DIARI HAMIL : CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN BAYI


 
Siapa kat sini akan jadi "Mummy to be"??
Angkat tangan ! ^.^
Farisha nak share dengan korang checklist barangan keperluan bayi untuk menyambut bayi baru lahir terutama kepada mummy yang pertama kali akan menjadi ibu

Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.

Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
 
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon - Farisha guna Krim Herba Telon keluaran Tropika (ohsem gila!)6x repeat order
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Cungkil Telinga (putik kapas)
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik) -manual meletihkan. digalakkan guna elektrik
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Untuk kelengkapan ke Hospital, sila lihat bawah :-

Kelengkapan ke Hospital
Untuk Ibu
1) Kad Lawatan Hospital/Buku Merah (wajib)
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 1
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku - yang ni beli masa dah masuk wad pun tak pe
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera- untuk tangkap gambar
16) Air/Minyak Selusuh - minyak selusuh tidak dibenarkan dibawa kehospital
dikhuatiri belum masa melahirkan dan ibu akan mengalami sakit teruk.
Kalau nak bawa juga, sila simpan dalam bekas air minuman supaya nurse tak syak..hihi~
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik (isi baju yang dah dipakai a.k.a baju busuk..hihi)
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad (menghindarkan baju basah akibat susu badan yang meleleh) - 4
25) Nursing Bra - 4
- Perhatian! Barang kemas tidak dibenarkan dipakai -

Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 10
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi - tak perlu rasanya sebab hospital akan mandikan baby.
Tapi kalau nak prepare siap2 apa salahnya
8) Selimut/Bedung -2
9) Barut - 5
10) Topi - 1
Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah - tak yah pun tak pe sebab korang boleh tengok tv.
ada kat rumah dah kan?
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti)
15) Tukang Urut - yang ni penting bagi membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan sakit2 badan/memecahkan angin

 Ini merupakan tambahan kepada Set bayi di atas
Diapering
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
(Farisha menggunakan jenama NappiKleen) 
Baby Care & Grooming
1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls
Nursering
1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)
Feeding 
1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos
Travelling
1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier
Bathing
1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung
Extra 
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear

Semoga bermanfaat (',')


UPDATED!! as at 30/09/2013

Nak tahu Farisha shopping barang online dimana??

1. BreastPump Murah - SINI


2. Set Lengkap Kehamilan - SINI

3. Set penyimpanan susu ibu- link dah terpadam..Tapi tak pe.
Farisha akan berikan link facebook tersebut..Korang boleh beli dekat D'Baby Care (Klik SINI) Harganya murah~
Macam ni rupa cooler bag yang Farisha beli
beli set ada beg, botol kosong,ice pack,plastik simpan susu
Rm55 je :)

31 comments:

cenderamata dari hati said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

maaf tumpang iklan

(alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)

KN said...

Ada tak kedai barang bayi online yang menyediakan set lengkap yang awak pernah try. Baru dapat nak dapat anak sorang.

Nyss said...

Thanks for sharing! Info yg sgt bguna esp utk new mommy mcm saya... :)

eamy milea said...

Thanks for sharing...amat2 berguna untuk sy

raja khairunnisa said...

Thanks for sharing!im a new mommy too.info yang sangat-sangat berguna:)

Illy Ariffin said...

thanks tau share list ni :) berguna sgt

Jue Hairul said...

Tq sharing..sgt berguna utk new mommy mcm sy

Anisah Abd Rahman said...

Terima kasih sharing.

Malone Chan said...

Salam Puan-puan,

Di sini kami ingin memperkenalkan diri kami sebagai pakar membuang batu hempedu. Kami tahu bahawa ramai wanita yang telah bersalin diserang batu hempedu. Malangnya, sering kali mereka diseru membuang hempedu yang merupakan kurniaan Tuhan.

Kini, Agro pluz Biotech Sdn Bhd telah mengkaji produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral. Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin dalam 12 jam sahaja.

Hubungi kami di 012 3688 507 (Jloh), 016 650 3131 (Jmin) atau emel agropluz@gmail.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

Miss Meen said...

Sis!!!! tq for sharing sy follow instruction anda okey hehhe :)

Miss Meen said...

Sis!!!! tq for sharing sy follow instruction anda okey hehhe :)

AnaKin said...

Thanksss sis. Kite baru copy list. Hihi

AnaKin said...
This comment has been removed by the author.
AnaKin said...
This comment has been removed by the author.
MommaOnnee said...

dapatkan SET BERSALIN MODEN di sini....terutama buat ibu2 yang tidak suka jamu & tak dibenarkan oleh doktor utk ambik jamu jika bayi didapati ada G6PD...

inshaAllah, ibu2 pasti suka & jatuh cinta...

http://honeyonnee.com
hubungi saya utk info lanjut : 0193121609

Raihanah Ahmad said...

Banyak info kat sini. Jom ziarah saya pula http://vitamincerdik.blogspot.com/search/label/set%20berpantang

Set bersalin Shaklee selamat untuk ibu dan bayi insyaAllah

MamaDiab said...

Kepada sesiapa yg mencari Sudu Bayi Boon Squirt Murah, boleh lah lawati kami di https://facebook.com/casadiab

Azimah Khamis said...

thnks dengan perkongsian yang berguna

sinarhidupsihat.blogspot.com

norhamimah ibrahim said...

Kalo minat nak beli bpump murah boleh masuk fb/bmamabiz.com

Shasha Ng said...

Thanks for sharing sis !

Noorsalwati Mohamad Noor said...

Thanks sis...info dlm blog ni amat berguna untuk saya..sebagai ibu utk pertama kalinya..semoga Allah memberi ganjaran pahala dengan perkongsian ini..insyaAllah

MummyGojez said...

hai!

tq so much sebab byk bg panduan. senang sikit bila review blog ni pny info. kepala pun tak pening. list dah ada tinggal nk terjah wxpo kat pwtc nnt je

MamaOnneeHumayraa said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

buat mom to be yang masih tercari-cari set bersalin/berpantang yang sesuai, boleh try Set Bersalin Moden Shaklee..ada yang berharga serendah RM215 untuk kegunaan selama 44 hari berpantang dan sambung terus utk menjayakan misi penyusuan ibu ..

kenapa set bersalin shaklee bestt??
- boleh ambik bila-bila masa walaupun anak ada jaundice atau g6pd
- kurang sembelit
- bdn lbh cergas, kulit semakin cantik
- mmebantu ibu utk kurus
- kurangkan masalah rmabut gugur dengan efektif

saya dah cuba..ternyata sangat2 beza anak 1st & anak 2nd....

boleh singgah blog ni, kalo nak tau lbh detail

www.vitaminhouz.com

Roazian MD Noor said...

Thnaks info yang sangat berguna

MiniTart said...

Tq share, sgt berguna utk sy yg baru nak dpt 1st baby, moga kita semua dpt manfaat =)

Mashitah Mamat said...

BERMINAT NAK BERNIAGA PART TIME?TAWARAN BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH

aeinna Musa said...

DONE FOLLOW #1357

tq for sharing

mz mimi said...

Tq for da info ye farisha...☺

Nazmiah Abdullahsani said...

tq.. at least dh ada guidelines nk beli brg2 ansur2..

Nazmiah Abdullahsani said...

tq.. at least dh ada guidelines nk beli brg2 ansur2..

ct cheery said...

Tips yg bagus. TQ for sharing