FLASHBACK : DIGERAK DAN DICENGKAM HANTU??

 
Weeee~ seram pulak Blog ni asyik citer pasal hantu je..Dah macam Blog Paranormal..btw, Ni merupakan kisah benar ye. Bukan dogengan kerana Farisha sendiri yang alami kejadian ni. Bukan satu dua ye tapi banyak! Cuma tak nampak muka je.Semalam Farisha buat pertama kalinya nampak hantu. Nak tahu hantu apa??? Baca SINI

Kisah Benar 2

Kejadian kedua ni berlaku masa Farisha berada dalam Tingkatan 1. Wah! lama tak nampak hantu ni sejak kejadian pertama yang lepas. Dekat 5 tahun tu! OK..Berbalik pada cerita, waktu tu merupakan tengah hari sekitar Jam 12 - 1 hari Sabtu/Ahad. Tak berapa ingat hari apa tapi hari minggu la.. Farisha macam biasa la time cuti2 tido la kejenye. Masa tu berseorangan je kat rumah.Tengah lena tidur tu,ada seseorang kejutkan suruh bangun tidur sebab Mak balik dan belikan baju sekolah + peralatan sekolah. Suara macam adik Farisha. Riuh rendah deorang pilih-pilih baju masing-masing. Farisha betul2 malas nak bangun. Lagipun fikir jap lagi pun boleh tengok baju tu. Yang adik ni tak puas hati dan terus gerak sambil cengkam bahu Farisha kuat-kuat suruh bangun jugak. Tah macam mana adik give up dan dia terus pergi.

 Farisha pun terjaga bila dengar rumah sunyi je. Cam pelik.Tengok orang sebelah tak ada pun. Bahu Farisha?? Serius rasa sakit seperti selepas dicengkam kuku yang tajam + panjang. Bila keluar bilik, mak aiii! seorang pun tak ada!! Farisha je kat rumah tu. Adik + Mak tak balik lagi. Tiba-tiba dah rasa seram @-@

Dalam 10 minit, Adik + Mak balik sambil memegang beg plastik yang mengandungi barang-barang sekolah + Baju. Riuh rendah rumah dengan suara adik memilih baju masing-masing.
Kenapa kejadian sebelum ni macam sama je lepas bangun tidur ni???

Farisha dah pelik, Kalau Adik + Mak baru balik, Siapa pulak yang kejutkan Farisha tadi??!
Seram! Nasib baik tak terjaga masa dia tengah gerak tu. Kalau tak,pengsan kot!
Lepas kejadian ni, taubat dah tak nak tidur tengah hari melainkan ada keluarga dirumah

Bagi korang yang teringin nak jumpa@ nampak hantu, silalah bawak mengucap + sembahyang taubat!
Kenapa ye?? Nak tahu sebabnya,
Nantikan sambungan dalam Kisah Benar 3 " Flashback : Hantu Pocong"


4 comments:

Lelaki Ini said...

nasib baek tak bangun. hehehe

boni kacak said...

baiklah.. kenapa lah saya terbaca kisah ni time2 pagi buta ni,adoi.. dah seram dah ni.hahaha

Deqla Manjew said...

byknye kisah seram.. deqla penah kena tindih ngan hantu pas tu nmpk bygn hantu tu.. seram amat tau..ada deqla citer kat blog jugak.. ;)

QasehnyaRania said...

mmg tak suka tido siang