DIARI RESEPI : IKAN 3 RASA YANG SANGAT SIMPLE DAN SEDAP

 
Selama ni duk fikir mesti susah nak masak Ikan 3 rasa
Sejak2 kawin ni, barulah Farisha terhegeh2 ambil resepi dari mak
Masa menyalin resepi tu, tak sangka sangat simple! ^.^
Semalam, testing buat Ikan 3 rasa dan menjadi
Husben pun cakap sedap sebiji macam rasa kat kedai..hehe
Jadi disini, Farisha nak share dengan korang resepi yang special ini

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Bahan utama tentulah Ikan Siakap! Beli dekat Mydin..Saiz sedang-sedang je..Harga dalam RM7.99 sekilo..huhu

Siang dan bersihkan ikan macam biasa. Lumurkan badan ikan dengan limau kasturi @ asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan
Dalam entry ni, Farisha gunakan limau kasturi dan rendam jap dalam air selama 5 minit


Selepas ikan telah bersiram dan merelaxkan dirinya dalam air tersebut, 
basuh ikan dengan air biasa dan
lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga masak.
Biar rangup sedikit baru sedap!
Angkat dan letakkan dalam piring besar

Bahan Kuah 3 rasa

1. Bawang Merah / Bawang Putih / Halia / Cabai Kering (di kisar/ blender)

***nak ganti cabai kering dengan cili boh / cili giling pun boleh***

2. Potong Buah Nenas dan Tomato dalam bentuk dadu
3. Panaskan minyak, tumis bahan (1) sehingga naik bau
4. Masukkan Serai yang telah ditumbuk di hujungnya, Sos Cili, Sos Tomato, Bahan (2) , Gula, Garam, Ajinomoto


5. Bila kuah dah masak & naik bau, tutup api dan siramkan kuah atas ikan yang telah digoreng tadi
6. Siap untuk dimakan ^.^

Tadaaaaaa~


Sedap taw!! Senang kan??

~Selamat mencuba~

p/s : Nanti hantar laporan masakan korang  kat komen ye

21 comments:

wID2 said...

Mm terliur tgk~~ sedap... resipi pun simple boleh la cuba lepas nie.. tq sis^_^

Syuhada Salleh said...

tag sis

http://www.syuhadasalleh.my/2013/07/simple-giveaway-by-mahira-ridzuan.html

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

wahhh boleh cuba ni :)

Qashmere said...

Nampak sedappppp!

siti ZAHARA said...

wah!! sedapnya..nya kak..=)

Nadia Johari said...

amboi..tu dia..

JUWAIRIAH JHW said...

Tq share ilmu mskn...

suraya said...

Wow so fantastic this fish very yummy,terliur saya kalau tengok ni mmm

abuya said...

Nk cuba buat nmpk sonang je hi hi

Nur Bahirah Abdullah said...

saya dah cuba, mmemang sedapp plus marbeless, terima kasih puan :)

http://zaravitacorner.blogspot.com/

Manja Lara said...

Akak dah coba...hmmm bole tahan sedap. Anak2 btambah2 mkn. Macam kat kedai la mama....hehe...pandainya mama masak kan...

janggut 30 said...

Thanks coz share resipi sis.sy order ikn siakap xdi.ikn baru naik kak.ptng jp g bru smpi.egt sok nk try resipi akk.nnt sy share dkt akk ye.me kaceh kak

Amilia Abi Yaziz said...

Dh try sis...serius sedap... pergh!!! Mudah dan sedap... mmg sy suka sgt.. thank you sis... :-)

Amilia Abi Yaziz said...

Dh try sis...serius sedap... pergh!!! Mudah dan sedap... mmg sy suka sgt.. thank you sis... :-)

Amilia Abi Yaziz said...

Dh try sis...serius sedap... pergh!!! Mudah dan sedap... mmg sy suka sgt.. thank you sis... :-)

Ady Bazooka said...

kikikiki..hari ni abah masak anak kata tererrrr woooo...haha tq share

Ady Bazooka said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ikan dah ade..tapi nk masak 3 rasa plak x tahu.. Bila tngok kat blog farisha ade resepi yg mudah utk d buat dan nmpak sedap jadi boleh lah cuba masak mlm ni. Jom kite..masak!! Tq fariesha.

e qin said...

Siap Sudah....nyam nyamm

Ahmad Faiz Muzaffar Mohd Saidi said...
This comment has been removed by the author.
Shikin Ismail said...

Resepi untuk kuah macam resepi mak saya bagi.baru nak mencuba malam ni.