FLASHBACK : HANTU DI TOILET SEKOLAH!

 
 **Kisah ni tak berapa seram**

Kisah Benar 1
 
Teringat kisah masa pertama kali Farisha ternampak bayang-bayang yang amat pelik dalam toilet sekolah!
Masa tu, Farisha belajar dalam Darjah 2 di sebuah sekolah di Chemor ,Perak. Suatu petang dalam kelas, rasa nak "terkucil". Farisha pun ajak la kawan sorang teman. Masa masuk dalam toilet tu, hanya Farisha + kawan sahaja yang ada.
Keadaan toilet seperti dalam gambar


Masa kejadian, Farisha berada dalam toilet no. 2 dan kawan Farisha dalam toilet no. 1. 
Lantai toilet tu basah mungkin lepas dicuci oleh cleaner.
Masa tengah mencangkung tu, Farisha ternampak bayang--bayang kaki manusia bergerak dari pintu masuk terus ke toilet no. 3 atau pun ke tempat pancuran air untuk mandi
Tapi tak ada pulak apa-apa bunyi tapak kasut
Hati tiba-tiba rasa pelik dan terus keluar dari toilet. Terus je Farisha usha toilet no. 3 sampai la ke hujung pancuran air mandi tu. 
OMG! memang tak ada siapa2 pun yang masuk tadi!
Dan FYI, pintu masuk itu hanya satu2 pintu untuk keluar dan masuk
Terbayangkan hantu, terus la Farisha tunggu kawan tadi kat luar toilet je..
Dalam hati cakap, confirm nampak bayang hantu tadi sebab teringat kisah sekolah tu yang pernah menjadi tapak tentera Jepun!
Nasib baik la selamat & tak nampak muka hantu tu
Lepas tu Farisha tanya kawan ada nampak tak sesiapa masuk dalam toilet tadi dan dia cakap tak ada
@-@

P/s : Kat sekolah tu ada satu pokok sebesar 3 pemeluk orang dewasa dan kebesaran dahannya menutup hampir kesemua pelajar dari Darjah 1 - 6 yang berhimpun di bawahnya! Dengar cerita, pokok tersebut pernah cuba dipotong dan dibakar namun gagal! Sehingga waktu itu, masih ada kesan bakar pada pokok tu yang dilihat seperti pintu
Cerita lain, ada pelajar yang rasa dipanggil untuk ke pokok tu dan dia hilang tanpa khabar berita selepas masuk melalui pintu pokok
Wallahualam~

Nak tahu sambungannya?? Baca Kisah Benar 2 --->> Klik SINI

6 comments:

Sherlyanna angiela Martin said...

Wah.. Farisha punya pengalaman ni buat saya seram... kalau sayalah,, masa dibelakang sekolah tu.. saya nampak di dalam pusat sumber sekolah tu macam ada orang yang berdiri, saya tidak dapat pastikan betul,, yang saya nampak macam rambut, rambut hitam panjang... ehh.. seram juga saya tengok.. tapi saya abaikan saja.. saya fikir itu cumalah ilusi atau kesilapan mata saya ni memandang...

hana hadi said...

ada kucing lalu kot. lagipun kucingkan panjang jadi bayang2 senang nampak dan xdengar bunyi. think positif ok :)

boni kacak said...

uish..agak menakutkanlah cerita tu.nasib baik tak nampak kan.. yang pokok tu memang besar ye.. agak2 sekarang ada lagi tak pokok tu ye?

DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA said...

@hana hadi kalau betul kucing, xde pun kucing yang Farisha nampak..sebab xsampai 30 saat farisha dah pun keluar dari toilet tu untuk tengok2 keadaan

DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA said...

@boni kacak yup..masih ada lagi..seram jugak bila tengok pokok tu sebab banyak pokok langsuir kat atas dahan pokok tu

Deqla Manjew said...

best pulak baca citer hantu ni..hihi..sekolah mmg berhantu kan.. sekolah deqla pun dulu asalnya hospital, pas tu buat sekolah pulak..ish.. mmg mcm2 citer hantu kami dgr.. kalo ke toilet skolah pun mmg seram je rasa..mmg x berani la kalo pegi sorg2.. rasa mcm ada yg memerhati je.