UNTUK GA FARISHA??

 
Dijemput korang yang baik hati untuk sponsor hadiah berikut sempena GA Farisha yang akan datang

Review Blog
Free Doodle
Top Up

Budi anda amat dihargai

Jemput baca entry INI untuk maklumat lanjut 

Sekian Terima Kasih

STATUS :PENCARIAN SELESAI
 

ANAK KECIL MAIN API~

 
Anak kecil main api.♫♥♫♥. * . *
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.♫♥♫♥. * . *

Nenek moyang kaya-raya.♫♥♫♥. * . *
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman.♫♥♫♥. * . *

Indahnya bumi kita.♫♥♫♥. * . *
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri.♫♥♫♥. * . *

Jangan buang waktu lagi.♫♥♫♥. * . *
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa.♫♥♫♥. * . *
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara.♫♥♫♥. * . *

Kita kan gagah di nusantara.♫♥♫♥. * . *
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia.♫♥♫♥. * . *
.♫♥♫♥. * . *.♫♥♫♥. * . *.♫♥♫♥. * . *
P/S : Lagu yang membakar semangat
 

REZEKI MENANG TANPA BERTANDING

 
Menang tanpa bertanding!! Yeahhhh! Ni lah yang dikatakan rezeki terpijak
Chewahh!! Ayat macam menang pilihanraya jek padahal mengundi pun belum lagi dibuka
Jadi, Farisha menang apa ek?
Farisha ada join satu Giveaway seperti di entry 

Dan menang sebab hanya Farisha sorang je join
muahaha!
Baru jek tadi owner GA tu mesej.
Hadiah akan diposkan esok
Apakah hadiahnya??

Adakah ini?


Atau ini?


Atau dua-duanya sekali??

Lepas ni, kalau owner tu buat GA lagi, korang join la jugak ye
Support Blogger


ZALORA NAK BAGI BAUCER RM50 (PART 1)

 
Selamat petang silent readers & blogger semua ^.^ Semoga semuanya sihat belaka
Yang tak sihat tu makan ubat eh..

Entry hari ni agak hot sebab Zalora nak bagi Farisha baucer membeli belah RM50!!
Jeles je tengok kengkawan semua upload barangan yang mereka beli dari Zalora menggunakan baucer percuma tu taw

Korang tahu ke Zalora tu ape?? Mestilah tahu kan??
Yang jerit2 tu..Tengokla kat TV ye..hehe
 
Buat masa ni, Farisha masih berbalas email dengan pihak Zalora

 Kalau korang belum dapat baucer free tu dan telah terbaca entry farisha ni, cepat komen 
yang korang nak jugak tahu cam ne formulanya

p/s : Bagi yang dah beli dengan Zalora, Tahniah diucapkan..
Ketinggalan la Farisha ni..
Sedang terfikir2 nak beli apa dengan Baucer tu..lalalala (*-*)

****PART 2 updated!!! ****
Klik SINI

 

DIARI HAMIL : CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN BAYI


 
Siapa kat sini akan jadi "Mummy to be"??
Angkat tangan ! ^.^
Farisha nak share dengan korang checklist barangan keperluan bayi untuk menyambut bayi baru lahir terutama kepada mummy yang pertama kali akan menjadi ibu

Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
 
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon - Farisha guna Krim Herba Telon keluaran Tropika (ohsem gila!)6x repeat order
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Cungkil Telinga (putik kapas)
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik) -manual meletihkan. digalakkan guna elektrik
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Untuk kelengkapan ke Hospital, sila lihat bawah :-

Kelengkapan ke Hospital
Untuk Ibu
1) Kad Lawatan Hospital/Buku Merah (wajib)
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 1
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku - yang ni beli masa dah masuk wad pun tak pe
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera- untuk tangkap gambar
16) Air/Minyak Selusuh - minyak selusuh tidak dibenarkan dibawa kehospital
dikhuatiri belum masa melahirkan dan ibu akan mengalami sakit teruk.
Kalau nak bawa juga, sila simpan dalam bekas air minuman supaya nurse tak syak..hihi~
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik (isi baju yang dah dipakai a.k.a baju busuk..hihi)
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad (menghindarkan baju basah akibat susu badan yang meleleh) - 4
25) Nursing Bra - 4
- Perhatian! Barang kemas tidak dibenarkan dipakai -

Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 10
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi - tak perlu rasanya sebab hospital akan mandikan baby.
Tapi kalau nak prepare siap2 apa salahnya
8) Selimut/Bedung -2
9) Barut - 5
10) Topi - 1
Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah - tak yah pun tak pe sebab korang boleh tengok tv.
ada kat rumah dah kan?
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti)
15) Tukang Urut - yang ni penting bagi membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan sakit2 badan/memecahkan angin

 Ini merupakan tambahan kepada Set bayi di atas
Diapering
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
(Farisha menggunakan jenama NappiKleen) 
Baby Care & Grooming
1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls
Nursering
1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)
Feeding 
1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos
Travelling
1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier
Bathing
1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung
Extra 
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear

Semoga bermanfaat (',')


UPDATED!! as at 30/09/2013

Nak tahu Farisha shopping barang online dimana??

1. BreastPump Murah - SINI


2. Set Lengkap Kehamilan - SINI

3. Set penyimpanan susu ibu- link dah terpadam..Tapi tak pe.
Farisha akan berikan link facebook tersebut..Korang boleh beli dekat D'Baby Care (Klik SINI) Harganya murah~
Macam ni rupa cooler bag yang Farisha beli
beli set ada beg, botol kosong,ice pack,plastik simpan susu
Rm55 je :)

NAK DAPAT HADIAH SURPRISE TAK SETIAP BULAN??

 
Orang perempuan confirm suka dengan benda ni!! yeay!! tak ketinggalan jugak buat para lelaki aka suami/boypren yang ingin memberi kejutan buat pasangan memasing

 Pernah dengar tak tentang WonderBox aka Beauty Box??
Baru je beroperasi sejak Bulan 10, 2012
Kalau korang nak tahu, beautybox nie merupakan kotak yang cantik dan di isi dengan macam-macam alat kecantikan bermula daripada makeup, lipstik, perfume, produk penjagaan rambut, produk penjagaan muka, produk penjagaan kesihatan dan lain-lain lagi!
Setiap bulan korang akan dapat beautybox yang berbeza-beza isi kandungannya, takkan sama dengan beautybox yang lepas-lepas..
Didalam Wonderbox ni korang akan dapat 5-6 sample barang-barang yang Farisha bagitahu tadi, kadang-kadang korang akan dapat 1-2 full size produk taw sekali dari Wonderbox, dapat voucher dan bermacam-macam lagi la yang ada kaitan dengan dunia kecantikan..  
Wonderbox beautybox ni sesuai sangat-sangat bagi sesiapa yang suka mencuba pelbagai jenis produk.. 
Kira korang boleh try dulu samada sesuatu produk tu sesuai atau tak dengan korang sebelum korang nak beli.. 
Baguskan dengan adanya Wonderbox ni kita boleh berjimat sebelum beli apa-apa produk yang kita tak tahu sesuai atau tak untuk kita.. 
Kalau beli sesuatu produk sebelum try mungkin akan membazir kalau tak sesuai, dah beli besar-besar mahal pulak tu last-last tak pakai, duduk menyemak je atas almari makeup.. 
Dengan Wonderbox juga kita akan dapat peluang untuk mencuba pelbagai-bagai jenis produk kecantikan yang selama nie kita tak pernah pun tahu produk tu wujud. 
dan yang paling paling paling best dengan adanya Wonderbox ni kita boleh merasa guna produk yang mahal-mahal yang kadangkala kita tak mampu nak beli.
WonderBox ni bekerjasama dengan Jenama terkenal seperti di bawah



Amacam?? ok tak?

Jom kita tengok WonderBox setiap Bulan dapat apa?

Jeng Jeng Jeng







  Hadiah Wonderbox korang untuk bulan April adalah :

Tak tahu lagi! Surprise ^.^

Farisha dah pun bayar RM39.90 ni..hehe
Tak sabarnye nak dapat WonderBox bulan ni !


 KOrang boleh buat bayaran guna MOLPAY - jika nak bayar dengan Maybank2u, CIMB clicks dll
Kalau ada kredit Card, boleh guna PAYPAL

JOm la joinsekali
Klik SINI untuk daftar

p/s : Nanti dah dapat WonderBox ni boleh la kita same2 update blog tentang benda ni ^.^
 

MAJALAH HARMONI NAK INTERVIEW FARISHA- PART 2

 
Sesiapa belum baca Part 1, Baca sana dulu ye untuk mengetahui kisah sebenar

Part 2 ni Farisha nak bagitahu keputusan hasil carian Nota & Buku-Buku tu adalah ->> POSITIF!!
Ini bermakna Farisha masih menyimpan koleksi tersebut

Hasil carian kedua- Kad-Kad Telefon ->> NEGATIF!! 
Sudah buang :(

Tak pela..Janji Koleksi yang pertama tu ada.

Kita tunggu jela sama ada kisah Farisha akan dimasukkan dalam Majalah Harmoni atau tidak ye

Papehal Farisha update

 
 

VIDEO COMEL : AJAR BUDAK MENGAJI

 
sangat comel dan lucu gaya budak ni bila ayahnya mengajar dia mengaji. Comel sangat. Alhamdulillah, ayahnya walaupun tegas dan nampak garang tetapi selitkan perkara lucu untuk anaknya. Suka tengok video ni, mengajar kita bahawa betapa pentingnya untuk didik anak dari kecil untuk kenal Al-Quran. Jom Tengok.


bayangkan kalau budak ni tengok balik video ni, mesti akan jadi kenangan yang manis buat dia. bukan unsur lucu saja yang ada dlm video ni, tapi maksud tersirat yang nak disampaikan. betapa pentingnya untuk didik anak-anak dari kecil untuk kenal Al-Quran. Bukan sekadar membaca, tapi memahami dan mengamalkannya. semoga dia akan jadi anak yang soleh suatu hari nanti untuk ayah,ibu, keluarha dan paling penting untuk agama Islam tu sendiri. :)

 
 

DIARI HAMIL : PREGGY : PERLU KE POST?

 
Tiap-tiap hari bukak facebook dan tengok status kawan2. Rajin betul deorang update status memasing
Farisha memang jarang post kisah2 tentang diri sendiri di Facebook melainkan jika tengah bosan tahap maksimum (dalam sebulan 4,5x bosan)

 Yang selebihnya, Farisha hanya share & like je
Sejak hamil ni, Farisha tak pernah post status tentang kehamilan di facebook
Sebabnya tak berapa suka publisiti (ceh! macam retis plak)
Kot la ada yang dengki ke,...nak ambil kesempatan ke..
Sebab akaun di Facebook lebih bersifat peribadi
Lagipun, kesian pada kawan2 yg dah lama nak anak tapi tak dapat
(ada la sorang tu)
Baby dalam perut pun kecil lagi..
Bila dah lahir, baru upload kat Facebook
"taw-taw dah ada anak kate mereka"

Macam kawan2 Farisha yang lain, keputusan Urine Test, MUntah2, sakit itu ini, mengidam itu ini, rindukan suami yang jauh mase preggy., pun nak post.

Farisha hanya share sedikit2 tentang preggy ni di blog sahaja sebab orang tak kenal kita secara peribadi

p/s : BIarlah rahsia lebih selamat :) Setiap orang ada pandangan yang berbeza ^.^

 

"give away paling simple by cikgadis"

 
Klik Banner untuk join

Tarikh Tamat : 07/05/2013

Nak tag : 
Ain Kalam

Keputusan : Alhamdulillah Menang. Rezeki. Dapat Top UP


 Link Menang : http://tulisangadisbosan.blogspot.com/2013/05/pemenang-giveaway-paling-simple-by.html
 

Mega Topup Giveaway

 
!Assalamualaikum!
Bismillahirahmanirahim..pada hari ini .blog Nabila Biela dan Aisyah Humaira' merasmikan Mega Topup Giveaway. Nama pun topup giveaway, konfemlah hadiah pun semuanya topup. Sebanyak 70 hadiah topup yang bernilai RM5 keatas yang menanti anda! Sebelum tu jom tengok syarat-syarat segmen kali ni:

SYARAT-SYARAT

1) Follow dan like FB pages para sponsor
2) COPY PASTE ENTRY NI dan backlink kan banner di atas ke blog Nabila Biela atau Aisyah Humaira'*salah satu sahaja* #PASTIKAN LINK SEMUA HIDUP
3) Letak link entry tersebut di komen entry Aisyah Humaira' SAHAJA
4) Tamat pada 13/4/3013*seminggu sahaja*

FOLLOW SPONSOR dan FOLLOW G+

Nabila Biela 1 Aisyah Humaira' 1 Aku Penghibur 1 Fieyna Girang 1 Natrah Adnan 1 Tauke Mykedai 1 Sharia Nadirah 1 Fizz Graphic 1 syazlina saad

FOLLOW G+


LIKE FB SPONSOR


SENARAI HADIAH

10 ORANG TOP REFFRAL
RM30 X 1
RM10 X 9
60 ORANG RANDOM
RM10 X 8
RM5 X 52
SEMUA SEKALI 70 ORANG PE
MENANG!!

SEGMEN INI DITAJA OLEH:

Mega topup giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Biela dan Aisyah Humaira' dan disponsor oleh  Aisyah Humaira',Fuh dot My, Pingje dot org, Aku Penghibur, Cikgu Hailmi, Fieyna Girang, Natrah Adnan, Tauke Mykedai , Sharia Nadirah, Nur Alja, Cik Yaya, Mohd Nasir, Ibnuismail Ismail, Arol Mubin, Aien Hermionie, Sare Says dan Nurul Firzanah, nabilah ahmad, shazlina saad, sheila eiman, cik hawa, shaila, Cik amabee, dhia akma, shakirah rosli, heirizaliana yana, honney robbi, asma' sah, aliya, dan dysha sahhir.

p/s: Entry ni wajib di copy paste oleh para peserta dan para sponsor boleh join sekali=)
 
DAH CUBA COPY PASTE FOLLOW G+ & LIKE FB SPONSOR UNTUK DIMASUKKAN DALAM ENTRY NI TAPI TAK BOLEH..MAAF YE

KEPUTUSAN : MENANG LAGI!! RANDOM RM5 (TOP UP)
LINK MENANG : SINI